Rujukan Imej dari forbes.com/sites/rodgerdeanduncan

 

Ketawa adalah respon secara fisiologi kepada keadaan yang menggembirakan atau yang mencuit hati. Ia melibatkat dua komponen utama iaitu i)pergerakan anggota badan dan ii) juga penghasilan bunyi. Apabila seseorang merasakan sesuatu yang mencuit hati, otak secara langsung akan mengesan akan respon tersebut dan terus menghantar  masej ke seluruh badan untuk bertindak dengan mengeluarkan bunyi dan pergerakan-pergerakan anggota badan.

 

Tahukah anda, apabila anda bergelak dan tertawa riang, anda melibatkan kontraksi kepada 15 otot di bahagian muka. Selain itu, otot yang dikenali sebagai Zygomotic major muscle, iaitu otot yang bertanggunjawab untuk menaikkan lidah, juga akan terangsang. Pada masa yang sama, epiglottis akan menutup larynx secara separa dan ini secara tidaka langsung menyebabkan kemasukan udara secara tidak sekata. Kesan ini menyebabkan seseorang yang bergelak besar seolah-olah sepeti kurang udara untuk bernafas. Anda selalu mengalaminya bukan?Sampai tak cukup nafas apabila berjumpa sahabat dan bercerita Bersama mereka.

Di dalam keadaan yang ekstrim, kelenjar lakrimal akan mengeluarkan air mata. Seseorang juga boleh bertukar warna kulit terutama di bahagian muka untuk menjadi warna merah, terutama apabila beliau sedang cuba untuk bernafas semula secara biasa. Ambil masa kadang kala untuk kita bernafas apabila ketawa besar, betul tak?

Bagaimana pula bunyi boleh dihasilkan dari ketawa? Bunyi yang dihasilkan boleh jadi ketawa  yang kecil, sederhana besar atau bergelak besar (berdekah-dekah). Kajian mendapati, apabila seseoarng itu ketawa, secara tidak langsung  bahagian sistem saraf (neuron circuit) yang lain akan dirangsang, dan menyebabkan lebih banyak untuk bergelak-ketawa. Adakalanya,  ketawa berlaku untuk satu jangka masa yang agak panjang, dan ini semua dibantu oleh sistem saraf di dalm otak.

Apakah kepentingan ketawa di dalam kehidupan?

Ketawa dilihat dari psikologi sebagai ‘relief mechanism’ iaitu salah satu medium untuk melepaskan rasa tekanan ataupun stress. Jika di zaman purba, ketawa dilihat sebagai salah satu cara penyampaian untuk menunjukkan bahawa mereka sudah terlepas daripada bahaya atau pun sebagai satu masej bahawa semuanya di dalam keadaan tenang ataupun selamat.

Rujukan imej dari indianexpress.com

Kajian daripada cultural anthropologist berpendapat ketawa adalah satu cara komunikasi di dalam masyarakat dan juga  pergaulan sosial. Apabila kita sentiasa mendampingi orang yang gemar ketawa dan ceria, kita akan berasa sangat selesa untuk berdampingan Bersama mereka.  Ketawa di sini bermaksud ketawa yang disebabkan oleh kelucuan bukan ketawa disebabkan masalah psychiatric ya. Kajian juga mendapati, apabila seseorang itu berada di dalam keadaan yang sangat malu, ketawa dilihat  membantu mengurangkan tekanan.

Kajian yang menggunakan electroencephalograph (EGG), iatu satu mesin yang membenarkan aktiviti eletrikal di dalam otak untuk  di ukur,  mendapati bahawa ketawa melibatkan jaringan circuit di seluruh otak berbanding dengan respon emosi yang lain yang selalunya terkumpul hanya pada satu kawasan otak sahaja. Ini bermakna, apabila anda bergelak ketawa, jaringan neuron di dalam otak secara umumnya akan dirangsang berbanding jika anda berada di dalam tekanan, hanya satu bahagian otak sahaja dirangsang dan lebih banyak neurotransmitter untuk tekanan (signal kimia yang bertanggungjawab menghantar masej di dalam otak) akan dihasilkan.

