Teks di bawah mengandungi transkripsi debat Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan? Yang berlangsung pada hari Jumaat 15 Feb 2019 jam 10malam di TV AlHijrah. Ia dihadiri oleh dua panelis iaitu Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin dan Dr. Nurulhuda Mohamed Zabidi dan dihoskan oleh Syafinaz Yusuf.

(UCAPAN PEMBUKAAN OLEH HOS)

01:20 PENGENALAN

Hos:

Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan? Itu topik yang kita akan analisis hari ini. Memang ia topik yang sudah biasa dibincangkan oleh masyarakat. Namun malangnya walau seringkali dilaporkan, dibincangkan, sehingga ke saat ini isu ini masih berbangkit.

Semoga sudut pandang kedua2 panel pada hari ini mampu membuka dan mencelikkan mata kita untuk memilih mana yang baik, mana yang buruk. Dan tanpa membuang masa, izinkan saya untuk perkenalkan dua panel yang amat saya hargai kehadiran mereka ke pentas Analisis pada malam ini, iaitu di sebelah saya, Dr. Nurulhuda yang merupakan doktor lokum ataupun doktor sambilan. Assalamualaikum doktor.

Nurul:  

Waalaikumsalam, Fynaz.

Hos:

Terima kasih kerana sudi hadir ke pentas Analisis.

Nurul:  

Terima kasih kerana memanggil.

Hos:

Dan di sebelah Dr. Nurul, siapa tak kenal Pakar perunding pediatrik iaitu Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin. Assalamualaikum Dato’.

Musa:  

Waalaikumsalam dan selamat malam.

Hos:      

Selamat malam. Doktor sihat?

Musa:  

Alhamdulillah.

Hos:      

Nak ke Gaza lagi ke, katanya?

Musa:  

InsyaAllah. Jika diizinkan.

Hos:      

Baik, Dato’, doktor. Kita ada tanggungjawab yang sungguh berat pada malam ini. Isu yang seringkali dibicarakan, seringkali dibincangkan namun ia nampaknya masih tak ada kesudahan. Jadi mungkin saya nak mengajukan kepada Dr. Nurul, mungkin terlebih dahulu sebagai permulaan.

02:40 FUNGSI VAKSIN

Hos:

Doktor mempunyai latar belakang pendidikan perubatan. Sudah tentu doktor tahu bagaimana vaksin itu berfungi. Boleh doktor huraikan secara ringkas fungsi vaksin?

Nurul:  

(Bismillah dan Doa pembuka). Secara amnya vaksin ini kita tahu telah wujud dalam lebih kurang 200 tahun dulu lagi kan. Dan kemudian dah sampai ke negara kita. Dan kita pun faham ia adalah satu mekanisme yang mana diintroducekan antigen bersama adjuvant dan bahan-bahan dalam vaksin itu khas bagi mencetuskan reaksi pada badan dan mengeluarkan antibodi, supaya antibodi itu tersedia di dalam badan apabila jangkitan sebenarnya sampai kepada badan kitalah. Begitulah secara ringkasnya.

Hos:      

Doktor Huda sendiri menerima vaksin?

Nurul:  

Menerima.

Hos:      

Bagaimana dengan anak2 Dr. Huda?

Nurul:  

Ada yang terima, ada yang tak terima.

Hos:      

Setakat ni doktor dah melihat bagaimana…?

Nurul:  

Alhamdulillah. Perkembangannya semua baguslah. Tak ada reaction yang macam menakutkanlah. Saya assume Alhamdulillah dianugerahkan oleh Allah badan yang mampu menangani vaksin tersebut. Alhamdulillah.

Hos:      

Jadi apa faktor yang membuat Dr. Huda sendiri question vaksin?

Nurul:  

Dia proses ini bukan berlaku overnightlah. Dia berlaku secara berdikit2 dan juga input dari pengalaman2 orang lain, dan juga  kawan2 dalam bidang kesihatan jugak. Saya meminati bidang kesihatan integratif dan juga alternatif. Somehow saya punya minat ke arah situlah kan.

Jadinya bila saya berjumpa dengan-

Antaranya pada tahun 2009, lecturer saya seorang doktor PhD dalam kesihatan prevention. Dia seorang India. Waktu tu kami memang ikut kelas tulah kan. Ikut kelas dan sambil sembang2 tu, dia menyatakan tentang vaksin HPV.

Dia kata “Saya ada anak 2 orang. Saya takkan bagi anak saya (vaksin) HPV.”

Saya kata “OK… kenapa?” saya tanya dia, kan. Tapi dia membuka satu curiosity.

Dia kata “you read, you find out, and then you…” macam tulah.

Begitu juga sebelum tu saya ada jumpa seorang doktor lain. Doktor Cina pulak.  Doktor bangsa Cina. Dia pulak-

Saya katalah saya anak sekian2 berapa orang.

“Anak you ambik Hepatitis B ke?” dia kata.

“Eh ambik.”

“Oh you lucky.” Membuatkan kita berfikir-fikirlah.

Lepas tu dengan keadaan saya punya… er apa tu… bila saya dah resign daripada government, saya mempunyai banyak masa lapang, dan saya membaca beberapa topik yang somehow dia jadi of interest, kan.

Lepas tu dia punya pengetahuan ataupun maklumat tu bertambah dan bertambahlah. Dan saya pun suka ikuti penerangan daripada doktor2 luar negaralah tentang bagaimana perjalanan diorang jugak untuk mendalami tentang vaksin itu apabila berlaku sesuatu kepada pesakit diorang.

Hos:      

Tapi untuk pengalaman peribadi sendiri, Dr Nurul Huda belum ada experience hasil daripada vaksin itu…?

Nurul:  

Haa takde, Alhamdulillah.

Hos:      

Baik, kepada Dato’. Bukankah daya lawan jangkitan yang diperoleh secara semulajadi lebih baik dari imunisasi, Dato’?

Musa:  

Terima kasih, dan selamat malam. Kalau anda kena polio, sejenis penyakit, anda bernasib baik kalau anda hidup. Sebab risiko mati 5%. Atau kalau anda selamat, you survive, mungkin anda menjadi lumpuh, ya?

Jadi vaksinologi, ataupun sains vaksin, adalah satu usaha untuk mengambil antigen polio, yang telah dilemahkan atau telah dimatikan, diberi pada kanak2 tadi, supaya dia mengeluarkan antibodi yang boleh melawan virus polio dan tak mendapat penyakitnya.

Dan setakat ini, Alhamdullilah melalui vaksinasi polio, daripada setengah juta kes 20 tahun yang lalu, sekarang mungkin hanya 50 kes.

Dan InsyaAllah dengan kajian “Iqra”, dengan kajian dilakukan manusia, kita harap kita boleh membasmikan polio daripada mukabumi ini. Sebenarnya tarikhnya 2018, tapi tak menjadi. Sebab apa?

Minta maaflah, orang2 kita. Orang2 Islam di Pakistan dan Afghanistan.

