Essential oil atau minyak pati merupakan sebatian mudah meruap yang diektrak dari tumbuhan menggunakan pelbagai kaedah. Kaedah yang paling banyak digunakan adalah kaedah penyulingan. Essential oil mengandungi sebatian kimia dari kelas terpenes, esters, aldehid, keton dan lain-lain. Contohnya, essential oil lavender mengandungi sebatian kimia utama linalool dan linalyl acetate sekitar 50-60% [1-2]. Kedua-dua sebatian kimia ini adalah terpenes dari jenis monoterpen beroksigen (oxygenated monoterpene).

 

Imej dari Pixabay

 

Sebatian kimia utama dalam essential oil lavender

Benarkah essential oil merawat penyakit? Jawapannya TIDAK. Walaupun terdapat pelbagai kajian klinikal tentang penggunaan essential oil dalam aromaterapi, tiada satu pun kajian tersebut menyebut essential oil merawat penyakit. Essential oil dikaji sama ada penggunaan essential oil mengurangkan kebergantungan terhadap ubat tahan sakit, meningkatkan toleransi terhadap kesakitan, dan meningkatkan kualiti hidup secara umum.

Essential oil secara umumnya menghantar signal kepada sistem olfaktori, dan meransang pengeluaran neurotransmitter seperti dopamine dan serotonin. Ia membantu memberi ketenangan, meningkatkan toleransi terhadap kesakitan dan mengurangkan stress, kemurungan dan kebimbangan [3].

Hasil carian di pangkalan jurnal berindeks seperti reaxys dan scopus, terdapat sekitar 26 artikel kajian rawak terkawal (RCT) dan kajian literasi sistemik (systemic review) berkaitan aromaterapi melalui kaedah urutan atau sedutan (inhalation). TIADA KAJIAN TERSEBUT MENYATAKAN ESSENTIAL OIL DIMINUM ATAU DIMAKAN.

  1. Kajian literasi sistemik penggunaan essential oil mengurangkan sakit akibat kesan bakar. Keputusan tidak konslusif. Sebahagian RCT menyatakan penggunaan essential oil secara sedutan aroma meningkatkan tolerasi terhadap sakit dan meningkatkan kualiti tidur [4]
  2. Kajian RCT penggunaan urutan essential bagi mengurangkan sakit lutut akibat osteoarthritis. Kesan pengurangan sakit secara signifikan diperhatian sebaik sahaja selepas urutan dan seminggu selepas urutan. Tiada kesan signifikan diperhatikan selepas 4 minggu [5].
  3. Kajian literasi sistemik pengurusan sakit selepas pembedahan. Kesimpulan kajian tidak konklusif. Sebahagian RCT menunjukkan sedutan dan urutan menggunakan essential oil mengurangkan permintaan terhadap ubat tahan sakit [6].
  4. Kajian RCT penggunaan urutan essential oil ketika proses bersalin. Tiada perbezaan dari segi tempoh bersalin, kaedah bersalin dan Apgar’s score bayi di antara kumpulan yang menerima urutan dan kumpulan ytang tidak menerima urutan [7]
  5. Kajian literasi sistemik penggunaan urutan aromaterapi bagi mengawal penyakit hipertension. Kesimpulan kajian tidak konklusif, hasil RCT berbeza-beza. Secara umumnya urutan memberi ketenangan kepada pesakit dan memberi kesan baik kepada bacaan tekanan darah walaupun tidak signifikan [8].
  6. Kajian literasi sistemik penggunaan sedutan aromaterapi bagi pengurusan stress di kalangan orang dewasa yang sihat. Kesimpulan aromaterapi berkesan mengurang stress [9]
  7. Kajian RCT urutan minyak chamomile bagi mengurangkan sakit ketika serangan migraine dalam bentuk oleogel. Terdapat kesan signifikan pengurangan sakit dan kesan sampingan migraine bagi kumpulan yang menerima urutan oleogel chamomile berbanding kumpulan yang menerima placebo [10].
  8. Kajian literasi sistemik penggunaan urutan aromaterapi bagi mengurangkan simptom pesakit kanser. Hasil kajian tidak konslusif kerana kualit RCT yang rendah dan sampel kajian yang kecil. Sebahagian RCT membuat kesimpulan urutan memberikan kelegaan namun tidak signifikan secara klinikal [11].
  9. Kajian literasi sistemik penggunaan aromaterapi merawat muntah dan loya selepas pembedahan. Penggunaan sedutan bau minyak peppermint mengurangkan loya dan mengurangkan permintaan terhadap ubat tahan muntah [12].
  10. Kajian RCT penggunaan aromterapi minyak mint bagi mengurangkan loyan dan muntah dikalangan ibu mengandung. Terdapat pengurangan loya dan muntah dikalangan ibu yang menggunakan aromaterapi berbanding yang tidak menggunakan aromaterapi pada malam pertama sehingga ketiga kajian. Namun tiada perbezaan signifikan pada malam keempat dan seterusnya. Kedua kumpulan yang menerima aromaterapi dan yang tidak menerima aromaterapi menunjukkan penurunan muntah [13].

