Ramai yang memiliki kucing yang berbulu putih. Ramai yang menyangka bahawa mereka memiliki kucing albino.

Sebenarnya, tanggapan ini adalah tidak tepat. Kerana tidak semestinya kucing putih memiliki mutasi pada gen yang menghasilkan pigmen.

ALBINISM

Keadaan albino adalah disebabkan kegagalan tubuh menghasilkan pigmen yang memberikan warna pada kulit atau bulu. Gen yang menghasilkan pigmen sama ada oren atau hitam (pada kucing) terletak pada kromosom X.

Image result for albino cat jpg

Kucing Albino

Pigmen pada bulu dan kulit dihasilkan melalui tidak balas metabolism asid amino tyrosine kepada melanin melalui tidak balas yang panjang. Enzim tyrosinase memangkinkan tidakbalas pengoksidaan tyrosine kepada dopaquinone sebelum melalui tindakbalas seterusnya.

Image result for melanin synthesis jpg

Tanpa enzim tyrosine, melanin tidak akan dapat dihasilkan. Tanpanya, tiada pigmen pada bulu dan kulit. Maka, keadaan albinism akan berlaku. Kluster gen yang mengekod gen tyrosinase (TYR) digelar gen C. Gen yang mengekodkan enzim ini adalah bersifat dominan.

  • Kucing yang mempunyai gen C,C (homozigus dominan) akan berbulu hitam, oren (bergantung pada gen hitam oren yang dimiliki)
  • Kucing yang mempunyai gen C,c (heterozigus) juga sama seperti kemungkinan diatas
  • Kucing yang mempunyai gen c,c (homozigus resesif) akan mengalami kondisi albino. Bulu berwarna putih mulus.

Gen W

Terdapat satu lagi kluster gen yang menentukan warna bulu kucing digelar gen W.

Gen W adalah sebahagian dari gen KIT yang mengekodkan protein reseptor tyrosine kinase. Terdapat dua variasi utama Gen W hasil dari mutasi: Dominant White dan White Spotting.

DOMINANT WHITE

Variasi ini biasanya ditulis sebagai WD. Kucing yang mewarisi gen WD ini digelar dominan putih kerana ia adalah satu contoh gen epistatic. Kadang-kala, ia juga digelar ‘white masking gene.

Image result for albino cat jpg

Walaupun kucing ini mempunyai kedua-dua alel pada kromosom yang mengekod gen warna hitam atau oren, kucing ini tetap juga akan berwarna putih. Kehadirannya menindas gen warna.

  • Kucing yang mempunyai gen WD,WD (homozigus dominan) Bulu berwarna putih mulus.
  • Kucing yang mempunyai gen WD, Wd (heterozigus) juga sama seperti kemungkinan diatas
  • Kucing yang mempunyai gen Wd, Wd (homozigus resesif) akan berbulu hitam, oren (bergantung pada gen hitam oren yang dimiliki)

Kehadiran gen Dominant White mengakibatkan kegagalan sel-sel melanosit bermigrasi pada posisi yang sepatutnya ketika dalam proses pembentukan embrio lagi. Jadi sel-sel penghasil pigmen pada kucing ini sangat sedikit atau tiada langsung.

Image result for albino cat jpg

Kucing yang mewarisi gen ini selalu dikaitkan dengan kehilangan upaya untuk mendengar (pekak) kerana degenerasi succule dan cochlea telinga. Biasanya mempunyai satu atau kedua-dua belah mata berwarna biru.

WHITE SPOTTING

Gen ini biasanya ditulis sebagai WS. Variasi gen ini adalah bersifat ko-dominan, dimana ia akan diekspreskan bersama dengan gen lain yang menentukan warna bulu. Gen inilah yang bertanggungjawab pada keadaan kucing berbelang putih.

Image result for piebald cat jpg

Kucing calico

 

Jika kucing tersebut mempunyai gen yang mengekodkan pigmen oren dan hitam, kucing tersebut akan mempunyai bulu oren, hitam dan putih. Macam kucing calico.

  • Kucing yang mempunyai gen WS,WS (homozigus dominan) Bulu berwarna putih atau mempunyai bulu berwarna putih yang dominan seperti yang disebut sebagai  ‘Van pattern’.

Image result for piebald cat jpg

  • Kucing yang mempunyai gen WS, Ws (heterozigus) Mempunyai tompok-tompok putih (dipanggil ‘piebald’)

Image result for piebald cat jpg

 

  • Kucing yang mempunyai gen Ws, Ws (homozigus resesif) akan berbulu hitam, oren (bergantung pada gen hitam oren yang dimiliki) dan tidak mempunyai tompokan putih.

Haaa… Pening tak fikir tentang bulu kucing? Ini baru cerita tentang warna bulu, belum lagi bulu panjang, pendek, lurus, kerinting.

Image result for piebald cat jpg

Sumber: themessybeast.com

Sayangi kucing anda seumur hidupnya, janganlah bela dan sayang hanya waktu mereka muda, cantik dan sihat sahaja.

RUJUKAN

David, V.A., Menotti-Raymond, M., Wallace, A.C., Roelke, M., Kehler, J., Leighty, R., Eizirik, E., Hannah, S.S., Nelson, G., Schäffer, A.A., et al. (2014). Endogenous retrovirus insertion in the KIT oncogene determines white and white spotting in domestic cats. G3 (Bethesda) 4, 1881–1891.

Cooper, M., Fretwell, N., Bailey, S., & Lyons, L. (2006). White spotting in the domestic cat (Felis catus) maps near KIT on feline chromosome B1. Animal Genetics, 37(2), 163–165.

Cooper MP, Fretwell N, Bailey SJ, Lyons LA. White spotting in the domestic cat (Felis catus) maps near KIT on feline chromosome B1. Animal genetics. 2006 Apr 1;37(2):163-5.