Admin baru sahaja sampai di rumah daripada pulang bekerja, terus mencapai handphone dan membuka page kesayangan, ISB, hari-hari ada ilmu baru di sini. Sekali keluar iklan di bawah. Aikkk ingat dah berhenti mereka ni.

Mari kita berkongsi sikit apa sebenarnya yang terkandung dalam losen ajaib membesarkan payudara. Ada dua sahaja kesan yang akan kelihatan selapas pengguna mengguna pakai krim ini, Pertama, ia hanyalah helah semata-mata. Kedua, YA memang pembeli yang tergoda BERJAYA menambah saiz sedia ada. Berita gembira? Pasti gembira. Tetapi AWAS, panas tidak sampai ke petang. Losen ini juga boleh membawa padah. Silap-silap nyawa juga boleh melayang.

Apakah ramuan ajaib yang ada si dalam krim tersebut?

Selalu  kita sebagai pengguna akan dimomokkan dengan penggunaan herba sebagai salah satu agen yang paling selamat di dunia. Tetapi ini adalah tidak benar. Kajian mendapati herba yang tidak menjalani proses penyaringan toksisiti (di makmal GMP terpilih, maknanya makmal yang diiktiraf oleh badan-badan tertentu di bawah aturan dan piawaian yang digariskan, yang melayakkan segala proses ujikaji digunapakai) mempunyai tahap yang lebih kronik jika di ambil dalam bentuk makanan. Kandungan herba yang selalu digunakan adalah seperti hops (Humulus lupulus), biji berry saw palmetto (Serenoa repens), akar dong quai (Angelica sinensis), buah bery chaste-tree (Vitex agnus-castus), (Cnicus benedictus), dandelion (Taraxacum officinale), keladi liar (Dioscorea villosa), jintan (Foeniculum vulgare), damiana (Turnera diffusa), dan biji halba (Trigonella foenum-graecum). Berdasarkan carian di pangkalan MEDLINE, tiada sebarang kajian khusus samada secara in vivo mahupun in vitro untuk mensahihkan penggunaan krim yang dicampurkan dengan herba-herba di atas untuk membesarkan payudara. Kebanyakan yang anda dengar adalah testemoni. Maka, jika anda menggunakan krim dengan adunan herba ini, anda berada di kategori yang pertama, di mana anda tidak nampak sebarang perbezaan kepada payudara anda walaupun anda sudah membeli botol yang kelapan.

Sesuatu yang dirisaukan adalah apabilan krim/losen  ini ditambahkan dengan sebatian steroid. Contoh steroid adalah estrogen, progesterone dan hormone perangsang (Growth factor). Herba seperti Pueraria mirifica pula mengandungi phytoestrogen dan dikatakan boleh membesarkan payudara, tatapi tiada kajian klinikal yang mensahihkan fakta ini. Kenapa penjual menambah steroid? Supaya dapat dilihat kesannya apabila dipakai (applied). Supaya pembeli gembira. Supaya jualan meningkat kerana pembeli kata, ehh memang bekesan lah walaupun baru menggunakan botol yang pertama. Nah, pengguna ini kurang bernasib baik dan jatuh kepada kategori pengguna yang kedua dan semestinya beliau perlu bersiap-siaga dengan maklumat steroid.

Apabila steroid dicampurkan ke dalam emulsi, krim  atau losen, steroid akan meresap melalui lapisan kulit dan akan bertindak balas dengan protein receptor pada cytoplasma  untuk membentuk kompleks  steroid-protein . Kompleks tersebut akan bergerak ke DNA dan menambat pada DNA tersebut. Proses penembatan kompleks kepada reseptor pada DNA akan mengaruh masej yang dihasilkan oleh messenger RNA (mRNA) atau dikenali dengan RNA penghatar. Bergantung kepada laluan yang dirangsang oleh steroid, penambatan protein yang dihasilkan oleh mRNA boleh bertindak sebagai perangsang (stimulator) atau perencat (inhibitor). Di dalam pembesaran tisu payudara, kajian mendapati insulin growth factor 1 (IGF-1) adalah protein yang dirangsangkan. Selain itu, hormon lain yang turut terangsang adalah androgens dan progestin.

Sumber: : https://sites.jmu.edu/gbio103/bbq4a-how-do-anabolic-steroids-work/

Tahukah anda apakah kesan kenaikan IGF- 1 di dalam tubuh badan?

