Ramai dikalangan kita yang gemar menghiasi rumah tidak kira di dalam mahupun diluar dengan pokok-pokok bunga /hiasan yang cantik, segar dan berwarna-warni tetapi anda perlu ingat bahawa terdapat sesetengah jenis pokok bunga yang menyimpan rahsia tersembunyi seperti bertindak sebagai tempat pembiakan nyamuk terutamanya nyamuk Aedes aegypti yang merupakan vektor utama bagi demam denggdan Zika!!

Bromeliads ataupun nama saintifiknya Guzmania hybrid sejenis pokok import yang berasal daripada Amerika selatan dan ia merupakan salah satu jenis pokok bunga / hiasan yang menyediakan tempat pembiakan yang sempurna bagi si nyamuk Aedes berdasarkan keadaan bentuk fizikalnya yang dapat menangkung air jernih dengan baik. Perlu diingat, telur nyamuk Aedes tidak terapung di permukaan air tetapi ia akan melekat dikawasan  tepian air seperti bekas takungan air dan bagi pokok Bromeliads ini telur tersebut akan melekat di daun takungan air malah satu kajian oleh para penyelidik di University of Miami’s Miller, School of Medicine di USA telah pun mengesahkan perkara ini.

Kajian tersebut telah melibatkan pokok Bromeliads di 51 kawasan yang berbeza di daerah Miami-Dade iatu merupakan kawasan utama wabak Zika pada tahun 2016. Setelah pemeriksaan dilakukan, didapati air yang bertakung di dalam pokok bunga tersebut mengandungi jentik-jentik nyamuk dan bukan sahaja nyamuk spesies Aedes iaitu terutamanya si maut Aedes aegypti yang mendominasi tetapi juga nyamuk spesies lain. Walaupun sebenarnya diketahui bahawa pokok bunga ini mempunyai potensi sebagai salah satu tempat pembiakan nyamuk tetapi hasil kajian ini telah mengesahkan bahawa Aedes aegypti yang merupakan vektor utama bagi demam denggi dan Zika ialah jenis nyamuk yang paling biasa / kerap boleh ditemui pada POKOK BUNGA jenis ini.

Oleh yang demikian sebagai penutup bicara, bagi peminat tegar penanam / penghias pokok bunga diharap anda akan lebih berhati-hati sekiranya anda berminat pada pokok bunga cantik ‘pembela’ gigitan maut ini. Namun jangan bimbang dan nantikan artikel seterusnya dimana kami akan memberikan tips-tips tentang bagaimana untuk anda meneruskan minat anda disamping bebas dengan penyakit berjangkit bawaan nyamuk ini!

Gambar-Gambar: sumber carian google.

Rujukan:

  1. Mocellin, M. G., Simões, T. C., do Nascimento, T. F. S., Teixeira, M. L. F., Lounibos, L. P., & de Oliveira, R. L. (2009). Bromeliad-inhabiting mosquitoes in an urban botanical garden of dengue endemic Rio de Janeiro. Are bromeliads productive habitats for the invasive vectors Aedes aegypti and Aedes albopictus? Memorias Do Instituto Oswaldo Cruz, 104(8), 1171–1176.
  2. Frank JH, Stewart JP, Watson DA. (1988). Mosquito larvae in axils of the imported bromeliad Billbergia pyramidalis in southern Florida. Fla Entomol, 71:33–43.
  3. Wong J, Stoddard ST, Astete H, Morrison AC, Scott TW (2011). Oviposition Site Selection by the Dengue Vector Aedes aegypti and Its Implications for Dengue Control. PLoS Negl Trop Dis 5(4): e1015.

-Sciencelicious_ISB-

#mozzienerd

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!