Apakah kepentingan bergelak ketawa di dalam kehidupan? Umum mengetahui ketawa akan menguramgkan tekanan di dalam kehidupan seharian. Dari segi saintfik, ia membawa kepada gaya hidup yang lebih sihat melalui yang berikut:

  • Meningkatkan Pertahanan badan.

Ketawa menyebabkan immune sistem kita meningkat. Bagaimana? Sebab ketawa menghentikan mekanisma ‘flight and fight ‘. Ketawa terbukti mengurangkan hormone seperti cortisol,  yang mengawal stress di dalam tubuh badan manusia. Pengeluaran hormon dan neurotransmitter  ‘Happiness’ seperti

  1. ACETYLCHOLINE
  2. DOPAMINE
  3. ENDORPHINS
  4. ENKEPHALINS
  5. GABA (Gamma Amino Butyric Acid)
  6. MELATONIN
  7. NOREPINEPHRINE:
  8. OXYTOCIN
  9. PHENYLETHYLMINE (PEA)
  10. SEROTONIN

 

Sumber Rujukan. http://brittanyfichterwrites.com/improving-your-health-with-laughter/

 

Ketawa meningkatkan pergerakan darah vascular  (vascular blood flow) dan penambahan oxygen di dalam darah. Ini secara tidak langsung membantu menguragkan tekanan darah yang tinggi.

  • Saliva- ketawa membantu meningkatkan pengeluaran immunoglobulin A yang berada di dalam, saliva, di mana immunoglobulin ini bertanggungjawab untuk menghalang lekatan pathogens di dalam kawasan oral, secara tidak langsung akan mengurangkan masalah pathogen ke dalam saluran pernafasan.

 

  • Salah satu bentuk senaman (Exercise)

Tahukah anda, ketwa sebanyak 100 kali adalah bersamaan dengan 15 minit workout atau un senaman dengan menggunakan basikal. Hebat bukan. Macam mana kalori terbakar? Apabila anda ketawa terutama ketawa terbahak-bahak, ia akan memberi senaman kepada diapharagma dan bahagian abdomen badan, selain daripada sistem pernafasan, ekpresi muka dan otot di bahagian belakang badan yang turut sama bekerja apabila di dalm keadaan ketawa. Itu sebab anda akan berasa penat selepas ketawa.

Rujukan https://laughteryoga.org/laughter-yoga-with-school-teachers-in-malaysia/

 

  • Kesihatan mental

Ketawa membantu mengurangkan tekanan emosi yang negative seperti kemarahan, tekanan hidup yang tinggi ataupun kemurugan. Pernahkan anda mendengar seorang doctor perubatan bernama Hunter Doherty Adams, beliau menggunakan pendekatan untuk bergelak ketawa secara santai bersama pesakit beliau. Selain beliau merupakan seorang doctor, beliau dikenali sebagai Doktor ‘pelawak’ terkenal di Amerika. Buku beliau ‘Gesundheit: Good Health is a Laughing Matter’ antara jualan yang terlaris di sana. ‘Kelab Ketawa’ dilihat sebagai salah satu pendekatan secara social untuk membantu masyarakat menghadapi cabaran kehidupan.

Hunter Doherty Adams

Untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan, marilah kita mencari alternatif untuk hidup dalam keadaan ceria. Tetapi jangan lah sampai keterlaluan untuk bergelak ketawa. Kita kan masyarakat timur, adab sopan perlu dijaga.

 

#IniSainsBeb

#anailapharm

Rujukan

  1. How Body Works. Encyclopedia of Anatomy
  2. Laughter: A Scientific Investigation. Robert R. Provine. 2000
  3. Therapeutic Benefits of Laughter in Mental Health: A Theoretical Review. Yim J. Tohoku J Exp Med. 2016 Jul;239(3):243-9. doi: 10.1620/tjem.239.243.