Imej: Dentistry.co.uk

 

Hampir satu pertiga (31%) kanak-kanak berumur 5 tahun dan hampir separuh kanak-kanak berusia 8 tahun  mengalami kerosakan gigi yang sangat jelas pada gigi utama mereka. Lebih menyedihkan, terdapat peratusan yang agak membimbangkan di kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun untuk tersenyum atau ketawa disebabkan kerosakan yang serius atau gigi yang hilang.

Isu penjagaan gigi tidak lah glamour tetapi ia boleh memberi sedikit sebanyak tekanan kepada kanak-kanak terutama yang melibatan soal kecantikan dan penampilan diri. Kerosakan gigi selalunya disebabkan oleh faktor pemakanan dan juga kebersihan oral yang tidak betul.  Bukan setakat gula-gula boleh menyebabkan gigi rosak, tetapi makanan yangtinggi karbohidrat, buah-buahan, juice, biskut dan banyak lagi adalah faktor penyumbang kepada masalah pereputan gigi. Kekerapan pengambilan makanan-makanan ini serta masa di mana sisa-sisa makanan ini berada di dalam ruang oral dan celahan gigi juga membantu menigkatkan resiko di kalangan kanak-kanak.

imej: Healthprep.com

 

Selamat ke kanak-kanak mengambil minuman minuman berkabonat/soda?

Kajian mendapati pengambilan soda di kalangan kanak-kanak tanpa kawalan tanpa pengambilan nutrisi yang sihat akan menjurus kepada penghakisan enamel gigi. Apabila bahagian enamel gigi terhakis, maka mudah la untuk menghasilkan cavities. Jika hakisan aenemel berlarutan, akan muncul lah rasa sakit dan nyilu di bahagian gusi dan sesnsitivi pada gigi. Lebih teruk jika bahagian akar dijangkiti kuman bakteria yang menyebabkan jangkatan saraf, di mana rawatan akar diperlukan.

Gum Boil, apa tu?

Penjagaan oral yang tidak sempurna boleh meghasilkan jangkitan dan seterusnya menghasilkan nanah di bahagian tisu pulpa yang dipanggil ‘gum boil’. Ianya selalunya sakit dan menyebakan kanak-kanak mengalami kesukaran untuk bercakap dan juga mengunyah makanan. Jika jangkitan tidak dirawat di bahagian tisu pulpa, tisu akan mati dan seterusnya menjadi nanah  dan terhasilah gum boil. Jika gum boil terhasil, maka dktor gigi akan mengeluaran nanah tersebut dan rawatan seperti rawatan akar akan diberikan kepada pesakit.

imej: medical-dictionary.thefreedictionary.com

Bilakah waktu kanak- kanak perlu  berjumpa Doktor gigi?

Selain daripada apabila sakit gigi muncul di kalangan kanak-kanak, adalah amat baik sekiranya ibu bapa membawa kanak-kanak apabila gigi pertama mula keluar, untuk berjumpa dengan dokter gigi kanak-kanak (pediatric dentist). Temujanji dengan doktor gigi mestilah dibuat sebelum anak anda mencapai umur genap setahun. Persatuan doktor gigi Amerika menyarankan pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak setiap enam bulan sekali.

Kredit: Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perak.

 

Apakah tindakan ibu bapa?

 

  1. Gunakan berus gigi yang betul. Penggunaan berus gigi elektrik dengan kepala berus bulat sangat membantu bagi kanak-kanak dari usia tiga tahun. Ini biasanya merupakan pilihan terbaik untuk penyingkiran plak dan yang terbaik untuk gusi secara umum.
  2. Penggunaan ubat gigi yang mengandungi flouride membantu untuk gigi kuat dan selalunya juga membantu daripada hakisan gigi dan tooth decay.  Pastikan ubat gigi anak anda mengandungi flouride.
  3. Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana untuk memberus gigi dengan cara yang betul. Pada umur kanak-kanak lagi, anak-anak perlu di ajar Teknik pembersihan gigi dengan betul. Kolabrasi Bersama ibu bapa membantu kanak-kanak .
  4. Berus dua kali sehari selama 2 minit setiap kali memberus gigi – ibu bapa harus memastikan anak-anak memberus gigi selama 2 minit dua kali sehari.
  5. Wujudkan suasana yang menyeronokkan ketika memberus gigi supaya anak-anak lebih bermotivasi. Bernyanyi merupaka salah satu kaedah yang digemari di kalangan kanak-kanak.
  6. DISIPLIN. Pastikan anak-anak memberus gigi sebelum tidur pada waktu malam.
  7. Mengingatkan anak-anak. Ini amat penting terutama apabila memakan makanan yang bergula supaya anak-anak ingat bahawa pengambilan gula, jika tidak dibersihakan akan menyebabkan gigi rosak.
  8. Konsisten bertemu Dokto Gigi. Ini penting untuk mengenal pasti masalah lebih awal dan pencegahan dapat dilakukan.
  9. Tabiat penjagaan gigi yang baik. Jika anak anda matang, penggunaan flos gigi juga sesuai di ajar kepada mereka.

Rujukan: Colgate.com

  1. http://www.aapd.org/ America Pediatric dentist Association.
  2. Preventing tooth decay in children and teenagers. informed Health Online. Pubmed Health.
  3. Chou R, Cantor A, Zakher B, Mitchell JP, Pappas M. Prevention of Dental Caries in Children Younger Than 5 Years Old: Systematic Review to Update the U.S. Preventive Services Task Force Recommendation. AHRQ Report No.: 12-05170-EF-1. 05.2014. (U.S. Preventive Services Task Force Evidence Syntheses, formerly Systematic Evidence Reviews).
  4. The Malay version of the Early Childhood Oral Health Impact Scale (Malay-ECOHIS) – assessing validity and reliability. Azlina N. Hashim, Zamros Y. M. Yusof, and Rashidah Esa. Health and Quality of Life Outcomes (2015) 13:190