Tetapi Alhamdulillah, sahabat2 saya di Nigeria, kita telah bekerjasama dengan pakar2 perubatan di Nigeria, kita telah berjaya menghapuskan polio di Nigeria 2 tahun lalu. Jadi ini merupakan suatu kemenangan kepada ilmu ke atas penyakit yang boleh membunuh. Dan kalau tak membunuh, boleh menyebabkan kecacatan kepada-

Dan ini merupakan maqassid syariah. Iaitu Iaitu tuntutan syariah untuk kita memelihara nyawa, memelihara akal dan memelihara zuriat. InsyaAllah.

08:28 DAYA LAWAN JANGKITAN

Hos:

Untuk mengatakan daya lawan jangkitan yang diperoleh secara semulajadi lebih baik daripada imunisasi ni, bagaimana Dato’?

Musa:  

Sebenarnya, untuk kebanyakkan penyakit yang ada vaksin, keupayaannya untuk melawan penyakit2 itu adalah setara. Contohnya, MMR. Campak, beguk, rubella. Kita hanya perlukan 2 dos untuk kita mendapat ketahanan seumur hidup, InsyaAllah. Chicken pox, cacar pun seumur hidup.

Dan tadi Dr. Nurul Huda nyatakan 2 vaksin ya? Hepatitis B. Saya harap Syafinaz dan Nurul Huda telah dapat kerana ini merupakan vaksin yang pertama untuk memelihara daripada kanser ataupun barah hati.

Dan HPV – Human Papilloma Virus vaksin. Ia merupakan vaksin yang kedua untuk kita mencegah daripada kanser pangkal rahim, cervical cancer, yang membunuh wanita. Kanser yang ke-3 di kalangan wanita.

09:50 KESELAMATAN VAKSIN

Hos:

Baik, Dato’. Tapi kita tahu vaksin dihasilkan dari virus atau bakteria yang dimatikan, ataupun yang dilemahkan. Bagaimana vaksin boleh dikatakan selamat jika ia mengandungi kuman?

Musa:  

Sebab, ujian telah dijalankan di makmal2. Ya? Paling kurang pun 10 tahun. Purata 15 tahun sebelum ia dikeluarkan untuk kegunaan umum. Ia melalui 4 fasa klinikal. Mula2 dengan binatang. Lepas tu mungkin dengan 10-20 subjek. Kemudian dikenakan paling kurang 10,000.

Ini dinamakan randomised controlled trial. Ini adalah tradisi ilmu. Sebab kita inginkan hujah. Kita inginkan objektiviti. Kita inginkan fakta ataupun evidence.

So 10 ribu diberi vaksin. 10 ribu lagi tidak diberi atau diberi vaksin yang lain. Saya sebagai pengkaji tak tau mana yang dapat. Lepas tu kita tengok result. Dan kita dapati bahawa bukan hanya ia berkesan melindungi dari penyakit chicken pox, umpamanya, dan tidak mendatangkan apa2 Adverse Effects Following Immunisation (AEFI). Iaitu kesan sampingan selepas imunisasi.

Dan kita dapati, kebanyakkan kesan sampingannya, hanya yang kecil sahaja.

11:50 ANDREW WAKEFIELD

Hos:

Baik kita akan pergi kepada topik AEFI sebentar lagi. Tapi saya tanyakan kepada Dr. Nurul, pada tahun 1998 pengkaji perubatan daripada Britain iaitu Andrew Wakefield mendakwa punca kanak2 menghidap autisme adalah disebabkan vaksin campak, beguk dan rubella atau MMR yang diberi kepada kanak2 berusia 12 bulan.

Namun pada 2004, Dr. Nurul, kajian tersebut disahkan tidak mengikut etika, dan mengandungi unsur2 kepentingan peribadi dari segi kewangan. Pada tahun 2010, kertas kerja tersebut ditarik balik dari jurnal Lancet, dan Wakefield didapati bersalah kerana melakukan penipuan dalam kajian tersebut.

Namun sehingga ke hari ini, Dr. Nurul, masih ada golongan pro-choice menggunakan hujah Wakefield ini. Komen Dr. Nurul?

Nurul:  

Komen saya, kita patut dengar daripada pihak Dr. Andrew Wakefield sendiri. Apakah sebenarnya yang berlakulah. Untuk saya ulas tentang adanya financial interest, saya tak dengarlah tentang benda tu.

Yang saya tahu, dalam kesimpulan dia, pengkaji pada paper tu bukan dia sorang. Ada banyak orang yang mengkajinya. Lepas tu dia bukan menyimpulkan seperti yang kita faham macam tu. Dia kata possible relationship sahaja. Dia tak menyimpulkan begitu.

Pada hujungnya dia kata perlu kajian lanjut. Untuk melihat apa kaitan kat situ.

Hos:

Maksudnya, masih boleh dipegang kajian ini? Dato’?

Musa:  

Penting ya, ini diperingatkan kita oleh sarjana Islam: Ibnu Sina. Lebih kurang seribu tahun yang lalu, yang mengatakan ada tujuh prinsip dalam kajian. Satu darinya ialah Reproducibility. Maknanya, kalau Andrew Wakefield kata MMR ada kaitan dengan autism, maknanya orang lain patut membuat kajian yang sama dan menunjukkan kaitannya. Tidak ada satu kajian di dunia ini menunjukkan apa yang dikatakan oleh Dr. Andrew Wakefield. Maknanya ia merupakan suatu pembohongan.

Nurul:  

Saya takde komen kat situ. Sebab saya tak bersedia untuk komen kisah berkenaan Dr. Wakefield. Bagi saya ia telah dinullifykan oleh majoriti dalam mainstream perubatan. Jadinya saya tak komen lanjutlah.

 

Musa:  

Dr. Nurulhuda ada sebut ada beberapa orang pengkaji. Memang betul ada 12 orang author (penulis) di dalam artikelnya. 10 dari sahabat2nya telah menarik diri mereka dari pengkajian itu. Hanya tinggal dia berdua sahaja yang masih berpegang kepada pandangan sedemikian.

14:25 BAHAN-BAHAN DALAM VAKSIN

Hos:

Kebanyakkan golongan yang menentang penggunaan vaksin adalah kerana terdapatnya bahan2 aluminium, merkuri dan logam berat lain. Paling popular ialah dakwaan vaksin MMR penyebab autisme. Namun Dr. Nurul, Jepun pernah mengambil langkah drastik dengan menarik balik vaksin MMR tetapi jumlah kejadian autisme tetap wujud.

Komen Dr. Nurul bagaimana?

Nurul:  

OK komen saya tentang autism ni, dia ada banyak faktor, bukan pada satu2 benda sahaja. Toksisiti adalah salah satu daripadanya. Toksisiti boleh berlaku daripada dalam kandungan hingga dia lahir. Dan juga tengoklah kepada genetik dia, imuniti dia, banyak faktor. Banyak faktorlah. Saya tak mengatakan pada satu bahan sahaja.

