Nak kurus ambil ubat lawas?

Salam sejahtera.

Imej dari Wikipedia Image

Siapa pernah ambil laxatives untuk kuruskan badan? Ubat lawas ini sebenarnya adalah untuk mengurangkan masalah sembelit, tetapi ramai pula yang tersalah guna untuk dikatakan sebagai altrantif kuruskan badan.

wikipedia imej

Tahukah anda apa kesannya mengambil ubat lawas untuk kuruskan badan? Petama anda akan berdepan dengan masalah ion yang tidak seimbang seperti ion calcium, magnesium dan hydrogen. Ini kerana ubat lawas akan menyebabkan ion-ion ini diangkut sekali keluar dari badan melalui pengeluaran air. Air di dalam badan akan diganti semula apabila anda minum tetapi jika anda kurang minum, badan akan berada di dalam keadaan hydratasi, hypokalemia (keadaan kekurangan ion potassium) dan  hypomagnesia (kekurangan magnesium) serta kekurangan banyak lagi ion-ion penting untuk fisiologi tubuh badan. Kepentingan ion-ion ini  adalah untuk pengawalan isyarat tranduksi seperti di saraf dan juga otot selain ia juga penting di dalam pengawalan isyarat di jantung serta otak.

Selain itu,  kekerapan mengambil ubat lawas tanpa kawalan menyebabkan usus besar bergantung kepada kehadiran agen pelawas untuk melakukan proses pergerakan usus. Dua menifestasi klinikal dalam peyalahgunaan agen pelawas untuk satu jangkamasa yang panjang ialah Melanosis Coli dan cathartic colon.

Apa itu Melonosis Coli?

Melonosis Coli adalah keadaan di mana pigmen yang berwarna gelap terhasil di bahagian dinding usus besar (Usus besar juga dipanggil colon. Lebih spesifik, di bahagian lamina propria colon). Pigmen tersebut kelihatan seperti melanin tetapi ia bukan lah melanin tetapi ia dipanggil  lipofuscin, (disebabkan ia seperti melanin maka ia dipanggil melonosis). Liposfuscin terhasil disebabkan sel-sel di bahagian colon mengalami kerosakan dan menjalani proses apoptosis (sel mati). Sel mati ini akan kelihatan seperti di dalam imej melalui proses colonscopy (Teropong usus besar). Ini selalunya terhasil apabila laxatives yang di ambil terutama daripada glikoside tumbuhan, tidak di serap di usus kecil sebaliknya kompoun aktif itu melalui usus besar dan menyebabkan dinding usus besar rosak dan sel di situ mati.

 

imej dari Ennaifer et al., 2014

Apa itu cathartic colon.

Apabila seseoang mengambil agen pelawas lebih daripada  3 kali dalam seminggu selama setahun, keadaan usus mereka akan berubah dari segi anatomi dan juga fisiologi. Simptom yang dilihat termasuklah rasa mual dan angin, sakit di bahagian abdomen dan pengeluaran tinja yang tidak sempurna. Apabila ini berlaku, ia menunjukkan bahagian otot di usus besar telah rosak begitu juga dengan sistem saraf di bahagian usus besar yang bertanggungjawab untuk setiap bentuk isyarat bagi pergerakan usus besar.

 

Bertambah gemuk dengan agen pelawas

Kajian mendapati agen pelawas akan menyebabkan sistem renin-aldosterone diaktifkan di sebabkan kehilangan air dari badan yang tinggi. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan badan di dalam keadaan oedema (lebihan air dari badan) dan kenaikan berat apabila agen pelawas diberhentikan. Apabila seseorang melihat penambahan berat badan, secara psikologi mereka akan menambah kekerapan pengambilan agen pelawas  kerana merasa badan semakin kembang dan jarum penimbang semakin menaik. Apabila kekerapan penggunaan agen pelawas semakin tinggi, toksisiti berlaku dan mengundang bahaya lain.

 

Kesimpulan. Nak kurus kena exercise, kurangkan makan, dan istiqamah.

#anaila

Rujukan

  1. Histopathology of Preclinical Toxicity Studies. Interpretation and Relevance in Drug Safety Studies (2012).
  2. Yen, M., & Ewald, M. B. (2012). Toxicity of Weight Loss Agents. Journal of Medical Toxicology, 8(2), 145–152. https://doi.org/10.1007/s13181-012-0213-7
  3. Roerig, J. L., Steffen, K. J., Mitchell, J. E., & Zunker, C. (2010). Laxative abuse: Epidemiology, diagnosis and management. Drugs. https://doi.org/10.2165/11898640-000000000-00000
  4. Shirasawa, Y., Fukuda, M., & Kimura, G. (2014). Diuretics-assisted treatment of chronic laxative abuse. CEN Case Reports, 3(2), 209–214. https://doi.org/10.1007/s13730-014-0120-7
  5. Roerig,JL; Steffen, KJ; Mitchell, JE; Zunker, C. (2010). LAXATIVE REVIEW AND ABUSE MANAGEMENT. CLIPs, 14(36), 1487–1503.
  6. Joo, J. S., Ehrenpreis, E. D., Gonzalez, L., Kaye, M., Breno, S., Wexner, S. D., … Secrest, K. (1998). Alterations in colonic anatomy induced by chronic stimulant laxatives: The cathartic colon revisited. Journal of Clinical Gastroenterology, 26(4), 283–286. https://doi.org/10.1097/00004836-199806000-00014