Rujukan Imej: https://remedypharmacist.com/not-another-nosebleed/

 

Hujung minggu lepas saya membawa anak saya, Mia, bermain di taman permainan. Sedang dia  ligat bermain bersama-sama anak-anak jiran yang lain, tiba-tiba Mia berlari ke arah saya. Bajunya penuh dengan darah. Panik. Saya bergegas mengangkat Mia dan berlari pulang ke rumah. Setibanya di rumah,  perlahan-lahan saya memegang bahagian atas hidung mia sambil kepalanya ditundukkan sedikit. Saya lakukan selama lebih kurang 7 minit.

Pendarahan di dalam hidung terutama di kalangan kanak-kanak adalah sesuatu yang mudah berlaku terutama sekali di negara kita yang beriklim tropika. Suhu yang kadang kala mencecah  hampir 40 darjah celcius ditambah lagi jika kanak-kanak kurang minum air kosong akan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mengalami masalah ini.

Pendarahan di bahagian hidung  di dalam kamus perubatan dipanggil epistaxis dan ia amat kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Selalunya, pendarahan disebabkan kemusnahan di bahagian anterior di dalam hidung atau secara spesifik adalah di rongga Kiesselbacj’s plexus.  Antara faktor yang menyebabkan pendarahan termasuklah keadaan rongga hidung yang terlalu kering, tersumbat di sebabkan kehadiran mukus dan boleh juga disebabkan irirtasi seperti radang, tercucuk benda keras (trauma), bersin ataupun faktor lazim kanak-kanak yang suka untuk mengorek rongga hidung sehingga berdarah.  Walaupun faktor-faktor ini dilihat sebagai tidak akan menyebabkan kematian, di dalam keadaan tertentu, pendarahan hidung juga adalah simptom untuk  masalah kesihatan seperti kehadiran tumor, penyakit sistemik seperti hipertensi dan carotid arteri yang tersumbat disebakan kandungan kolesterol  yang tinggi di dalam tubuh badan (lebih kepada orang dewasa)  dan banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh menyebakan hidung berdarah.

Jika pendarahan yang terlalu banyak, ia juga boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut menjadi pitam dan ini boleh mengakibatkan kecederaan yang lebih serius. Pendarahan di dalam hidung yang mempunyai bau darah yang agak berbeza dari darah yang normal mungkin memberi indikasi bahawa pendarahan mungkin disertai dengan jangkitan kuman. Jika keadaan ini berlaku, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Apakah yang boleh di buat jika hidung anak anda berdarah.

Mengikut panduan yang diambil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia beserta daripada The Royal Children’s Hospital, Melbourne, pendarahan di dalam hidung boleh dihentikan dengan turutan di bawah.

  1. Pastikan kanak-kanak duduk dalam posisi bersandar dengan bahagian kepala ditundukkan sedikit.
  2. Dengan perlahan, picit hidung kanak-kanak tersebut (bukan di bahagian tulang hidung sebaliknya di bahagian hidung yang lembut seperti di dalam gambar). Pada ketika ini, kanak-kanak perlu bernafas melalui mulut. Picit selama lebih kurang 10-20 minit sehingga pendarahan berhenti.
  3. Darah dibiarkan mengalir dan boleh dibersihkan dengan kain atau tisu yang bersih.
  4. Boleh juga diletakan pek berisi ice di bahagian dahi atau di bahagian atas hidung.
  5. Jika Pendarahan tidak berhenti, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik yang berhampiran. Selalunya doktor mempunyai pendekatan secara klinikal seperti penggunaan elektrokauteri untuk proses penggumpalan darah ataupun dengan menggunakan instrumentasi kauteri kimia yang mengandungi silver nitrate.

Rujukan Imej: The Royal Children’s Hospital, Melbourne

Kesimpulannya, pendarahan di dalam hidung di kalangan kanak-kanak perlu di ambil serius oleh ibu bapa kerana ia boleh mengakibatkan kepada masalah lain yang lebih serius jika tidak dipantau rapi. Semoga anak-anak kita membesar secara kondusif dan diberikan kesihatan yang baik.

 

Rujukan

  1. McGarry, G. W. (2014, July 15). Recurrent epistaxis in children. American Family Physician. American Academy of Family Physicians.
  2. McGarry, G. (2011). Nosebleeds in children. BMJ Clin Evid, 311, 1–8.
  3. Record, S. (2015). Practice Guideline: Epistaxis in Children. Journal of Pediatric Health Care, 29(5), 484–488. https://doi.org/10.1016/j.pedhc.2015.06.002
  4. The Royal Children’s Hospital, Melbourne https://www.rch.org.au/clinicalguide/guideline_index/epistaxis/
  5. http://www.myhealth.gov.my/en/epistaxsis-nose-bleeds.

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!