Sekalipun merkuri itu telah dikeluarkan, tapi ada ada antigen lain. Bagi saya kesimpulannya vaksin ini tidak one-size-fits-all. Ada orang yang boleh handle, ada orang yang tak boleh handle. Masalahnya kita tak tahu siapakah sub-group, sub-type yang tak boleh handle perkara itu.

Musa:  

Kalau saya boleh mencelah. Autism berdasarkan genetik yang tidak normal. Kalau ada kembar seiras, kalau satu tu ada autism, risiko 90% because they share genetic material. Tetapi pada kembar tak seiras, risikonya kurang dari 10%. It’s got to do with genetik yang tidak sempurna.

Ia takde kena mengena langsung dengan merkuri ataupun aluminium yang digunakan di dalam vaksin. Sebab merkuri telah digunakan sejak 1920. Begitu juga dengan aluminium. Lagipun aluminium ini memang banyak dalam alam semulajadi. Alumnium ini adalah ke-3 selepas oksigen dan silikon.

Ia juga merupakan galian paling banyak di muka bumi. Ia di dalam makanan kita, buah2an kita, tanaman kita. Jadi bila kita bagi injection sebagai adjuvant. Adjuvant ini maknanya dia meningkatkan kebolehan suntikan itu untuk mengeluarkan antibodi. Jadi kita guna less suntikan. Kita guna sedikit sahaja antigennya.

Jadi kalau kita lihat, aluminium dalam vaksin lebih kurang 0.8 miligram. Kalau anak you minum susu badan selama 6 bulan, you bandingkan dengan vaksin yang kita bagi 6 bulan pertama, aluminium yang diminum oleh bayi dari susu ibu 2 kali ganda. Kalau anak you minum susu formula, ia pula 10 kali ganda. Kalau anak you minum susu soya, risiko aluminium 30 kali ganda!

Kalau kita kata aluminium dalam vaksin itu menyebabkan masalah, maknanya kita tak boleh bagi minum susu badan, susu formula atau susu soya!

18:35 TESTIMONI DALAM KES VAKSIN

Hos:

Vaksin adalah berdasarkan penemuan saintifik. Manakala 30% laman web bergantung kepada testimoni. Jadi saya nak bertanya kepada Dr. Nurul, mungkin Dr. Nurul boleh kongsikan berapa kerap doktor jumpa kes kecederaan akibat vaksin dalam kerja seharian doktor?

Nurul:  

Kecederaan disebabkan vaksin? Saya bertugas sebagai freelance, jadi tidak setiap hari pergi bekerja. Jadinya, kekerapan jumpa dengan kes ni memang tak banyaklah. Tapi apa yang saya niatkan untuk hadir pada malam ni, lebih kepada saya sebagai wakil kepada ibu bapa yang concerned tentang keselamatan vaksin dan kebetulan saya ada background dari segi perubatan.

Jadinya saya ingin membawa fokus ini lari kepada consumerismlah. Berbanding dengan dari segi kajian atau apa yang berlaku. Kita semua tahu bahawa apa jua treatement yang dibuat, ataupun prosedur yang dibuat semuanya ada kesan pro dan kontra. Ada kesan baik yang kita ingini, pada masa yang sama ada kesan yang tak baik.

Jadinya bagi pihak pengguna sebenarnya, memang kita perlu tahu penyakit ini teruk dan merbahaya dan vaksin telah menurunkan dia punya kadar insidennya. Pada masa yang sama, kita nak tahu juga, apakah kesan sampingan yang boleh timbul daripada vaksinasi ini, sebab kita tak boleh menafikan kesan sampingan itu memang terhasil.

Sebab itulah di Amerika Syarikat, daripada tahun 1986 sampai sekarang sebanyak 4billion (USD) telah dibayarkan kompensasi kepada mereka yang mengatakan mereka bermasalah kesihatan setelah menerima vaksin.

So sebenarnya niat saya dan tumpuan saya pada malam ini memang pada situ.

Hos:

Kita akan ke arah AEFI kejap lagi, Dr. Nurul.

Nurul:  

Tapi dia memang berkaitanlah. Maknanya lebih kepada kita nak create awareness, bahawa kita nak maklumat yang seimbang dari segi faedah2 vaksin itu. Memang kita tahu pasal faedah, tapi sangat kurang kita tahu apakah risiko di sebaliknya, walaupun rendah.

Dan bila kita katakan sesuatu perkara itu rendah risiko dan sebagainya, how rendah is rendah? Itu kita nak tahu. Sebagai contoh measles outbreak baru2 ni di Amerika Syarikat, dalam minggu lepas saya dengar 35 kes. Dalam sehari lepas dah 100 kes – memang meningkatlah.

Dan daripada pembacaan saya, ada satu kematian yang berlaku di Amerika Syarikat iaitu 15 tahun dahulu. Disebabkan sistem reporting mereka yang kemas mengenai virus dan mudah di report dan mudah didapati laporan itu…

Bila mereka bandingkan kematian disebabkan oleh measles itu sendiri, dengan kematian yang dikatakan disebabkan oleh vaksin itu sendiri.

Bila dia masukkan maklumat dikehendaki, kematian disebabkan oleh vaksin, sama ada konfirm atau tidak adalah sebanyak 449.

Hos:

Konfirm atau tidak tu macamana maksudnya

Nurul:  

Sebab ia adalah voluntary reporting system. Yang mana pihak pengguna sendiri boleh menyatakan report itu dengan berdasarkan suspicious – suspicious dia, maknanya mungkin ada very reasonable time frame yang mana dia terima vaksin tu masa seminggu, ataupun 2 minggu ataupun sebulan. Selepas itu semakin sakit dan membawa kepada meninggal dunia. Dan dia attributekan kepada vaksin tersebut.

1 kematian berbanding 449 kematian yang dikatakan disebabkan vaksin. Mereka menuntut dalam mahkamah vaksin dan menunggu dibicarakan. Dan memanglah akan mengambil masa dan labour intensive untuk pembuktian itu berlaku. Tapi maknanya berdasarkan report, berdasarkan perasaan ibu bapa benda itu dirasakan memang berlaku.

Hos:

Dato’, boleh ke berdasarkan testimoni satu minggu kita boleh menilai begitu?

Musa:  

Di dalam adab ilmu dia ada hierarki dia, urutan dia. Paling tinggi adalah kajian2 Randomized Control. This is the gold standard. Yang paling rendah adalah testimoni, ataupun anekdot, cerita2. Dan banyak mereka2 yang antivaksin di sesawang mengatakan cerita2. Kita tak boleh pakai ini. Ia sebagai evidence tak mencukupi.

Apa yang diceritakan oleh Dr. Nurulhuda tadi adalah VAERS – Vaccine Adverse Effects Reporting System. Maknanya seseorang itu dia rasa ada kaitan dengan vaksin, dia report. Ini memang ada di Amerika. Tetapi ia tak cukup memuaskan.

Sebab, you boleh ambik vaksin, lepas tu you pergi, kena langgar. Mati. Bukan disebabkan oleh vaksin. So that’s why bila dia buat kajian, dia tak dapat mengesahkan bahawa ia disebabkan oleh vaksin.

