Hanne Gaby Odiele adalah antara nama besar dalam bidang peragaan. Supermodel kelahiran Belgium ini telah berjalan di pentas-pentas peragaan terkemuka di New York, Paris, Milan sejak berkecimpung dalam bidang peragaan sekitar tahun 2005.

Beliau adalah antara wajah wanita-wanita cantik yang mewarnai jenama terkenal seperti Chanel, Dior, Alexander Wang dan banyak lagi.

Image result for Hanne Gaby Odiele

Hanne Gaby Odiele

Namun, pada tahun 2017 beliau telah membuat pengumuman bahawa beliau sebenarnya adalah seorang ‘interseks’ – seseorang yang mempunyai seksualiti tidak seperti norma manusia biasa.

Secara biologi, jantina ditentukan oleh beberapa faktor:

  • Kromosom seks XX (perempuan), XY (lelaki)
  • Organ genital luaran (organ seksual: penis, vagina)
  • Organ reproduktif dalaman (uterus, vas deferens, kantung semen)
  • Organ gonads (penghasil gamet: ovari atau testikel)
  • Hormon seks (estrogen, testosteron)

Manusia yang tidak memenuhi kriteria yang membezakan lelaki dan wanita tersebut digelar interseks. Mungkin dalam masyarakat melayu mereka digelar ‘khunsa’. Namun, kita selalunya terfikir yang mereka mempunyai dua alat sulit atau mempunyai alat sulit yang berbeza.

Tidak semestinya!

Sesetengah interseks mempunyai genitalia luaran normal dan tidak mempunyai sebarang kelainan fizikal.

WANITA DALAM TUBUH LELAKI

Hanne Gaby Odiele dilahirkan pada tahun 1987 dengan tubuh seorang bayi perempuan. Beliau mempunyai genitalia (organ seks) luaran seperti bayi perempuan lain. Beliau juga membesar seperti kanak-kanak perempuan lain sehinggalah beliau mula menyertai bidang peragaan.

Pemeriksaan kesihatan mendorong wanita muda ini menjalani ujian karyotyping. Ujian bagi melihat kromosom yang terdapat dalam sel kita.

 

Karyotip manusia lelaki menunjukkan 46 kromosom, termasuk kromosom X dan Y. Imej dari: Bolohan et al. 2016

Keputusan ujian menunjukkan Hanne Gaby Odiele mempunyai kromosom XY. Malah beliau juga dikatakan tidak mempunyai organ reproduktif uterus, ovari dan tiub falopio seperti wanita. Jadi, secara genetiknya beliau adalah lelaki.

Image result for Hanne Gaby Odiele

Imej: HawtCelebrity.com

Mengapakah beliau tidak menunjukkan ciri-ciri maskulin? Beliau didiagnos mengidap sejenis kondisi dimana sel-sel tubuh tidak sensitif dan tidak bereaksi terhadap androgen – Sindrom insensitif androgen atau AIS (androgen insensitive syndrome).

Androgen adalah hormon maskulin termasuk testosteron dan derivatifnya.

TESTOSTERON DAN RESEPTOR TESTOSTERON

Sel-sel dalam tubuh kita bereaksi terhadap aruhan hormon untuk mencetuskan pelbagai fungsi. Seksualiti kita sangat bergantung pada aruhan hormon seks: estrogen pada wanita dan testosteron bagi lelaki.

Hormon seks akan berikatan pada reseptor hormon seks dalam setiap sel. Kompleks hormon-reseptor ini adalah faktor transkripsi bagi pengekspresan pelbagai gen-gen, terutama gen yang mengaruh seksualiti kita.

Image result for androgen receptor

Mekanisma tindakan reseptor androgen. Imej dari: Rahmani et al. 2013

Jika sel-sel kita tidak dapat mengenal, tidak dapat bereaksi terhadap hormon seksual atau tidak menghasilkan protein reseptor yang mengenal dan berikatan dengan hormon tersebut, sudah pastilah gen yang mengaruh seksualiti kita tidak dapat diekspreskan. Hasilnya, tubuh kita tidak akan mempamerkan ciri yang sepatutnya.

Inilah yang berlaku pada Hanne Gaby Odiele.

Insiden AIS berlaku 1 setiap 20,000 kelahiran. Namun, insiden sindrom ini mungkin juga lebih tinggi dari statistik kerana ia jarang dikenalpasti dan dilaporkan.

Related image

Perkara ini benar berlaku. Jadi, jika kita mahu membenci warga interseks, transgender atau seseorang yang berperasaan lain dari kebiasaan, bencilah perlakuannya. Jangan sampai mencerca, memaki dan mencederakan mereka.

Mana tahu, mereka juga tergolong orang-orang yang mempunyai masalah genetik seperti ini.

Lebih baik tersilap memafjan dari kita tersilap menghukum!

RUJUKAN

Rowlands S, Amy JJ. Preserving the reproductive potential of transgender and intersex people. The European Journal of Contraception & Reproductive Health Care. 2018 Jan 2;23(1):58-63.

Balzary C, Wyman E. Jawara; Sobol, Susie; Shelley, Noah (2017).” Hanne Gaby Odiele.

Miller, Susan (January 23, 2017). “Model Hanne Gaby Odiele reveals she is intersex”. USA Today.

Imej dari:

BOLOHAN N, CIORPAC M, MĂȚĂU F, GORGAN DL. Ancestral DNA―an incontestable source of data for Archaeology. Studia Antiqua et Archaeologica. 2016 Mar 1;21(2):157-88.

Rahmani AH, Alzohairy M, Babiker AY, Khan AA, Aly SM, Rizvi MA. Implication of androgen receptor in urinary bladder cancer: a critical mini review. International journal of molecular epidemiology and genetics. 2013;4(3):150.