Read more discover more“, “ilmu Allah tu luas” dan “research what I say” adalah titik permulaan kata-kata yang lucu dan menyayat hati buat kami. Begitu juga apabila pihak kami meminta sumber rujukan artikel dari jurnal penyelidikan yang berprestij tinggi dan berwasit sebagai bukti kekuatan hujah anda. Mampukah anda mendapatkannya? Fahamkah anda mengenai perkara tersebut? Tahukah anda bagaimana  untuk mengakses jurnal tersebut? Mari kami tunjukkan tutorial mencari artikel dan jurnal yang berprestij (Kuartil 1 atau 2). Step-by-step menggunakan Google dan aplikasi lain. Lepas tu baru la syok berhujah. Ye tak? Bukan main petik dari testimoni blog tah mana-mana kan?

KAEDAHNYA
  1. Mula-mula, buka Google Scholar. Taipkan keyword yang anda perlukan. Sebagai contoh Essential Oil (EO).
  2. Perhatikan jujukan hasil carian. Ada perasan sesuatu tak? Kebiasaannya, Google Scholar akan menyenaraikan hasil carian berdasarkan bilangan citation (dibulatkan merah). Secara kasar, anda juga boleh memerhatikan tahun jurnal itu diterbitkan oleh penerbitnya (dibulatkan jingga).

Hasil carian Essential Oil di Google Scholar

3  Klik pada mana-mana hasil carian. Sebagai contoh, klik pada tajuk hasil carian kedua. Kebiasaannya, anda akan dapati nama jurnal artikel tersebut akan keluar berada di bahagian atas sekali (dibulatkan merah). Manakala, yang dibulatkan biru adalah tajuk artikel.

Nama jurnal dan tajuk artikel yang berkenaan

4 Sekarang, highlight & copy nama jurnal (dibulatkan merah) serta layari https://www.scimagojr.com/ untuk menilai tahap jurnal yang anda baca.

5  Paste nama jurnal anda di enjin carian dan tekan Enter.

6 Anda akan dapati hasil carian seperti di bawah. Klik padanya.

7 Maklumat mengenai jurnal tersebut dipaparkan seperti berikut:

8 Turunkan ke bawah sedikit, anda akan dapat lihat jadual kuartil jurnal tersebut. Cuba lihat tahun artikel diterbitkan (2008) dan letakkan cursor mouse anda ke atas tahun tersebut. Anda akan dapati jurnal tersebut berada di dalam kuartil 1.

Sekarang dengan bangganya anda menyatakan artikel anda berada di dalam senarai jurnal berprestij. OK, jemput kembali ke alam nyata. Penyelidikan tahun 2008 adalah cerita 10 tahun lepas. Pada tahun ini dan tahun selepas 2008, terdapat baaaaaaaaaaaaaaanyak lagi penyelidikan yang lebih terkini dan holistik dalam topik yang sama.

Pada peringkat ini tuan-puan sekalian, ANDA perlu lebih kritis. ANDA yang perlu lebih banyak membaca untuk mencari konklusi terhadap keberkesanan EO pada masa kini dan pada situasi / keadaan tertentu. Satu rujukan artikel belum memadai untuk menegakkan hujah anda. Tambahan lagi jika artikel tersebut diterbitkan oleh syarikat pengeluar EO tersebut. Manalah anda nak jumpa keburukan produk tersebut. Betul tak? Jika anda menjalankan penyelidikan dan menulis kertas kajian, sudah pasti anda tidak berani membuat kesimpulan mengenai isu tersebut dengan sewenang-wenangnya. Betul tak?