Kemurungan adalah gangguan yang melibatkan perasaan seseorang  di mana pesakit yang mengalami kemurungan akam berada dalam kesedihan atau kehilangan minat dalam kebanyakan aktiviti seharian sekurang-kurangnya 2 minggu.

Seperti yang telah di terangkan dalam artikel kami sebelum ini, ia boleh memberikan impak yang sangat besar jika masalah kemurungan tidak dikawal dengan segera.

Imej dari ketochix.wordpress.com

Mari kita lihat serba ringkas Prinsip  Terapi Kemurungan

  1. Megurangkan semua tanda-tanda kemurungan (Fasa akut).
  2. Mengurangkan keupayaan untuk tanda-tanda kemurungan dating kembali.
  3. Menghalang (Prevention) daripada episode baru kemurungan atau tindakan luar kawal seerti membuuh diri daripada berlaku (fasa penyelenggaraan atau penstabilan rawatan).
  4. Menyelesaikan masalah -masalh sampingan yang hadir bersama kemurungan seperti keletihan, kelemahan dari sudut kognitif anhedonia, keresahan).
  5. Pemulihan fungsi untuk bekerja dan penstabilan psikososial.

 

Pilihan rawatan

Pemilihan rawatan adalah berdasarkan faktor-faktor berikut:

  • Tahap syptom yang dialami oleh pesakit (ringan, sederhana atau teruk)
  • Kehadiran komorbiditi (kehadiran penyakit lain yang hadir Bersama) atau tekanan psikososial.
  • Keutamaan pesakit.
  • Sejarah rawatan terdahulu.

Rawatan yang boleh digunakan untuk merawat fasa akut kemurungan temasuklah mendapat nasihat daripada pakar psikiatri di mana beberapa rawatan akan diberikan seperti psikoterapi, terapi dengan menggunakan ubat (farmakologi) atau gabungan kedua-dua sekali. Terapi elektrokonvulsif (ECT) juga antara salah satu rawatan daripada pakat psikatari.

 

Pesakit yang melalui samada psikoterapi atau  terapi dengan menggunakan ubat (farmakologi) mempunyai latar belakang seperti berikut:

  • kemurungan yang ringan dan sederhana
  • psikoterapeutikal intervention memberi faedah yang amat tinggi bagi pesakit yang mengalami masalah kemurungan disebabkan tekanan psikososial yang signifikan, persekitaran yang sangat tertekan, mahupun tekanan perasaan yang disebabakan oleh faktor yang berbentuk interpersonal.

Manakala pesakit yang memerlukan pemerhatian dari kedua-dua sudut rawatan selalunya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Pesakit yang mengalami kemurungan yang sederhana hinggalah kepada tahap kronik.
  • Pesakit mengalami masalah psikososial, masalah interpersonal atau gangguan keperibadian yang tidak mampu dibendung dengan mengunakan intervention.
  • pesakit yang telah gagal modaliti rawatan tunggal.
  • Pesakit yang mempunyai masalah untuk mengikut jadual intervention yang diberikan.

 

Pengelasan ubat kemurungan akan dikupas dalam SIRI 2.

Imej dari pinterest.

Objektif siri 2 adalah untuk memperkenalkan kepada anda apakah pengkelasan ubat yang ada untuk penyakit kemurungan, dan yang paling penting apakah kesan unbat tersebut kepada pesakit. Kenapa anada kena tahu? supaya anda boleh menjangkakan dan lebih bersedia, bahawa apabila pesakit mengambil kumpulan ubat yang tertentu, ini akan memberikan kesan yang mungkin signifikan untuk kumpulan ubat tersebut.

Secara tidak langsung, sedikit pemahaman ini akan membantu kita untuk membantu pesakit kembali dalam mengatasi masalah kemurungan yang mereka tidak pernah minta untuk terjadi kepada mereka. Bersifat simpati dan sentiasa menyokong mereka adalah usaha yang paling murni untuk membantu pesakit supaya boleh melalui hidup ini dengan lebih berkualiti.

#anaila

#pharmacology

Rujukan

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMHT0024768/
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3181668/

    . Pathophysiology of depression and mechanisms of treatment.