Contoh di United Kingdom. Seorang budak perempuan, dia ambik HPV – Human Papilloma Virus – suntikan. Lepas tu dia meninggal dunia. Heboh antivaksin mengatakan vaksin HPV menyebabkan kematian. Walhal budak itu mati disebabkan oleh barah jantung.

Di Mexico ada beberapa yang meninggal selepas mengambil vaksin 3 serangkai. Bukan disebabkan oleh vaksin. Di Mexico, steriliti – kebersihan tidak baik – kena jangkitan kuman. Jadi penting kita emisahkan di antara komplen dengan fakta yang ditentukan oleh kerajaan.

24:35 AEFI

Hos:

Baik Dato’. KKM pada tahun 2015 menyatakan jumlah kesan sampingan dari pemberian vaksin atau AEFI adalah 0.02% dalam 100 dos vaksin. Secara total peratus AEFI adalah 214 kes daripada lebih 6.9 juta jumlah dos vaksin yang diberi. Dan berdasarkan statistik tersebut, 97.9% dari AEFI adalah ringan seperti sakit, bengkak, ruam, demam.

Namun saya ingin bertanya kepada Dato’ Dr. Musa, adakah terdapat kematian dicatatkan hasil AEFI setakat ini?

Musa:  

Adverse Effects Following Immunisation – Kesan Sampingan Selepas vaksin sebagaimana yang Syafinaz katakan, kebanyakkannya kecil. Tidak menimbulkan masalah yang besar. Saya sering mendapat panggilan telefon dan saya cerita “OK, you bagi ubat ini. InsyaAllah, baik”. Kebanyakkannya baik 48 hours, khalaz.

Saya hanya- Dalam 21 tahun sebagai seorang private practitioner, 1 kes yang saya rasa serius. Bila saya beri Hepatitis A, dia rasa macam pitam sedikit. Yup.

Tapi kita tahu vaksin, ubat memang ada kesan sampingannya. Tetapi yang kritikal? Very, very minimal. Saya bagi contoh: anaphylaxis ya. Di mana kita tak boleh nak jangka. You ambik ubat pun kadang2 you boleh kena anaphylaxis.

Maknanya, you sukar bernafas, tekanan darah you turun, nadi you naik. This is an emergency, ya? Boleh mengancam nyawa. Tapi kalau you buat resuscitation, InsyaAllah, boleh selamat. 1 in 1 million. OK?

Saya bagi satu lagi kesan sampingan: Polio. Titik, ya? 1 dos, ya? Kita tahu bila dia masuk di dalam usus dia boleh membiak menjadi virus dan menyebabkan polio. Maknanya lumpuh anggota.

Vaccine Associated Paralytic Poliomyelitis. i.e: Lumpuh disebabkan oleh vaksin. Ada. Risikonya berapa? Kita harus maklum: 1 dalam 2.5 juta! So kita boleh tahu. Memang terdapat di dalam garis panduan farmakovigilans.

Saya bagi satu lagi contoh: Influenza. Influenza kita tahu boleh menyebabkan Guillain-Barre syndrome. Lemah otot ya. Guillain-Barre syndrome – sejenis auto-imuniti – badan membuat antibodi melawan urat saraf sendiri. 1 di dalam 1 juta.

Tapi saya bagi fakta satu lagi. Kalau you dapat influenze secara tabii, risiko you untuk mendapat Guillain-Barre syndrome ataupun GBS adalah 17 kali ganda! Kalau you dapat vaksin tadi, 1 dalam sejuta. Kalau dapat penyakitnya, 17 dalam sejuta! Maknanya vaksin tu actually memelihara you dari penyakit yang serius!

Hos:

Baik. Dr. Nurul, saya melihat dalam media sosial ramai golongan pro-choice menggunakan hujah AEFI. Mungkin Dr. Nurul nak berkongsi, apakah bentuk AEFI yang sering Dr. Nurul dan komuniti Dr. Nurul bincangkan?

Nurul:  

Terima kasih, Inaz. Bila menyentuh tentang AEFI ini, saya ingin memberi satu sarananlah. Supaya pickup rate kita, iaitu daya pengecaman kita terhadap AEFI ini adalah lebih tajam. Samada pada petugas kesihatan sendiri, ataupun pada ibu bapa.

Adakah kita kurang pickup benda tu adalah sebagai AEFI? Semasa belajar perubatan, kita ada belajar vaksin dengan secara sangat mendasar. Vaksin yang perlu diberikan pada bila dan bila. Dan kita tak belajar cara pembuatan dengan detail. Kita juga tidak belajar apakah bahan2 dalam dia. Dan kita juga tidak mendapat training yang sebetul2nya “Apakah AEFI?”.

Jadinya dengan adanya- Kalau para penonton boleh pergi ke handphone masing2 sekarang, kita taip dekat Google carian: GPFK 2016. Dan kita semua boleh download sekaranglah iaitu buku yang saya pegang ini: Garis Panduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin.

Jadinya apakah yang- Di dalam sini turut dinyatakan bahawa diperlukan lagi publisiti supaya-

Benda ni baru. Agak baru. Kalau tak silap saya garis panduan pertama 2010. Edisi kedua 2016. Secara random saya bertanya kepada kawan2 saya yang bertugas di klinik – taklah sampai 10 orang – situasi sebenarnya saya tak tahu. “Ada simpan tak GPFI(?) dekat klinik?”

Sebab saya rasa GPFI(?) ini boleh membantu doktor mendapatkan informed consent. Lepas tu, katakanlah dari 8 atau 7 saya tanya, hanya ada sorang je yang simpan. Yang lain pulak akan tanya “apa benda tu?”. Maknanya kalau dia sebagai petugas kesihatan, dia sendiri doktor pun tak tahu benda ni, apalagi pulak dengan pesakit, kan?

Saya rasa memang tepat saranan dalam garis panduan ini. Garis panduan ni bagi saya sangat baik, sangat cantik. Saya rasanya pernah jumpa, pernah dengar dalam 2016 jugak la ya.

OK, dia kata dia memerlukan publisiti dan mendapat sokongan daripada petugas kesihatan – doktor di swasta dan kerajaan, dan juga nurse ataupun MA di swasta dan kerajaan – supaya aware benda ni adalah kemungkinan AEFI dan mereka boleh melapor. Dan seterusnya mendidik kepada masyarakat dengan poster2 dan sebagainya, dengan pautan internet – pautan internet memang Alhamdulillah memang ada kita dapat cari – jadinya supaya lebih berkesan, pickup rate dia tinggi, supaya boleh dilaporkan demi kesinambungan program vaksinasi itu sendiri.

Sebab kita kena pastikan vaksin tu, coaching dia bagus.  Bila berlaku sesuatu reaction adakah kita punya penyimpanan? Adakah vaksin itu tak betul? Selain daripada of course kita nak tengok… It’s not just keberkesanan program vaccination yang kita nak pelihara, tapi kita nak pelihara anak2 ini. Jadinya kalau boleh saya bacakan sedikit:

Dalam garis panduan ni ia membahagikan kesan advers ni kepada ringan dan berat. So ringan – dia kata kat sini – ringan selalunya merah dan demam macam tu kan, juga perlu dilaporkan. Kalau saya berbincang dengan kawan2, mereka tak melaporkan, walaupun kesan yang ringan.

