Periwinkle ini nama Melayunya ialah Kemunting Cina. Saya ternampak satu di rumah jiran, terus ambil gambar. Nama saintifik tumbuhan ini Catharanthus roseus. Bukan hanya cantik, jasanya juga tak terkalahkan.

Dari tumbuhan ini, agen kemoterapi vincristine dan vinblastine diilhamkan. Masih digunakan sehingga kini (terutama dalam rawatan leukemia dan limfoma).

Agen Vinorelbine yang lebih baru juga diterbitkan dari kompaun-kompaun vindoline dan catharanthine yang diperoleh dari tumbuhan ini.

Namun, tidaklah bermakna kita boleh merebus atau mengunyah daun tumbuhan ini untuk merawat kanser. Kompaun yang bermanfaat hanya sedikit.

Malah, amaun kompaun tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana ia berbeza dari satu pokok ke pokok yang lain.

Harus diingat… kompaun-kompaun tersebut adalah toksik!

Ini sains, beb!

#Cisplatin

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!