Tahukah anda?

Mr Elon Musk dari syarikat SpaceX dan Boring Co. dari Amerika Syarikat mencadangkan untuk membina kapal selam mini untuk menyelamatkan kanak-kanak dan jurulatihnya yang terperangkap dalam gua di Thailand. Kapal selam mini ini sudah siap dan tiba di Thailand!!

 

Kapal selam mini ini diberi nama Wild Boar sempena nama pasukan bola sepak kanak-kanak tersebut.

 

Mereka terperangkap sejauh 2 km ke dalam gua tersebut yang laluannya dipenuhi air dan terlalu sempit. Mereka sudah terperangkap lebih kurang 2 minggu.

 

Konsep kapal selam mini ini adalah seperti ‘pod’ dimana ianya bersaiz kecil dan menggunakan tiub pemindahan oksigen cecair roket Falcon sebagai badannya. Ianya ringan dan boleh dibawa bersama-sama oleh dua penyelam. Beratnya lebih kurang 90 pounds (40 kg) sahaja.

 

Ianya berbentuk seperti peluru supaya boleh bergerak dengan mudah didalam air. Pendindingnya ‘shell’ diperbuat daripada aluminium yang mempunyai kekonduksian terma yang tinggi untuk membenarkan haba dipindahkan dengan mudah, dan oleh itu ianya menjadi penebat kepada orang di dalamnya.

Kapan selam mini “Pod” (Gambar diambil dari: http://www.worldpronews.com/62001/1184/0/8289b06e0905ccb83a0a90759f7060db3e7b1975)

 

(Gambar diambil dari: https://twitter.com/tsrandall/status/1016026798298140672)

Mr Musk juga ada mencadangkan untuk menambahkan ‘music player’ untuk menenangkan kegelisahan kanak-kanak didalamnya.

 

Idea ini juga boleh diterima pakai sebagai ‘pod’ untuk menyelamatkan diri di angkasa lepas dan mempunyai ion lithium bateri yang kompleks dan dapat bertahan lama.

 

Ini Sains Beb!!!

#aiNapeng

Rujukan:

https://www.channelnewsasia.com/news/asia/elon-musk-tham-luang-thailand-cave-rescue-mini-sub-10515166

 

https://www.thestreet.com/technology/elon-musk-sends-mini-submarine-to-thailand-14645039

 

https://www.cnbc.com/2018/07/09/elon-musk-sends-kid-size-submarine-to-help-thai-cave-rescue-mission.html