Terdapat video berkenaan label pada ubat gigi yang tersebar di dalam media sosial sejak beberapa bulan lepas. Ia mendakwa bahawa warna pada label ubat gigi tersebut (di bahagian yang tirus, rujuk gambar di bawah) menunjukkan jenis kandungan bahan yang terdapat di dalamnya. Ia juga disertakan dengan teks pendek sebegini:

Pay attention when buying toothpaste, at the bottom of the toothpaste tube there is a color bar. And do you only know the original meaning of the color bar! Try to choose green and blue, there are four kinds:
Green: natural;
Blue : Natural + Medicine;
Red : Natural + Chemical composition;
Black : pure chemical.
please share to all……

Cekupan layar asal dari video tersebut

Maklumat seperti ini menyebabkan pengguna rasa was-was. Adakah produk yang mereka gunakan selamat? Adakah penggunaan ubat gigi kimia akan memudaratkan kesihatan? Bagaimana pula perencah makcik bawang yang menokok-tambah pada cerita tersebut?

PENJELASAN

Sebenarnya, kod warna pada label ubat gigi itu TIDAK ADA KENA MENGENA dengan kandungan ubat gigi tersebut. Ia merupakan kesan tinggalan (artifak) dalam proses percetakkan label tersebut yang dipanggil eye mark atau colour mark.

Mark R. Jones, slate.com

Ia boleh didapati pada banyak packaging produk pengguna di pasaran. Ia digunakan oleh pihak pencetak untuk mengawal-selia kualiti percetakan mereka. Adakalanya mereka gunakan warna CMYK (cyan, magenta, yellow, black) yang dicetak berasingan. Ada juga yang menggunakan warna CMYK bertindih.

Ini akan menghasilkan warna yang unik mengikut komposisi campurannya pada label produk tersebut. Warna itu juga bergantung kepada sensor peralatan yang digunakan di kilang bagi mengenal pasti kualiti percetakan tersebut. Kedudukannya pada pakej tersebut juga digunakan sebagai rujukan, bagi memastikan tak ada label yang tersalah cetak atau tersalah skala.

Jadi berdasarkan penjelasan ini, anda tak perlulah risau wujudnya konspirasi illuminati, new world order, freemason dan sebagainya yang cuba merosakkan gigi anda atau menyebabkan sebutan masa mengaji jadi tak betul. Air soda dan teh tarik yang anda minum hari-hari tu lebih memudaratkan gigi anda!

RUJUKAN

Do Color Codes on Toothpaste Tubes Identify Their Ingredients?

What’s That Thing? Puzzling Packaging Edition