Rujukan Imej: Pinterest

Ok, pagi tadi di dalam eksperimen kami di MHI , TV3, ada ditunjukkan cara-cara untuk membuat edible slime dengan hanya menggunakan barang-barang daripada dapur di dalam rumah. Mari kita kupas apa itu slime sebenarnya.

 

Slime adalah salah satu permainan seakan-akan tanah liat ataupun playdoh tetapi lebih mudah untuk ditarik-tarik dan mempunyai keanjalan yang lebih berbanding tanah liat. Lazimnya kanak-kanak amat gemar untuk bermain dengan slime. Sifat untuk mudah ditarik dan berubah sifat apabila digerakkan dan diuli menyebabkan ia menjadi  sangat popular di kalangan kanak-kanak. Apatah lagi, ia dijual dengan pelbagai warna, bau dan juga tekstur ditambah lagi dengan pelbagai keanjalan menjadikan kanak-kanak sangat teruja untuk bermain dengan slime. Selain itu, slime bukan sahaja boleh dibeli di kedai mainan, penghasilannya juga tidak susah menjadikan ia berpotensi untuk diekperimentasi di rumah bersama anak-anak. Untuk melihat resepi edible slime, sila lihat posting sebelum ini.

 

Untuk tujuan penerangan slime dan polymer, admin menggunakan gam putih  sebagai contoh. Polymer bermaksud penghasilan rantaian panjang daripada unit-unit momomer. Di dalam slime, contoh polymer (banyak lagi contoh lain seperti guar gum, tepung jagung)  yang kerap digunakan adalah gam putih  (cecair). Gam adalah antara contoh medium yang bersifat non-newtonian, di mana kepekatan (viscosity) meningkat apabila daya tekanan yang dipanggil shear stress ditingkatkan. Di dalam gum, molekul monomer boleh menggelincir di antara satu sama lain dan menyebabkan ia bergerak.

 

Rujukan Imej: The American Chemistry Society

 

Untuk menghasilkan slime, struktur monomer yang terlalu mudah bergerak perlu di ubah supaya kegelincirin dapat dikurangkan. Ini boleh dilakukan dengan menambah asid borax.  Acid borax ataupun nama kimianya sodium tetraborate decahydrate bertindak sebagai agen cross-linkage diantara monomer-monomer gam, dan sekaligus mengurangkan kegelinciran antara monomer tersebut. Lebih banyak anda tambah, lebih banyak monomer-momomer di dalam gam akan melekat anatara satu sama lain. Hasilnya, bentuk cecair bertukar menjadi pepejal yang bersifat anjal. Pepejal inilah yang anak-anak kita panggil slime.

Rujukan Imej: The American Chemistry Society

Rujukan: Wikipedia

Jangan lupa mencuba resepi edible slime kami!!

 

 

 

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!