Apabila laluan IGF-1 diaktifkan, ia dikaitkan dengan peningkatan kanser payudara di kalangan wanita terutama wanita yang mempunyai mutasi BRCA 1. Wanita yang semakin berumur pula berisiko lebih tinggi untuk berdepan dengan kanser payudara. Bukan setakat protein IGF sahaja yang meningkat, terdapat protein dan hormone lain seperti androgen dan prolactin  juga akan turut teraruh dan menyumbang kepada risiko kanser, diabetes, arthritis asthma dan banyak lagi. Persoalannya? Adakah ini BERBALOI?

Sumber: Christopoulos, P. F. et al., 2015

Osteoporosis

Selain kanser, pengguna juga terdedah dengan risiko osteoporosis. Ini berlaku kerana steroid mampu untuk membantutkan proses bone remodelling (iaitu proses membaiki tulang, tulang kita ada program yang mampu untuk membaik pulih sendiri). Steroid menghalang proses bone remodelling dan menyebabkan perencatan serapan calcium. Sel osteoclast  dan osteoblast juga menjadi tidak seimbang dan seterusnya menyebabkan apoptosis (sel mati) pada sel osteoblast (Sel tulang yang bertanggungjawab untuk dihasilkan terutama apabila patah). Nah, sekarang pengguna berdepan dengan masalah tulang pula.

 Sumber: Journal of Endocrinology, June 1, 2009 vol. 201 no. 3 309-320

Kenapa penjual tidak menulis pada kotak atau labelkan sahaja di  botol atau tub krim tersebut tentang kehadiran steroid? Bagaimana mereka mendapat kebenaran KKM?

Pastilah mereka tidak mahu berbuat demikian, gulung tikar perniagaan mereka. Mereka akan dikejar oleh bahagian pharmaceutical KKM. Macam mana mereka mendapat pensijilan dari KKM? Mereka adalah orang yang bijak pandai, tentu banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan duit dari kocek baju anda. Tetapi mereka tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang masalah kesihatan kepada pelanggan mereka. Nanti mereka akan jawab, testimoni orang lain ok je. 😊 #jangan percaya seratus peratus pada testimoni #di sebalik sains

 

Tips: Bersyukur dengan apa yang ada. Kepada para suami, jangan hadiahkan pula krim yang diragui kepada orang yang anda sayangi!

 

Rujukan

 

Fugh-Berman, A. (2003, June 1). “Bust enhancing” herbal products. Obstetrics and Gynecology. Elsevier Inc. https://doi.org/10.1016/S0029-7844(03)00362-4

Isaksson, E., Sahlin, L., Söderqvist, G., Von Schoultz, E., Masironi, B., Wickman, M., … Skoog, L. (1999). Expression of sex steroid receptors and IGF-1 mRNA in breast tissue – Effects of hormonal treatment. Journal of Steroid Biochemistry and Molecular Biology, 70(4–6). https://doi.org/10.1016/S0960-0760(99)00115-6

Rinaldi S, Peeters PH, Berrino F, et al. IGF-I, IGFBP-3 and breast cancer risk in women: The European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition (EPIC). Endocr Relat Cancer. 2006 Jun;13(2):593-605.

Kragballe, K. (1989). Topical corticosteroids: mechanisms of action. Acta Dermato-Venereologica. Supplementum, 151, 7–10; discussion 47-52. Retrieved from http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/2533778

Mitra, R. (2011). Adverse Effects of Corticosteroids on Bone Metabolism: A Review. Pm&R, 3(5), 466–471. https://doi.org/10.1016/j.pmrj.2011.02.017

Christopoulos, P. F., Msaouel, P., Koutsilieris, M., Ruan, W., Kleinberg, D., Deeks, S., … Park, J. (2015). The role of the insulin-like growth factor-1 system in breast cancer. Molecular Cancer, 14(1), 43. https://doi.org/10.1186/s12943-015-0291-7

Hardy, R., & Cooper, M. S. (2009). Bone loss in inflammatory disorders. Journal of Endocrinology. https://doi.org/10.1677/JOE-08-0568

Christopoulos, P. F., Msaouel, P., & Koutsilieris, M. (2015, February 15). The role of the insulin-like growth factor-1 system in breast cancer. Molecular Cancer. BioMed Central Ltd. https://doi.org/10.1186/s12943-015-0291-7