Rentetan video berkenaan “Jalan atas bumi boleh mengurangkan cas badan?”. Betul ke? Meh kita bedah isu ni.

1. Badan kita memang sentiasa bercas. Ini disebabkan kita mempunyai muatan cas sendiri.

2. Konsep muatan cas pada badan ni yang menyebabkan kita boleh guna “smartphone”. Teknologi “touch screen” (sentuhan skrin) menggunakan konsep “capacitive sensing”.

3. Bila kita perlu menyahcas diri sendiri? Ada beberapa keadaan.

4. Antaranya ialah apabila kita mengisi pam minyak. Sentuh kenderaan anda. Ada mitos kata letupan/kebakaran di pam minyak disebabkan radiasi telefon bimbit. Ianya TIDAK BENAR [1]. Tapi eloklah kita jangan guna telefon bimbit semasa mengisi minyak. Dan lagi sekali, sentuh kenderaan anda sebelum mengisi.

5. Lainlah kalau telefon bimbit meletup seperti yang berlaku sebelum ini [2]. Tapi itu luar topik.

6. Lagi satu, kalau kerja di kilang elektronik, anda akan sentiasa perlu “membumikan” diri sendiri. Kerana badan anda yang bercas boleh menghasilkan “ESD” (electrostatik discharge) yang boleh merosakkan komponen elektronik. Pekerja kilang akan dibekalkan alat “pembumian” tersebut.

7. Ada manfaat ke jalan kaki ayam atas tanah? Dalam kajian saintifik, sebuah “review” dilakukan. Jawapannya: Boleh jadi bagus atau tidak. Ini dikatakan bagus untuk latihan para atlet [3].

8. Setakat ni, tiada kajian yang pasti mengatakan “earthing” melancarkan aliran darah. Yang ada pun… oklah kami letak rujukan di sini [4]. Tapi kajian tersebut dihasilkan olej jurnal yang dipertikaikan kesahihannya.

9. Sel darah yang bergumpal dipanggil “Rouleux formation”. Ianya disebabkan oleh jangkitan, penyakit hati kronik, “connective tissue disease”, dan lain-lain. BUKAN kerana cas positif atau negatif badan.

10. Berjaga-jaga dengan cacing kerawit juga di atas tanah.

Ini Sains, Beb!

#Vizier87
#aurora

Rujukan:

[1] Burgess, A. (2007). Real and phantom risks at the petrol station: The curious case of mobile phones, fires and body static. Health, risk & society, 9(1), 53-66.

[2] https://bgr.com/…/smartphone-battery-explosion-and-fire-ki…/

[3] Jenkins, D. W., & Cauthon, D. J. (2011). Barefoot running claims and controversies: a review of the literature. Journal of the American Podiatric Medical Association, 101(3), 231-246.

[4] Chevalier, G., Sinatra, S. T., Oschman, J. L., & Delany, R. M. (2013). Earthing (grounding) the human body reduces blood viscosity—a major factor in cardiovascular disease. The Journal of Alternative and Complementary Medicine, 19(2), 102-110.

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!