Cukuplah dahulu setakat ini. Kesimpulan umum dari kajian klinikal ini adalah aromaterapi tidak merawat hyperemesis gravidarum, tidak merawat orthoarthritis, tidak merawat kanser, tidak memudahkan bersalin, tidak merawat luka kesan terbakar dan tidak merawat migrain. SEBALIKNYA  ia meningkatkan toleran terhadap kesakitan dan mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit dan muntah.

 

Rujukan:

[1]  Venskutonis, P. R.; Dapkevicius, A.; Baranauskiene, M., Composition of the Essential Oil of Lavender (Lavandula angustifolia Mill.) from Lithuania. Journal of Essential Oil Research 1997, 9 (1), 107-110.

[2]  Aburjai, T.; Hudiab, M.; Cavrini, V., Chemical Composition of the Essential Oil from Different Aerial Parts of Lavender (Lavandula coronopofolia Poiert) (Lamiaceae) Grown in Jordan. Journal of Essential Oil Research 2005, 17 (1), 49-51.

[3]  Xiao Nan, L.; Zhu Jun, L.; Huan Jing, Z.; Chi Meng, T., Aromatherapy and the Central Nerve System (CNS): Therapeutic Mechanism and its Associated Genes. Current Drug Targets 2013, 14 (8), 872-879.

[4]  Choi, J.; Lee, J. A.; Alimoradi, Z.; Lee, M. S., Aromatherapy for the relief of symptoms in burn patients: A systematic review of randomized controlled trials. Burns 2017.

[5]  Nasiri, A.; Mahmodi, M. A., Aromatherapy massage with lavender essential oil and the prevention of disability in ADL in patients with osteoarthritis of the knee: A randomized controlled clinical trial. Complementary Therapies in Clinical Practice 2018, 30, 116-121.

[6]  Dimitriou, V.; Mavridou, P.; Manataki, A.; Damigos, D., The Use of Aromatherapy for Postoperative Pain Management: A Systematic Review of Randomized Controlled Trials. Journal of Perianesthesia Nursing 2017, 32 (6), 530-541.

[7]  Burns, E.; Zobbi, V.; Panzeri, D.; Oskrochi, R.; Regalia, A., Aromatherapy in childbirth: A pilot randomised controlled trial. BJOG: An International Journal of Obstetrics and Gynaecology 2007, 114 (7), 838-844.

[8]  Myung-Haeng, H.; Soo, L. M.; Chan, K.; Edzard, E., Aromatherapy for treatment of hypertension: a systematic review. Journal of Evaluation in Clinical Practice 2012, 18 (1), 37-41.

[9]  Hur, M.-H.; Song, J.-A.; Lee, J.; Lee, M. S., Aromatherapy for stress reduction in healthy adults: a systematic review and meta-analysis of randomized clinical trials. Maturitas 2014, 79 (4), 362-369.

[10]  Zargaran, A.; Borhani-Haghighi, A.; Salehi-Marzijarani, M.; Faridi, P.; Daneshamouz, S.; Azadi, A.; Sadeghpour, H.; Sakhteman, A.; Mohagheghzadeh, A., Evaluation of the effect of topical chamomile (Matricaria chamomilla L.) oleogel as pain relief in migraine without aura: a randomized, double-blind, placebo-controlled, crossover study. Neurological Sciences 2018, 39 (8), 1345-1353.

[11]  Shin, E.-S.; Seo, K.-H.; Lee, S.-H.; Jang, J.-E.; Jung, Y.-M.; Kim, M.-J.; Yeon, J.-Y., Massage with or without aromatherapy for symptom relief in people with cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016,  (6).

[12]  Hines, S.; Steels, E.; Chang, A.; Gibbons, K., Aromatherapy for treatment of postoperative nausea and vomiting. Cochrane Database of Systematic Reviews 2018, 2018 (3).

[13]  Pasha, H.; Behmanesh, F.; Mohsenzadeh, F.; Hajahmadi, M.; Moghadamnia, A. A., Study of the effect of mint oil on nausea and vomiting during pregnancy. Iranian Red Crescent Medical Journal 2012, 14 (11), 744-747.

 

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!