KENALI JENIS-JENIS MERKURI
 
1. Merkuri wujud secara semulajadi di dalam persekitaran kita dan boleh wujud dalam 3 bentuk:
 
  • Merkuri metalik atau elemental. Dalam bentuk cecair yang mudah meruap. Merkuri adalah satu-satunya logam yang berbentuk cecair di dalam dunia. Ia tidak terikat dengan sebarang atom. Formula kimia : Hg
  • Merkuri organik ialah sejenis merkuri yang mempunyai ikatan karbon seperti etil merkuti, metil merkuri dan fenil merkuri.
  • Merkuri inorganik dalam bentuk garam seperti merkuri klorida, merkuri sulfida dan merkuri ammonia.
2. Merkuri banyak didapati secara semulajadi di alam sekitar di dalam makanan, air, udara dan tanah. Setiap manusia akan terdedah dengan merkuri pada kadar rendah kerana kewujudan merkuri secara semulajadi. Jumlah merkuri tidak berubah kerana ia tidak boleh diuraikan.
 
 
3. Aktiviti perindustrian manusia telah menyumbang kepada pengumpulan merkuri di alam sekitar. Dianggarkan lebih 80% merkuri dibebaskan dalam alam sekitar berbentuk merkuti metalik dan merkuri inorganik.
 
4. Dianggarkan sekitar kurang dari 5 ppm merkuri (part per million, 5 mg dalam 1 liter air) dalam air dan 6-625 ppb (part per billion, 1 nanogram dalam 1 kg tanah) merkuri dalam tanah.
 
5. Pengumpulan merkuri dalam badan boleh mengganggu system saraf, memberi kesan kepada otak, dan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Metil merkuri menjejaskan perkembangan bayi dan kanak-kanak
 
MERKURI METALIK
 
6. Merkuri paling bahaya dalam bentuk elemental iaitu Hg. Merkuri metalik adalah berbahaya kerana ia mudah meruap dan dihidu. Beberapa titisan merkuri dalm bilik boleh meningkatkan kepekatan merkuri dalam udara ke kepekatan yang bahaya.
 
7. Ia kebiasannya digunakan di dalam thermometer, barometer, thermostat, dan sesetengah suis elektrik. Antara sumber lain adalah incinerator, letusan gunung berapi, coal, tanah yang tercemar dan lain-lain.
 
8. Sekiranya kita tidak sengaja tertelan METALIK MERKURI, ia tidak akan memasuki tisu badan yang lain dan akan dikumuhkan. Tetapi apabila kita menghidu wap merkuri metalik, 80% akan memasuki salur darah dan dengan cepatnya merebak keseluruh badan termasuk otak dan buah pinggang. Apabila ia berada di otak, ia akan ditukar kepada bentuk merkuti inorganic dan terperangkap di otak untuk tempoh yang lama. Merkuri metalik boleh melepasi plasenta di kalangan ibu mengandung.
Kalau jumpa merkuri jenis metalik macam ini, memang patut lari tidak cukup tanah
MERKURI TAK ORGANIK (INORGANIK)
 
9. Merkuri inorganik ialah sejenis sebatian kimia antra merkuri dan elemen seperti klorin, sulphur dan oksigen. Ia lebih dikenali sebagi garam merkuri dan kebanyakkannya berwarna putih. Pada kuantiti rendah ia tidak berbahaya. Kalau kita makan dalam jumlah besar boleh merengsa saluran pencernaan. Merkuri tak organik tidak berkumpul atau bioaccumulate di dalam rantaian makanan.
 
10. Sekiranya kita tidak sengaja tertelan merkuri inorganik, sehingga 40% akan menyerap dalam tisu badan dan selebihnya akan dikumuhkan. Sekiranya merkuri inorganik digunakan pada kulit, sebahagian akan memasuki tisu badan. Apabila merkuri inorganic memasuki badan, ia akan berkumpul dibuah pinggang dan menyebabkan masalah buah pinggang. Berbeza dengan metil merkuti, merkuti inorganic tidak berkumpul di otak. Ia tidak mudah memasuki plasenta wanita hamil tetapi boleh dikeluarkan melalui susu badan.
 
