1. Kita terdedah kepada pelbagai endocrine disrupting compounds daripada bahan tambahan (additive) pembuatan plastik antaranya phthalates dan bisphenol A. Bahan tambahan ini dimasukkan dalam polimer plastik ketika proses pembuatan untuk meningkatkan ciri-ciri tertentu pada produk plastik.
 
 
2. Dalam satu kajian untuk menyiasat sama ada botol minum PET (polyethelene terephthalate) mengeluarkan phthalate esters dalam air minuman, penyelidik mendapati botol minuman tidak mengeluarkan phthalate dalam kuantiti yang membahayakan walaupun botol disimpan untuk tempoh yang lama dan suhu yang tinggi dan suhu rendah. Kadar maksimum yang dikesan adalah 1.61 ppb berbanding kadar yang ditetapkan oleh WHO iaitu 8 ppb.
 
3. Para penyelidik menyimpulkan botol minuman bukan sumber utama pendedahan manusia kepada endocrine disrupting compounds.
 
4. Walaupun kita minum air ada sedikit phthalates, ia tidak tinggal dalam badan dan keluar dalam tempoh 4-24 jam melalui air kencing.
 
5. USEPA mengkelaskan phthalates sebagai kelas D karsinogen. Iaitu merujuk kepada tiada maklumat yang mencukupi untuk menilai potensi karsinogenik.
 
Rujukan
 
Jeddi, M. Z., Rastkari, N., Ahmadkhaniha, R., & Yunesian, M. (2016). Endocrine disruptor phthalates in bottled water: daily exposure and health risk assessment in pregnant and lactating women. Environmental Monitoring and Assessment, 188(9), 534. doi:10.1007/s10661-016-5502-1
 
Zaki, G., & Shoeib, T. (2018). Concentrations of several phthalates contaminants in Egyptian bottled water: Effects of storage conditions and estimate of human exposure. Science of The Total Environment, 618, 142-150. doi:https://doi.org/10.1016/j.scitotenv.2017.10.337