So saya merasakan, kalau kesan yang ringan tidak dilaporkan, bagaimana dengan kesan yang berat? So saya terfikir sendiri, kan? Saya jenis mak yang risau bukan2. OK?

Kemudiannya, bila kesan yang berat tu, apakah kesan yang berat boleh diexpected? Kalau boleh semua yang dah pergi ke website tersebut, pergi ke senarai yang disenaraikan di bawah AEFi yang dikatakan serius.

Dia kata rupa2nya kita kena perhatikan anak2 tu, sebab yang ringan, tak apalah, demam, baik. Boleh bagi ubat. Tapi bagaimana yang serius? Serius tu yang bagaimana? Berapa lama kita harus monitor?

Contohnya, dia kata rupanya dalam tempoh 24 hingga 48 jam perhatikanlah, ada tak berlaku anaphylaxis? Dekat sini, doktor2 yang beri injection tu kena bersedia. Maknanya “Eh, anaphylaxis tu mungkin berlaku…”

Jadinya dia kena ada epi pen di klinik dan sebagainya. Haa itu satu…

Hos:

So cadangan Dr. Nurul untuk anak yang lepas divaksin perlu berada di klinik atau bagaimana? Dalam tempoh 24 atau 48 jam…

Nurul:  

Maknanya dia kena pertimbangkan situasi ibu bapa juga. Mungkin tak praktikal untuk duduk dalam klinik dan sebagainya. Tapi dengan information ini, dia boleh lebih alert. Saya teruskan dulu. Maknanya 24-48 jam mungkin anaphylaxis. Persistent inconsolable crying. Menangis tak henti2 sampai 3 jam? Itu termasuk dalam AEFI yang serius! Kita ingatkan tersambung-

Musa:  

Boleh saya celah sikit tentang yang menangis ni kan. Dan HHE, kan? (Hypotonic)- Hyporesponsiveness Episode, kan? InsyaAllah lah di Malaysia tak ada masalah ini-

Hos:

Setakat inilah, Dato’.

Musa:  

-Sebab vaksin yang kita guna adalah vaksin yang terkini. i.e. 5 serangkai. DTAP Hip Polio. Acellular pertussis. Kesan sampingan yang dinyatakan sini adalah apabila kita mengguna vaksin yang lama: whole cell pertussis.

Pertussis ni batuk kokol, batuk orang Melayu kata batuk 100 hari. Memang siksalah tengok budak tu batuk. Jadi dengan vaksin yang baru, acellular pertussis, insyaAllah, ia bukan masalah. Tapi kalau saya boleh bagi-

Hos:

Tapi Dato’ masalahnya sekarang kita kena commercial break… Kita akan sambung selepas ini.

33:52 FEAR MONGERING

Hos:

Sewaktu kitorang berehat tadi, Dato’ ada meminta kepada saya untuk bertanyakan semula soalan berkenaan kajian di Children’s Hospital of Philadelphia yang mendapati 480 laman web antivaksin dan daripada jumlah itu 65% laman itu menyebut vaksin adalah berdasarkan penemuan saintifik.

Musa:  

Jadi saya harap mereka2 yang go on to the internet, be very careful. Kalau you Google vaksin, 65% adalah antivaksin. Penting, ya? Dan ramai daripada mereka membesar2kan AEFI – Adverse Effects Following Immunisation – dan keterlaluan!

Itu sebabnya Badan Kesihatan Dunia (WHO) dan UNICEF, ya – Tabung Kesihatan Sedunia Kanak2 – telah mengeluarkan satu vap(?): Vaccine Safety Net Project. Kalau ada apa2 AEFI yang mengejutkan, anda boleh dapat maklumat di sana. So InsyaAllah kita boleh merumuskan perkara ini dengan segera dan jangan ditakutkan dengan fearmongering yang dilakukan oleh mereka2 yang antivaksin.

35:20 KES-KES DI LUAR NEGARA

Hos:

Lebih2 lagi WHO adalah Badan Pertubuhan Kesihatan Dunia yang sangat kredibel.

Jadi saya nak terus kepada soalan saya kepada Dr. Nurul. Berkenaan dengan awal bulan ini, Dr. Nurul, 30 orang rata2nya kanak2 maut di Filipina berikutan penularan wabak demam campak. Data pihak berkuasa kesihatan kebangsaan negara itu menunjukkan kes meningkat dari 791 kes pada tahun 2017 kepada 5,120 kes pada hujung tahun tahun lalu.

Setiausaha Rendah Kesihatan negara itu, Eric Domingo, mengesahkan kadar suntikan vaksin menurun di Filipina sejak 5 tahun lalu, dan ia menyumbang kepada peningkatan kes dan kematian. Justeru soalan saya kepada Dr. Nurul, bagaimana golongan pro-choice mahu menolak angka kematian sebegini tinggi dek kegagalan program imunisasi di negara tersebut, doktor?

Nurul:  

OK itu tentang di negara Filipina. Dengan Filipina saya tak tahu situation dia bagaimana dan sebagainya. Dan saya rasa kurang berbaloi untuk discussion kita pada malam ini dan bertanya saya tentang Filipina.

Hos:

Ya, tapi kita cakap bersandarkan kepada kes yang berlaku pada negara luar, Dr. Nurul. Sebab kita taknak – Kita masih lagi bersyukur – kita tak perlu berbicara tentang masalah wabak ni di Malaysia.

Nurul:  

Mereka ada satu ketakutan di sana, iaitu vaksin yang terbaru iaitu untuk denggi telah mengakibatkan kematian yang ramai. Jadinya mereka secara automatik menjadi takut, maka vaccination rate pun rendah, maka kematian pun tinggi. Itu kita boleh extrapolate macam tulah.

Tapi bagaimana pulak dengan situasi di Malaysia? Vaccination rate yang tinggi. Dikatakan kita punya memang lebih dari 95%, kan? Maknanya berlaku jugak kes2, yang saya ingin tekankan di sini dan bawa sedikit fokus kepada “Kenapakah bila berlaku pengingkatan kes2 sikit sahaja, terus diattributekan kepada orang yang refuse vaksin”.

Dalam situasi Malaysia, yang refuse vaksin ni tak ramai. Sekadar seribu lebih, ya lah, maknanya herd immunity kita terpelihara. Tapi untuk saya – cuba ingin membawa kepada semualah kepada faktor2 lain yang kita boleh fikirkan. Apakah yang mungkin terjadi sebenarnya?

Tahun 2012, Dr. Gregory Poland, dia telah membuat satu laporan dan penganalisaan data2 tentang kes2 measles. Dan dia kata dia terkejut, di mana di kawasan tertentu di negara yang maju – pickup rate yang tinggi, tiada isu tentang penerimaan vaksin, semua terima, dan malah penduduk kat situ mengambil paling kurang 1 dos, malah ada yang 2 dos – tapi berlaku wabak di situ.