11. Inilah jenis merkuri yang banyak didapati di dalam produk kosmetik dalam bentuk garam merkuri sebagai pencerah kulit. Ia bertindak dengan menghalang pembentukan melanin menjadikan kulit lebih cerah. Ia boleh merengsa kulit dan merosakkan lapisan kulit dan mendedahkan kulit pada sinar UV yang berbahaya. Ia boleh merentasi tisu dan berkumpul di buah pinggang dan menyebabkan masalah buah pinggang. FDA meletakkan syarat kandungan merkuri dalam produk kosmetik tidak boleh melebihi 1 ppm. Part per million. 1 mg dalam 1 liter air.
 
12. Sesetengah miroorganisma seperti bakteria, phytoplankton, dan fungi berkemampuan menukar merkuti tak organic kepada metil merkuri. Ia akan kekal di dalam tanah dan tanah lumpur untuk tempoh yang lama.
Semak dulu notifikasi kosmetik dengan NPRA sebelum beli. 
MERKURI ORGANIK
 
13. Merkuri kedua paling bahaya ialah metil merkuri. Ia banyak didapati dipersekitaran kita. Ia mudah mengumpul dalam rantaian makanan. Istilah ini kita panggil bioaccumulation dan bioconcentration. Semakin besar ikan semakin tinggi kandungan methyl mercuri dalam ikan. Sesetengah cendawan boleh mengandungi merkuri yang tinggi jika terdedah kepada sumber pencemaran merkuri.
 
14. Menurut FDA, kita terdedah sekitar 3.5 mikrogram merkuri setiap hari melalui sumber makanan kita. Sumber merkuri terbesar dalam makanan adalah ikan besar seperti ikan salmon, kod, dan jerung kerana mereka terletak di atas rantaian makanan. Pendedahan pada jumlah ini adalah selamat. Di Malaysia, ikan yang diimport akan diuji kandungan bahan kimia berbahaya supaya berada pada paras selamat sebelum dibenarkan dijual.
 
15. Metil merkuri adalah jenis merkuri yang paling mudah menyerap ke dalam badan iaitu sekitar 95% dan menuju ke pelbagai tisu badan termasuk otak. Metil merkuri akan bertukar kepada merkuri inorganic dan akan kekal lama dalam tubuh manusia. Ia mengambil masa yang lama, berbulan lamanya sebelum dikeluarkan melalui najis. Metil merkuri bersifa neurotoksin dan boleh menjejaskan fungsi saraf manusia jika terdapat pendedahan melebihi tahap selamat.
 
MERKURI DALAM VAKSIN
 
16. Ethyl merkuri ialah sejenis merkuri organik, misalannya thimerosal, pernah digunakan di dalam vaksin sebagai pengawet untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan fungus dalam vaksin. Thimerosal adalah sejenis garam merkuri dengan rantaian fungsi etil. Sejak 2002, kebanyakan vaksin tidak lagi menggunakan thimerosal berikutan kebimbangan masyarakat terhadap kesan thimerosal kepada perkembangan bayi.
 
17. Thimerosal kini hanya terdapat dalam vaksin flu dan hepatitis B multidose sahaja. Kebiasaannya vaksin single dose tiada ethyl merkuri. Namun ia bergantung jenama yang digunakan oleh fasiliti kesihatan langganan anda. Thimerosal akan ditukarkan kepada etil merkuri di dalam badan, dan ia dikumuhkan dengan jauh lebih cepat berbanding metil merkuri. Berbeza dengan metil merkuti, etil merkuri tidak bersifat neurotoksin dan semenjak penggunaan thimerosal sebagai pengawet vaksin, tidak satu kajian menunjukkan wujudnya bukti konklusif penggunaan thimerosal dalam jumlah yang sangat kecil memudaratkan bayi.
 
KESIMPULAN
 
Merkuri wujud dalam tiga bentuk yang utama, dan setiap bentuk dan jenis sebatian merkuri memberikan kesan yang berbeza. Ada yang berbahaya jika dihidu tetapi tidak berbahaya jikan tertelan. Adayang bahaya jika tertelan. Merkuri seperti logam berat yang lain, berubah sifat kimianya dan sifat bahayanya apabila berubah bentuk. Makanlah secara sederhana dan pelbagaikan sumber makanan.
 
RUJUKAN:
Chan T Y K. (2011). Inorganic mercury poisoning associated with skin-lightening cosmetic products. Clinical Toxicology 49: 886-91
 
Dórea J G. (2017). Abating Mercury Exposure in Young Children Should Include Thimerosal-Free Vaccines. Neurochemical Research 42: 2673-85
 
United States Department of Health and Human Services (1999) Toxicological profile of mercury