Hidroquinon kerap menjadi sebutan dalam sediaan kosmetik. Mengapa kandungan hidroquinon kerap menjadi antara bahan pilihan pembuat kosmetik? Apa fungsinya? Bahayakah?

WARNA KULIT DAN MELANIN

Warna kulit kita dipengaruhi oleh kehadiran pigmen di epidermis kulit yang digelar melanin. Gelap atau cerah bergantung pada berapa banyak melanin dihasilkan pada kulit.

Image result for skin colour jpg

Pigmen melanin ini dihasilkan oleh sejenis sel yang berada di bahagian terbawah lapisan epidermis yang dipanggil melanosit. Sel melanosit ini menghasilkan pigmen melanin dan ‘membungkus’ pigmen tersebut kedalam vesikel (bebuli berisi protein dalam sel).

Image result for melanocyte jpg

 

Tetapi sel-sel melanosit ini terletak dibahagian dasar epidermis. Bagaimana warna kulit kita nampak jelas dipermukaan? Sedangkan, jika kulit terhiris, tidak nampak pun bahagian dalam tisu kulit kita berwarna seperti lapisan luar kulit?

Related image

 

Sebenarnya sel melanosit ini telah diciptakan untuk mempunyai kebolehan supaya berupaya menghasilkan cabang-cabang panjang yang digelar podosit  (boleh diterjemah secara literal sebagai ‘kaki sel’).

Vesikel berisi pigmen melanin yang menyumbang pada warna kulit kita tadi akan diangkut kehujung-hujung podocyte ini yang menjangkau sehingga melangkaui epidermis yang terdiri dari lapisan sel-sel keratinocyte.

 

Pigmen melanin ini sebenarnya berfungsi untuk melindungi kulit kita dari rosak akibat radiasi sinar ultra lembayung (ultraviolet) dari matahari. Sinar ultra lembayung terutama sinar UVB mampu menembusi sel dan merosakkan DNA. Ini akan mendedahkan sel tersebut kepada mutase DNA dan seterusnya meningkatkan risiko kanser kulit.

ADAKAH ORANG YANG BERKULIT GELAP MEMPUNYAI LEBIH BANYAK SEL MELANOSIT BERBANDING ORANG BERKULIT CERAH?

Tidak.

Bahkan sel melanosit juga terdapat sama banyak pada manusia yang mengalami albinism!

Warna kulit dipengaruhi sama ada sel melanosit. kita aktif atau kurang aktif menghasilkan melanin. Jika sel melanosit kita aktif (atau diaktifkan dalam sesetengah keadaan seperti terdedah pada sinaran matahari yang lama) maka gelaplah warna kulit. Jika sel melanosit kita tidak aktif, maka kita akan berkulit lebih cerah.

Related image

Sumber: Matama et al. (2015)

Melanin dihasilkan dalam tapakjalan melanogenesis. Proses melanogenesis ini melibatkan tindak balas berangkai yang panjang. Ia bermula dari proses menukarkan tyrosine (sejenis asid amino) kepada L-DOPA sehingga akhirnya menghasilkan pigmen melanin.

Image result for melanin synthesis jpg

 

Penghasilan L-DOPA dan dopaquinon dari tyrosine adalah peringkat penting dalam tapakjalan melanogenesis. Proses ini dimangkinkan oleh enzim tyrosinase.

Image result for albinism jpg

Albinism

Kes albinism terutama varian OCA1 adalah disebabkan oleh mutasi yangberlaku pada gen yang mengekod enzim tyrosinase (TYR) ini. Mutasi yang merosakkan jujukan gen TYR ini menyebabkan manusia tidak mempunyai enzim tyrosinase dan tidak mampu menghasilkan melanin.

Image result for OCA1 mutation jpg

Jadi, manusia tersebut mempunyai rambut yang berwarna putih, anak mata yang kemerahan (tanpa pigmen pada iris yang menyebabkan salur-salur darah kelihatan – memberikan warna kemerahan tersebut) dan kulit yang sangat pucat.

APAKAH KAITAN SEMUA INI DENGAN HiDROQUINON?

Hidroquinon terkenal sebagai bahan pemutih kulit dalam produk kosmetik. Penggunaannya akan menyebabkan kulit lebih cerah.

 

Hidroquinon berupaya menambat pada enzim tyrosinase dan merencatnya. Tanpa enzim tyrosinase, asid amino tyrosine tidak akan dapat ditukarkan kepada L-DOPA, maka tidak terhasillah pigmen melanin dalam melanosit. Jadi tiada melanin yang akan menyebabkan kulit kita gelap.

Image result for hydroquinone structure jpg

Malangnya, hidroquinon juga didapati menghasilkan spesis reaktif oksigen dan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan oksidatif pada sel. Sel-sel kulit akan mati dan pecah, sebab itulah sesetengah pengguna mengalami pengelupasan kulit yang teruk.

Sel-sel kulit pada wajah anda sedang rosak dan mati, bukan healing krisis!

KESAN PENGGUNAAN HIDROQUINON BERPANJANGAN

Penggunaan hidroquinon untuh tempoh yang panjang akan menyebabkan kerosakan kekal pada sel-sel melanosit yang melindungi kulit dari sinar ultra lembayung.

Sumber: Ribas et al. (2010)

Sudahlah kulit rosak, pedih dan kemerahan, kerosakan kulit tersebut mubgkin adalah kerosakan kekal.

Related image

Sumber: Dangers of hydroquinone

Hydroquinone juga dilaporkan akan meningkatkan warna kulit yag tidak sekata dan tompok-tomok hitam pada kulit. Kajian in vivo dan invitro di makmal juga menunjukkan hidroquinon bersifat karsinogenik (mampu mengaruh kanser). Mungkin kerana pembentukan radikal bebas yang mampu merosakkan DNA.

Sumber: Ribas et al. (2010)

Penggunaan hidroquinon telah dilarang dalam kosmetik, ianya cuma boleh dipreskripsi oleh dermatologis untuk rawatan hiperpigmentasi dan beberapa masalah kulit yang lain.  Ini dilakukan supaya kadar penggunaan, dos dan kesan-kesan sampingan dapat dipantau dengan rapi.

Jadi adakah anda masih mahu menggunakan kosmetik yang mengandungi hidroquinon?

RUJUKAN

Deri B, Kanteev M, Goldfeder M, et al. (2016), The unravelling of the complex pattern of tyrosinase inhibition. Scientific Reports. 2016;6:34993. doi:10.1038/srep34993.

Matamá T, Gomes AC, Cavaco-Paulo A. Hair Coloration by Gene Regulation: Fact or Fiction?. Trends in biotechnology. 2015 Dec 1;33(12):707-11.

Draelos ZD. (2007), Skin lightening preparations and the hydroquinone controversy. Dermatologic Therapy, 20: 308–313. doi: 10.1111/j.1529-8019.2007.00144.x

Anna Palumbo, Marco d’Ischia, Giovanna Misuraca, Giuseppe Prota, Mechanism of inhibition of melanogenesis by hydroquinone, Biochimica et Biophysica Acta (BBA), Volume 1073, Issue 1, 1991, Pages 85-90. doi.org/10.1016/0304-4165(91)90186-K.

Ribas J, Schettini AP, Cavalcante MD. Exogenous ochronosis hydroquinone induced: a report of four cases. Anais brasileiros de dermatologia. 2010 Oct;85(5):699-703.