Dia kata kenapa? Dan bukan tempat itu sahaja. Beberapa lokaliti lain pun begitu. Dia kata, pergerakkan antivaksin ini memang kita selalu pandang dan selalu tangani. Tapi sudah tiba masanya, kesimpulan dia – saya ada artikel tu di sini, diterbitkan oleh HHS (Human Health Services) Amerika Syarikat.

Siapakah Dr. Gregory Poland ini? Dia adalah orang yang monitor kejayaan- dia adalah pihak HHS, dia bukan doktor antivaksin – Dia adalah pihak yang terus ingin memastikan kejayaan program vaccination dekat sana. Dan recommendation bawahnya dia kata, sudah tiba masanya untuk kita develop vaksin measles yang baru, yang lebih selamat dan efektif.

Maknanya di sana ada faktor kenapa vaksin failure? Dan wabak di Washington baru2 ini, of course secara automatik orang kata gerakan antivaksin. Lepas tu bila dia study genotype – vaksin measles dia ada genotype di dalam dia – dan genotype wild virus measles itu sendiri ada sampai kalau tak silap saya 18 atau 19, daripada A sampai H – dan ABC ada pecahan dia sedikit – yang dibina untuk vaksin itu adalah A. Genotype A.

Tapi bila dikaji genotype pada kes2 yang berlaku tu, bukan genotype A. Genotype D8 kalau tak silap saya. Maknanya vaksin tu tak kena dengan penyakit itu. Itu satu lagi masalah. Jangan dipoint2 kepada orang yang penakut dengan side effect vaksin itu. Itu satu.

Lagi satu daripada pembacaan saya, saya melihat pada Pubmed dan sebagainya, contohnya apabila kita ada vaksin untuk pertussis. Vaksin untuk pertussis yang lebih berkesan ialah whole cell pertussis. Memang lebih berkesan.

Tetapi itulah vaksin yang menimbulkan banyak sangat claim di vaksin… bukan vaccine court. Waktu tu vaccine court tak wujud lagi. Yang ada adalah masyarakat kat situ directly saman manufacturer of the vaccine. Jadinya memang teruk, disaman disaman disaman, sampai ada satu tindakan politik dan sebagainya, manufacturer ini seolah2 mengugut pentadbiran dan politik dan sebagainya..

Hos:

(Menyampuk, tak jelas)           

Nurul:  

Saya belum habis lagi. Maknanya, sampai diremovekan liabiliti kilang2 yang menghasilkan vaksin kepada kerajaan. So apa2 tuntutan dibuat kepada kerajaan, dan dikeluarkan acellullar pertussis.

Pada peringkat awal, acellular pertussis didapati berkesan. Tapi setelah beberapa tahun didapati tak berkesan. Ada pengkaji mengatakan, apabila kita suppress acellular pertussis itu, rupa2nya ada adik-beradik dia yang bernama bordetella parapertussis.

Dia menjadi lebih ganas. Kita boleh mengawal pertussis, tapi parapertussis yang simptomnya lebih kurang sama, mengganas.           Begitu juga kalau ada vaksin pneumococcal-

Musa:  

Cuba, cuba saya celah sikit, tentang measles dulu, sebab kita lari banyak sangat.

Hos:

Betul…

Nurul:  

Saya sebenarnya…

Hos:

…kita ada 10 minit aje lagi, doktor…

Nurul:  

Saya nak mengatakan ada faktor lain. Faktor vaksin failure. Faktor lain lagi adalah, dalam satu kelompok masyarakat, kita sentiasa target kepada imuniti kepada bayi2 yang kecil. Bagaimana dengan… kalau kita pergi satu masyarakat tu, bukan baby aje semua ada kat situ. Dia dengan mak bapak dia dan sebagainya. Apakah status antibodi pada kalangan dewasa dekat situ?

Hos:

OK kita biar Dato’ menjawab.

Musa:  

3 senario. Pertama di-

Hos:

Kita ada 2 minit, Dato’.

Musa:  

(tak jelas)

Hos:

Sedangkan kita sebenarnya ada banyak soalan lagi ni…

41:38 IMUNITI KELOMPOK

Musa:  

Di Filipina memang disebabkan dengvaxia, denggi vaksin pun ada, tetapi banyak juga yang antivaksin. OK itu di Filipina. 30 kematian- 70 dah hari ni. This is a human tragedy.

(Ayat Quran)

“Jikalau kamu selamatkan satu nyawa seolah2 kamu menyelamatkan satu umat manusia.”

Now Amerika Syarikat. Amerika Syarikat tahun 2000, no measles. Because programmnya baik, vaksin dia bagus, no vaccine failure. So saya tak bersetuju dengan Dr. Nurul. No issues.

Tetapi bila antivaksin bertambah, taknak anak diberi vaksin, meningkat. 2015 seorang budak, ibu dia antivaksin, pergi ke Disneyland. Kena campak. Dia telah merebak kepada 20 negeri di Amerika Syarikat, utara ke Kanada, selatan ke Mexico. Now they got the largest vaccine outbreak in America.

Malaysia. OK. Tahun 2013 kita ada 195 kes. 6.6 per million. Target kita 1 per million. Gold standard dia. Tetapi now in 2018 kita ada 1900 lebih. 10 kali ganda!

Dan Dr. Nurul kata “ Takde, kita punya coverage 95%.”. Tak benar. Coverage kita sebenarnya 88%.

Hos:

Untuk semua…

Musa:  

Dah turun. We used to be 95%. That’s why kita ada imuniti kelompok.

Hos:

Alang2 Dato’ dah menyebut tentang kita dah drop kepada 88%, apa akan berlaku Dato’, seandainya herd immunity ini kian…

Musa:  

Herd immunity ini dah rendah, jadi maknanya budak2 kecil kena measles. Yang risaunya ialah, kanak2 vaksin kita tak boleh beri bawah 9 bulan. Jadi kalau anak Dr. Nurul dah tak ambik vaksin, kena measles? Measles kalau you kena, risiko saya kena is 90%. Tapi saya dah vaksin, InsyaAllah, saya OK.

Tetapi kalau anak kecil, anak yang ada kanser, anak yang ada HIV/AIDS, anak yang ambik steroid, kita tak boleh bagi dia vaksin. Kalau kena dengan anak you yang tak ambik vaksin, memang risiko untuk dia.

Budak yang leukemia, kalau kena vaksin, it’s a death sentence! Itu sebab di Australia, “No Jab, No Play”. You tak boleh bawak anak you ke tadika, kerana anak you menjadi hazard kepada anak yang lain.

