Tahukah anda, peralatan elektrik yang anda guna itu sedang dikuasakan oleh stesen janakuasa dari pelbagai jenis sumber?

Tenaga elektrik (diukur dalam unit Watt) ini boleh dijana dari pelbagai sumber – dari arang batu sampailah ke ombak. Kalau dilihat dari kaca mata global, sumber utama tenaga elektrik global ialah arang batu, diikuti gas asli dan hidroelektrik. [1]

Berikut pula ialah peratusan penghasilan tenaga elektrik mengikut sumber tenaga di Malaysia pada tahun 2016 [3] :

Sebahagian dari sumber tenaga macam arang batu ini tak boleh diperbaharui. Kalau dah habis, habis lah. Kenapa? Kerana bahan api fossil seperti arang batu, minyak dan gas asli memerlukan proses selama jutaan tahun untuk dihasilkan.  Atas sebab di atas, kerja-kerja eksplorasi sumber ini menjadi semakin mendesak dan mencabar Рsyarikat minyak sudah mula menggali minyak di lautan sedalam 2 Р3km !

Jom lihat bila rezab tenaga fosil ini dijangka habis!

Justeru, pengurangan pergantungan terhadap bahan api fosil ini menjadi fokus utama negara-negara maju dan industri. Lihat betapa banyaknya teknologi kejuruteraan baru yang telah direalisasikan dari bidang R&D.

Dalam kejuruteraan automotif contohnya, semakin banyak enjin kenderaan yg lebih jimat minyak diperkenalkan. Manakala di kejuruteraan petroleum, teknologi pemerolehan minyak tertingkat (EOR-Enhanced Oil Recovery) telah digunapakai di telaga-telaga minyak yg berpotensi untuk meningkatkan lagi kadar penghasilan minyak mentah.

Disiplin kejuruteraan lain juga terlibat dengan perkembangan teknologi ini. Sebagai contoh: kejuruteraan elektrik – kenderaan elektrik, kejuruteraan kimia – biofuel.

Pemerincian sumber tenaga ini akan dikupas Insyaallah pada tulisan akan datang.

#Shinki #SiriTenaga  #IniSainsBeb!

Rujukan:

[1] BP Statistical Review of World Energy – ELECTRICITY https://www.bp.com/content/dam/bp/en/corporate/pdf/energy-economics/statistical-review/bp-stats-review-2018-electricity.pdf

[2] BP Statistical Review of World Energy – FULL REPORT https://www.bp.com/content/dam/bp/en/corporate/pdf/energy-economics/statistical-review/bp-stats-review-2018-full-report.pdf

[3] Malaysia Energy Statistic Handbook 2017 http://meih.st.gov.my/documents/10620/b1849938-e2e9-49fe-a789-9240df14cd75

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!