Mengantuk selepas makan adalah tindak balas badan kepada perubahan kimia semasa proses pencernaan. Ini perkara biasa…. tapi kalau dah selalu berlaku, ini mungkin sesuatu perkara yang merisaukan! jeng jeng
 
Sebab rasa mengantuk selepas makan?
 
Ia disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti jenis makanan yang anda makan, tabiat tidur yang tidak teratur, keadaan kesihatan dan sebagainya.
 
1. Sistem pencernaan dan fungsi hormon:
Selepas makan, tubuh melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK). Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin.. tetapi, otak juga mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.
 
Selain itu, makanan juga mempengaruhi penghasilan melatonin di otak. Ini adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap rasa mengantuk selepas makan. Melatonin dihasilkan dengan menukarkan asid amino tryptophan ke serotonin, yang kemudiannya menjadi melatonin.
 
2. Jenis makanan yang anda makan:
Sesetengah makanan boleh menyebabkan rasa lebih mengantuk daripada yang lain. Makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, tofu, keju dan kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan. Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin inilah yang menyebabkan kita mengantuk.
 
Selain itu, makanan yang tinggi karbohidrat (seperti nasi) juga mempunyai bahagian protein yang membantu menghasilkan asid amino tryptophan dan serotonin yang terdapat di dalam otak. Kombinasi makanan yang mengandungi asid amino tryptophan (protein) dan karbohidrat juga membuat anda berasa mengantuk. Oleh itu, hidangan yang sesuai sebelum tidur adalah makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein, seperti susu dan bijirin (jika anda mempunyai masalah sukar tidur/insomnia, ini mungkin cara yang terbaik untuk anda!
 
Untuk mengelakkan mengantuk selepas makan, makan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran, bijirin dan lemak. Ia akan memberikan tenaga yang berterusan. Minum banyak air dan kawal pengambilan gula. Makan makanan dalam porsi yang kecil tetapi lebih kerap juga boleh membantu memelihara tenaga supaya anda tidak berasa mengantuk selepas makan.
 
3. Tabiat tidur:
Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan. Ini kerana, selepas makan, badan berasa kenyang dan rileks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.
 
Untuk mengelakkan perkara ini, perbaiki kualiti dan tabiat tidur. Tingkatkan aktiviti fizikal anda secara berkala boleh membantu anda mendapatkan tidur malam yang baik.
 
Keadaan kesihatan:
Sekiranya anda tetap berasa mengantuk, mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit Celiac, Anemia, Food intolerance, Alahan, Sleep Apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif. Rujuk doktor jika anda mengalami keadaan ini atau jika anda sering tidur selepas makan.
 
Mengantuk selepas makan juga boleh menjadi tanda bahawa anda kekurangan nutrien tertentu. Akibatnya, anda akan selalu berasa letih dan sentiasa mengantuk sepanjang hari.
 
Rujukan:
 
1. Donald, V., Charlotte, W. P., & Judith, G, V., (2012), Principle of Biochemistry, 4th Edition
 
2. Spigel, K. Leproult, R., & Van Caute,r E., (1999), Impact of sleep debt on metabolic and endocrine function, The Lancet, 354(9188):1435-1439
 
3. D. V. M. Ashley, R. Liardon, & P. D. Leathwood (1985), Breakfast meal composition influences plasma tryptophan to large neutral amino acid ratios of healthy lean young men, Journal of Neural Transmission, 63(3-4);271-283
 
4 Sports Nutrition for Health Professionals, American Council on Exercise
 
5. ACE Fitness Nutrition Manual, American Council on Exercise

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!