Hos:

Jadi Dato’, bagaimana Dato’ melihat kita dah drop, kebimbangan saya adalah pada tahap yang sepatutnya 95% kini sudah jatuh kepada 88%…

Musa:  

Tu sebablah kita harap ada kesedaran di kalangan rakyat Malaysia. Kita banyak melakukan roadshow, saya dan Dr. Zul, immunize4life. Kita lakukan roadshow. Jadi kalau you nak pergi kepada sesawang vaksin, pergi kepada ifl.my. Immunise4life.my. Sebab ini merupakan suatu kerjasama di antara Malaysian Pediatric Association (Persatuan Pediatrik Malaysia), Malaysian Association of Infectious Disease and Chemotheraphy – mereka yang ahli di dalam penyakit2 jangkitan, ya – dan Kementerian Kesihatan.

Semua content2 itu ditentukan oleh expert. Bukan ditentukan oleh orang2 lain. Dan mesti disahihkan oleh Kementerian Kesihatan. Jadi InsyaAllah saya galakkan mereka yang mendengar: Ifl.my. immunise4life.my.

Hos:

Kesimpulannya selepas ini.

45:45 ALTERNATIF KEPADA VAKSIN

Hos:

Saya mohon terus kepada Dr. Nurul. Berdasarkan statistik KKM sepanjang tahun 2017 sebanyak 32 positif difteria telah dilaporkan di seluruh negara dengan 7 kematian direkodkan. Majoriti 75% kes dan kematian adalah berpunca dari komuniti yang menolak imunisasi. WHO juga menyatakan kanak2 tanpa vaksin difteria mempunyai paras risiko paling tinggi iaitu 13 kali berbanding mereka yang divaksin.

Jadi saya ingin bertanya kepada Dr. Nurul. Jika Dr. Nurul rasakan tidak selamat dan tidak berkesan, apa alternatif yang boleh Dr. Nurul cadangkan, mungkin?

Nurul:  

Saya tidak mengatakan ia tidak berkesan. Saya menyokong usaha2 untuk meningkatkan pickup of the vaccine. Pada masa yang sama, saya selalu cuba untuk menekankan tentang apakah yang build up kita punya immuniti pada badan. Maknanya samada seseorang itu mengambil vaksin atau tidak mengambil vaksin, lebih penting untuk dia build up imuniti badan dia dengan – seperti kita tahu – makanan yang bagus, ada exercise, dia kena matahari dan kurangkan stress, dan living condition yang baguslah.

Maknanya untuk vaksin yang berkesan ataupun yang tidak vaksin tu mempertahankan dia punya ketahanan badan, faktor2 ini kena diambil kiralah. Hanya semata2 mengambil vaksin masih tidak menjamin kita untuk tak dapat penyakit tersebut.

Hos:

Jadi bagaimana pendapat Dr. Nurul berkenaan dengan sesetangah yang kita lihat di media sosial – bila saya membuat kajian banyak jugak yang mengatakan – makanan sunnah seperti habatussauda, madu ini sebenarnya mampu untuk mengganti…

Adakah ia mampu mengganti peranan vaksin, Dr. Nurul?

Nurul:  

Bagi saya elok mengganding daripada menggantikan…

Hos:

Maknanya ambil vaksin dan mengamalkan pemakanan itu?

Nurul:  

Ya.

Hos:

(angguk)

47:58 PENGAJARAN DARI KES-KES

Musa:  

Tapi Inaz, saya dah bekerja sebagai seorang doktor sejak 1982..

Hos:

Wow saya tak lahir lagi…

Musa:  

Saya tak pernah tengok kes difteria. Hebatnya vaksin tu! Maknanya dia telah mencegah daripadapenyakit difteria. Sebab difteria ini kerongkong dia tersekat. And kita kena buat ni, pembedahan di sini untuk masukkan airway sebab dia tak boleh bernafas!

Saya tak pernah, ya?

Dan natijah daripada masalah difteria, ya. Tahun 2017 you kata 32 kes, kan? 5 ke 6 yang meninggal. Tapi Alhamdullillah ia telah menggerakkan rakyat malaysia mendapatkan vaksinasi 3 serangkai. Difteria, whooping cough dan kancing gigi.

Dan tahun ini… tahun lepas (2018), telah turun kepada 17 kes. Tetapi masih lagi kematian 5 dicatatkan. Dan saya ingin ingatkan kepada pendengar2 sekalian, terutama yang dewasa. Vaksin ini bukan untuk kanak2 sahaja.

Untuk 3 serangkai, you harus dapatkan TDAP. Tetanus (kancing gigi), difteria dan batuk kokol. Kena dapat. Paling kurang sekali lagi sebagai booster. Dan kalau anda telah berumur seperti saya yang melewati 60 tahun, pastikan anda dapatkan Influenza vaccine, pneumococcal vaccine sebab pada umur sedemikian ketahanan kita menurun.

Kita memerlukan vaksin2 untuk mencegah daripada penyakit2 ini. Jangan ingat untuk hanyakanak2 sahaja. Orang dewasa pun penting.

49:47 TINDAKAN KERAJAAN?

Hos:

Dato’, tadi Dato’ ada bercakap tentang imuniti kita kini… herd immunity telah jatuh kepada 88%. Jika ia berterusan, Dato’, adakah sudah sampai masanya untuk kita melaksanakan cadangan pengamal perubatan    Dr. Ashok Zakaria Philip, yang mahu kerajaan mewajibkan pengambilan vaksin.

88% ini sudah patut kita mewajibkan pengambilan vaksin? Dato’ macamana?

Musa:  

Saya ni bukan secara peribadi seorang yang autokratik. Saya ingin buy-in, win over masyarakat tentang kepentingan… Maknanya keputusan itu dibuat dengan yakin. Informed choice. Tu sebab Kementerian Kesihatan mengadakan roadshow dan perjumpaan seperti ini, untuk kita menyakinkan kepada rakyat kita, ibu bapa kita, orang dewasa, mereka yang berumur supaya kita yakin ini merupakan suatu:

                (Ayat Quran)

“Prevention is better than cure!”

Hos:

Jadi belum sampai tahap lagi untuk mewajibkan…?

Musa:  

Walaupun telah dilakukan di Australia…

Di Amerika Syarikat, kalau you nak masuk universiti, you nak masuk kolej, you kena tunjuk surat menyatakan you telah either mendapat penyakit measles, mumps, rubella, atau chicken pox, atau pun meningococcal, ataupun you telah mendapat vaksinasinya. Kalau tak you tak boleh masuk ke dalam universiti mereka.

Hos:

Tapi di Malaysia kita harus lagi memperbanyakkan kempen kesedaran?

Musa:  

Betul. Tapi Ministry of Health is very smart. Dia sekarang check kita punya vaccination card anak2 kita. Kalau tak cukup, dia percukupkan. Kalau ia didapati bahawa ini berleluasa dan mungkin they need to consider…

Hos:

Pada kadar peratus berapa yang harus diwajibkan, Dato’, herd immunity ini?

Musa:  

InsyaAllah kita kena target 95%, nothing less. InsyaAllah.

Tapi untuk pneumococcal vaksin, kajian di Amerika Syarikat bahawa, kalau kita boleh sampai tahap 70%, kita boleh protect/mencegah anak2 kita daripada invasive pneumococcal disease – penyakit pertama yang menyebabkan radang selaput otak, pneumonia.

