Bila berjalan terkedek-kedek kerana kakinya yang pendek. Namun, itulah tarikan kucing Munchkin. Ramai peminat kucing yang berangan-angan memiliki kucing Munchkin walaupun harganya mencecah ribuan ringgit.

KUCING MUNCHKIN YANG COMEL

Kucing Munchkin merujuk kepada kucing berkaki pendek (berbanding normal) yang kelihatan comel berjalan terkedek-kedek.  Ada juga yang memanggil mereka dengan gelaran ‘kucing sosej’ kerana ada antara kucing ini mempunyai struktu kaki yang sangat pendek. Sehingga hampir ditenggelami tubuh mereka yang membulat.

Image result for the munchkin wizard of oz

Dorothy dan The Munchkins dalam The Wonderful Wizard of Oz

Nama ‘Munchkin’ tersebut diambil dari karektor ‘The Munchkin’, penduduk natif Munchkin Country dalam cerita ‘The Wonderful Wizard of Oz’ karya Frank L Baum.

KUCING MUNCHKIN DAN GENETIK

Baka kucing yang biasa seperti Siamese, Tonkinese, Scottish Fold atau British Shorthair mempunyai ciri-ciri klasik yang membezakan mereka dengan baka lain seperti ciri bulu, warna, bentuk muka, bentuk badan dan sebagainya.

Image result for munchkin cat jpg

Kucing Munchkin hanya mempunyai kelainan dari segi bentuk kaki. Ia boleh berlaku pada kucing jenis domestic, kucing baka siam atau British Shorthair.

Ini menimbulkan deduksi bahawa kelainan ini adalah kecacatan genetik yang boleh berlaku pada kucing. Para pengkaji telah membuktikan bahawa keadaan kucing Munchkin ini adalah diwarisi dan diakibatkan oleh masalah genetik yang menyebabkan kekerdilan atau dwarfism, seperti yang berlaku pada manusia.

Image result for munchkin cat jpg

Masalah achondroplasia yang menyebabkan kekerdilan selalunya diakibatkan oleh kelainan genetik yang menyebabkan pembentukan tulang dan rawan yang tidak sempurna. Dalam kes achondroplasia manusia, ia diakibatkan oleh mutasi pada gen yang mengekodkan protein FGFR3 yang penting dalam pembentukan tulang.

Image result for the roloffs jpg

Keluarga Roloff. Amy Roloff (dua dari kanan hadapan) mempunyai kondisi achondroplasia. Begitu juga anaknya Jeremy (kiri hadapan) (imaj: TLC)

Terdapat beberapa keadaan kekerdilan pada manusia yang diakibatkan oleh mutasi genetik yang berlainan seperti mutasi pada gen pengekod protein COMP yang mengakibatkan masalah kekerdilan jenis pseudoachondroplasia. Malah terdapat juga masalah kekerdilan diakibatkan oleh masalah dari hormon ptuitari dan hormon pertumbuhan.

Related image

Masalah genetik yang dihadapi oleh kucing Munchkin masih lagi tidak dapat dirungkai sehingga kini. Namun, keadaan itu telah dibuktikan diwarisi melalui autosomal dominan.

Autosomal dominan: Gen yang mengekod mutasi genetik tersebut berada pada kromosom selain kromosom seks X dan Y. Ia menunjukkan ciri-cirinya walaupun kita hanya mewarisi satu alel sahaja.

Ciri-ciri kaki pendek tersebut adalah ciri dominan. Malah, anak kucing yang mewarisi kedua-dua kromosom yang mempunyai ciri Munchkin tersebut selalunya akan mati dalam kandungan atau sebaik saja dilahirkan.

KONTROVERSI BERHUBUNG KUCING MUNCHKIN

Walaupun baka kucing Munchkin telah diiktiraf oleh banyak badan pendaftaran baka kucing antarabangsa, banyak juga pihak yang menentangnya. Mereka berpendapat ciri kaki pendek pada kucing ini mungkin membawa kesan kesihatan yang tidak baik pada kucing.

Related image

Ia adalah kecacatan genetik seperti kucing albino (boleh baca penerangan mengenai bulu kucing disini) atau kucing heterochromia (baca mengenainya disini) yang tidak sepatutnya diiktiraf sebagai ‘baka’ atau ‘pedigree’ baru.

Related image

Walau apapun kontroversi mengenai kucing Munchkin ini, diharap setiap pemilik mengasihi mereka yang istimewa dari segi genetik dan menjaga mereka sehingga akhir hayat mereka. Bahkan kucing-kucing lain disekeliling kita juga, kasihani dan kasihi lah mereka… OK?!

RUJUKAN

Haase B, Mazrier H, Wade CM, Volstad NJ, Schaefer SL, Snyder LA, Meinen JB, Sample SJ. Digging for known genetic mutations underlying inherited bone and cartilage characteristics and disorders in the dog and cat. Veterinary and Comparative Orthopaedics and Traumatology (VCOT). 2016 Jul 19;29(4):269-76.

Hutt FB. Malformations and defects of genetic origin in domestic animals. InComparative Aspects of Reproductive Failure 1967 (pp. 256-267). Springer Berlin Heidelberg.

Lyons LA. DNA mutations of the cat: the good, the bad and the ugly. Journal of feline medicine and surgery. 2015 Mar;17(3):203-19.

http://cvm.missouri.edu/vrs/2014VRSPposters/pdfs/Sellers.pdf

Webster MK, Donoghue DJ. Constitutive activation of fibroblast growth factor receptor 3 by the transmembrane domain point mutation found in achondroplasia. The EMBO journal. 1996 Feb 1;15(3):520.

Briggs MD, Hoffman SM, King LM, Olsen AS, Mohrenweiser H, Leroy JG, Mortier GR, Rimoin DL, Lachman RS, Gaines ES, Cekleniak JA. Pseudoachondroplasia and multiple epiphyseal dysplasia due to mutations in the cartilage oligomeric matrix protein gene. Nature genetics. 1995 Jul 1;10(3):330-6.