Tahukah anda, kajian menunjukkan bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih mudah untuk menerima pelbagai jenis dan rasa makanan pejal (bila tiba masa ‘weaning’) terutamanya sayur – sayuran berbanding dengan bayi yang diberi susu formula sahaja.

Salah satu penerangan untuk fenomena yang menarik ini adalah, tidak seperti bayi yang hanya minum susu formula sahaja yang mana mereka cuma berpeluang merasai hanya sejenis (monotonous) perasa susu, bayi yang menyusu badan adalah lebih bertuah kerana mereka terdedah dengan pelbagai perasa yang terdapat di dalam susu ibu. Hebatnya Tuhan yang Maha Pencipta!

Hmm… kalau anda inginkan anak anda mudah makan durian bila tiba masanya, bolehlah mencuba untuk makan sedikit durian ketika fasa menyusukan anak itu… susu ibu berperisa durian

#aurora

*imej (c) sathyan.ram photography dari flickr.com

Rujukan:
J.A. Mennella, Flavour Programming During Breastfeeding; Adv Exp Med Biol. 2009;639:113-20.

Topik berkaitan yang mungkin menarik:

Mengantuknya lepas makan! Mengapa ya?

Tentang RASA

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!