52:10 IKUTAN ANTIVAKSIN

Hos:

Baik. Kepada Dr. Nurul, mungkin soalan terakhir yang saya nak bertanyakan tentang WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia), organisasi yang paling besar dan penting dalam isu kesihatan telah mengiktiraf keselamatan penggunaan vaksin.

Malah di Malaysia, muzakarah jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 1989 telah memutuskan Program Imunisasi Negara Harus dari segi syara’. Pada 2016 Mufti Wilayah Persekutuan juga menyatakan hukumnya Harus. Malah Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam rancangan Fatawa Mubasyirahnya berkenaan hukum pemberian vaksin kepada anak2 kecil menyatakan mengambil vaksin adalah suatu yang fardhu.

Jadi saya nak bertanyakan kepada Dr. Nurul, jika kita tidak bersandarkan kepada WHO sebagai badan bertanggungjawab, dan sebagai umat Islam, fatwa dan pandangan ulama pun kita tolak, pandangan siapa yang harus kita ikut, Dr. Nurul?

Nurul:  

Dari segi gambaran keseluruhan, kita telah belajar daripada Dato’ bahawa vaksinasi itu penting dan vaksinasi itu selamat. Saya rasa OK, takpe, teruskan dengan apa yang disarankan. Tapi pemikiran manusia ni memang mencabar, dia akan banyak polariti.

Jadinya di sebalik penekanan semua itu, saya masih berpendapat bahawa sehebat mana kempen dilakukan dan digalakkan kita mengambil vaksin, pada masa yang sama, kita juga kena mengiktiraf masalah2 yang timbul, dan meneruskan perjalanan GPFK ini.

Balik kepada AEFI tadi tu, dari segi had tempoh tadi tu 28jam, 7 hari, 14 hari, 3 bulan dan hingga sampai setahun. Dalam setahun yang kita monitor pun, sebarang kematian yang berlaku within one year (dalam setahun) ataupun berlaku hospitalisation atau disability, semua masih boleh dilaporkan.

Sebab bendanya, yang saya risau, ia sangat berkaitan dengan informed consent. Iaitu diberitahu adanya risiko walaupun benefitnya adalah sejuta kali ganda dan risikonya terlalu halus sehalus kuman, tapi kita tak tahu benda itu masih boleh berlaku. Dan dia ada medicolegal implication, untuk keselamatan doktor juga. Saya bagi satu contoh…

Hos:

Baik…

Nurul:  

Saya belum habis lagi.

Hos:

Kita dah nak kena closing ni. Mungkin Dr. Nurul boleh buat conclusion dalam 30 second?

Nurul:  

Conclusion saya: Mengambil vaksin atau tidak mengambil vaksin adalah merupakan satu ikhtiar. Dan seseorang itu tetap akan membuatkan keputusan berdasarkan apakah hati dan perasannya yang paling mudah untuk bersangka baik kepada Allah.

Maknanya, yang saya melihat, titik kejayaan kepada program kita pada malam ini bukanlah samada semua akan vaksin tanpa ragu, ataupun semua tolak vaksin, bukan begitu. Tapi ambillah vaksin dengan kesedaran. Ataupun tak ambillah dengan kesedaran dan penilaian masing2.

Asal saja kita berpaut kepada satu pegangan dengan membuang kesombongan diri, dan juga memakai sayap Khouf dan Roja’. Apakah maksud kesombongan diri? Maksud saya begini.

Katakanlah seorang itu mengambil keputusan tidak mengambil vaksin. Dia ada berasa takut kalau tidak mengambil itu bahaya dan ada masa-

Hos:

Baik.     

Nurul:  

Maknanya keseimbangan di situ. Sebab bila kita memakai sayap Khouf dan Roja’, itu adalah total pengharapan kita adalah kepada Allah atas pilihan kita. Bukannya kita bergantung kepada vaksin, ataupun bukan juga bergantung kepada tidak mengambil vaksin, tapi meletakkan kita sebagai seorang hamba, itu sudah ada kejayaan.

Hos:

Baik terima kasih kepada Dr. Nurul Huda kerana sudi berada di pentas Analisis.

54:25 PENGGULUNGAN: KHOUF DAN ROJA’

Hos:

Kita dah nak kena closing ni. Mungkin Dr. Nurul boleh buat conclusion dalam 30 second?

Nurul:  

Conclusion saya: Mengambil vaksin atau tidak mengambil vaksin adalah merupakan satu ikhtiar. Dan seseorang itu tetap akan membuatkan keputusan berdasarkan apakah hati dan perasannya yang paling mudah untuk bersangka baik kepada Allah.

Maknanya, yang saya melihat, titik kejayaan kepada program kita pada malam ini bukanlah samada semua akan vaksin tanpa ragu, ataupun semua tolak vaksin, bukan begitu. Tapi ambillah vaksin dengan kesedaran. Ataupun tak ambillah dengan kesedaran dan penilaian masing2.

Asal saja kita berpaut kepada satu pegangan dengan membuang kesombongan diri, dan juga memakai sayap Khouf dan Roja’. Apakah maksud kesombongan diri? Maksud saya begini.

Katakanlah seorang itu mengambil keputusan tidak mengambil vaksin. Dia ada berasa takut kalau tidak mengambil itu bahaya dan ada masa-

Hos:

Baik.     

Nurul:  

Maknanya keseimbangan di situ. Sebab bila kita memakai sayap Khouf dan Roja’, itu adalah total pengharapan kita adalah kepada Allah atas pilihan kita. Bukannya kita bergantung kepada vaksin, ataupun bukan juga bergantung kepada tidak mengambil vaksin, tapi meletakkan kita sebagai seorang hamba, itu sudah ada kejayaan.

Hos:

Baik terima kasih kepada Dr. Nurul Huda kerana sudi berada di pentas Analisis.

56:00 PENGGULUNGAN: IMMUNISE4LIFE

Hos:

Doktor, secara ringkas, 10 seconds, kita taknak biar doktor terus balik tanpa membuat penutup. Secara ringkas.

Musa:  

Program Imunisasi Kebangsaaan di antara yang paling baik di dunia. Dan yakinilah saudara saudari, bahawa kesemua vaksin di dalam Program Imunisasi Kebangsaan kita telahpun disahkan sahih oleh JAKIM dan disahkan keberkesananannya dan keselamatannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Immunise4life!

Hos:

Terima kasih kepada Dato’ dan Doktor sekali lagi.

(UCAPAN PENUTUP OLEH HOS)

Transkripsi ini disiapkan oleh azarimy dari page Ini Sains Beb! Ia dibuat seberapa tepat yang boleh kepada pertuturan asal. Kemungkinan ada perbezaan atau kesilapan kecil, tetapi diharap tidak menyebabkan ia lari maksud hujah tersebut. Transkripsi ini bertujuan sebagai rekod bertulis serta untuk pembacaan OKU Pendengaran.

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!