Benarkah ada sabun bebas bahan kimia?
Saya terbaca satu iklan yang mewar-warkan produk sabunnya adalah bebas bahan kimia. Tentulah ia sangat melucukan, kerana proses menghasilkan sabun itu sendiri memerlukan bahan kimia iaitu lemak atau minyak dengan alkali kaustik seperti natrium hidroksida (NaOH) dan kalium hidoksida (KOH). Proses ini dikenali sebagai saponifikasi (saponification).

 

 
Kebiasaanya penggunaan natrium hidroksida menghasilkan sabun yang keras berbanding kalium hidroksida yang menghasilkan sabun yang lebih lembut.  Selain itu, kualiti sabun juga bergantung kepada jenis minyak atau lemak yang digunakan. Minyak atau lemak ini terdiri daripada triglyceride yang mempunyai fungsi kimia ester. Apabila ia bertindakbalas dengan alkali, rantaian alkil akan membentuk sebation kaboksilat bersama ion kalium atau natrium manakala sebahagian triglyseride akan terhidrolisis menjadi glycerol, sejenis alcohol tumbuh-tumbuhan.
  
Hasil tindakbalas kimia ini menghasilkan sabun (garam karboksilat) dan gliserol, sejenis alkohol. Produk ini adalah base soap atau sabun asas. Untuk menghasilkan sabun mengikut warna, bau, dan ciri-ciri tertentu beberapa bahan additif atau pengawet perlu dimasukkan. Ciri-ciri ini membezakan kualiti antara satu sabun dan sabun yang lain.
Ion carboxylate adalah sabun. Imej dari Wikimedia commons
 
Ciri-ciri sabun yang memilik hydrophilic head (larut air) dan hydrophobic tail (larut minyak) membolehkan ia melarut kotoran dikulit dan dibawa oleh air. Ekor molekul sabun yang bersifat hidrofobik akan memerangkap minyak dan kotoran, manakala kepala molekul sabun yang bersifat hidrofilik sangat menyukai air membolehkan kotoran yang diperangkap dicuci dengan air.
Imej dari Wikimedia Commons
Adakah sabun boleh menembusi lapisan kulit? Tidak melainkan ia tercemar dengan bahan kimia yang meresap ke lapisan lemak seperti mercuri.