Biasakah anda melihat kucing yang berwarna hitam kuning?

Image result for tortoiseshell cat jpg

Sebenarnya, kucing berbulu hitam kuning atau digelar tortoiseshell (torties) adalah 99.9% berjantina betina. Bagaimana agaknya ia terjadi?

GENETIK WARNA BULU KUCING

Kucing sebenarnya mempunyai 19 pasangan kromosom atau 38 kromosom (manusia mempunyai 23 pasang kromosom = 46 kromosom). Seperti manusia, sepasang dari kromosom tersebut juga menentukan samaada kucing tersebut berjantina jantan (XY) atau betina (XX).

Related image

Gen yang menentukan warna bulu kucing terletak pada kromosom X yang menentukan jantina tersebut. Gen XH menentukan warna gelap (hitam, coklat gelap) kerana penghasilan pigmen gelap eumelanin. Gen XK pula menyebabkan kucing berwarna oren atau kuning.

Berlainan dengan gen dominan-resesif contohnya penentuan jenis darah: jika seseorang mewarisi gen dominan IA dan gen resesif IO, mereka akan mempunyai darah jenis A. Kerana gen IO tersebut gen resesif yang tidak diekspreskan atau ditutupi oleh gen dominan IA.

 

Gen yang menentukan warna bulu kucing adalah bersifat co-dominan. Kedua-dua gen XH dan XK akan diekspreskan bersama.

  • Kucing yang mewarisi gen XH,XH akan mempunyai bulu berwarna gelap.
  • Kucing yang mewarisi gen XK, XK akan mempunyai bulu berwarna kuning/oren.
  • Kucing yang mewarisi gen XH, XK pula akan mempunyai bulu hitam & kuning/oren.

Oleh kerana kucing jantan hanya mempunyai satu salinan kromosom X, kucing jantan hanya mempunyai satu kemungkinan warna bulu.

  • Kucing yang mewarisi gen XH, Y akan berwarna hitam
  • Kucing yang mewarisi gen XK, Y akan berwarna kuning.

Related image

Gantikan saja B dengan K dan b dengan H. Malas pula nak lukis sendiri. Maaf ya… hehe

Sebab itu lah hanya kucing betina saja yang mempunyai kemungkinan untuk mempunyai bulu berwarna hitam-kuning.

 

ADAKAH KUCING JANTAN BERKEMUNGKINAN MEMILIKI BULU HITAM-KUNING?

Ya, mungkin satu dalam 3000 kelahiran. Ini kerana kelainan genetik pada kucing tersebut yang menyebabkan ia mewarisi tiga kromosom sex (XXY). Keadaan ini digelar Sindrom Klinefelter. Ia juga boleh berlaku pada manusia.

Image result for tortoiseshell cat jpg

Sindrom Klinefelter selalunya menyebabkan perkembangan seks sekunder lelaki yang tidak sempurna (male hypogonadism). Kebanyakan kes juga menyebabkan kemandulan dan impotensi.

 

JASAD BARR & PENGEKSPRESAN GEN MOSAIC

Jika setiap sel-sel kucing betina yang mewarisi genetik XB, XK pastilah mempunyai bulu-bulu yang berwarna campuran antara hitam dan oren, bukannya bertompok-tompok seperti torties. Apakah yang sebenarnya berlaku yang menyebabkan sebahagian bahagian bulu berwarna hitam dan sebahagian kawasan pula berwarna oren?

Related image

Sebahagian besar mamalia betina (female) yang mempunyai kromosom XX mengalami keadaan dimana salah satu kromosom X itu ‘disenyapkan’ (silenced) atau tidak ditranskripsi.

Image result for tortoiseshell gene jpg

(Imej: ScienceBuddy.com)

Kromosom ini akan dipek pada bahagian nucleus dengan sangat ketat dan padat supaya tidak mudah protein-protein menembusinya untuk ditranskripsi. Kromosom yang dipadatkan dalam nukleus sel ini dipanggil Jasad Barr.

Image result for tortoiseshell cat jpg

 

Ada sesetengah sel yang mempunyai kromosom XH yang disenyapkan, jadi warna bulu yang dihasilkan oleh sel ini adalah hitam. Ada sel yang mempunyai kromosom XK yang disenyapkan menjadi Jasad Barr, menyebabkan bulu yang dihasilkan dikawasan ini berwarna oren.

Image result for barr body jpg

Gambar sel dengan Jasad Barr. (Imej: Wikipedia Commons)

Keadaan ini berlaku ketika pembahagian embrio dan kekal sehingga akhir hayat. Keadaan ini digelar ‘pengekspresan mosaic’. Ia berlaku secara rawak dan membentuk corak yang unik pada tubuh kucing.

BAGAIMANA PULA YANG BERTOMPOK PUTIH?

Kucing hitam-kuning yang bertompok putih digelar ‘calico’.

Tompok putih tersebut disebabkan oleh aruhan gen lain yang juga menentukan warna bulu. Boleh baca mengenainya disini.

Image result for calico jpg

Sebenarnya, banyak lagi lokus-lokus genetik yang menentukan corak dan warna bulu kucing. Ada yang menentukan warna oren, ada yang menentukan corak belang-belang tabby, ada juga yang menentukan warna bulu tersebut cair atau terang. Sekurang-kurangnya ada puluhan gen yang mengawal corak bulu kucing telah dikenalpasti. Kombinasi gen-gen ini menghasilkan corak unik pada setiap kucing.

Image result for tortoiseshell cat jpg

Betapa indahnya kejadian kucing ini. Tidak terjangkau akal dengan hanya melihat warna bulunya saja. Hargailah setiap kucing di muka bumi ini, kerana tiada seekor kucing pun sama dengan seekor kucing yang lain.

RUJUKAN

Introduction to Genetic Analysis by Griffiths et al. 9th ed. (2008)

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!