Ewa Klobukowska adalah pelari pecut wanita kelahiran Poland. Beliau memegang rekod terpantas dunia bukan satu, tetapi TIGA!

Satu daripadanya direkodkan di Prague, 1966 bagi acara 100m pecut dengan catatan masa 11.1 saat. Dua lagi direkodkan di Lodz (1964) dan Tokyo (1964) dalam acara pecut berganti-ganti 4 x 100m.

Namun, catatan rekod beliau telah dibatalkan oleh International Association of Athletics Federation (IAAF] setelah beliau gagal dalam ujian identifikasi jantina.

Beliau dikatakan TIDAK CUKUP WANITA!

APAKAH SEBENARNYA YANG BERLAKU?

Ewa Klobukowska dilahirkan di Warsaw, Poland pada tahun 1946. Beliau membesar seperti kanak-kanak perempuan normal dan aktif menyertai kejohanan sukan pecut. Kemuncaknya, beliau mewakili negara ke peringkat olimpik.

IAAF mewajibkan ujian pengesahan gender pada atlit wanita pada tahun 1966. Ewa Klobukowska didapati gagal ujian tersebut.

Beliau dikatakan mempunyai genetik mosaic XX/XXY.

Kita telah membincangkan keadaan genetik XXY disini. Kondisi yang digelar Sindrom Klinefelter ini biasanya menyebabkan lelaki yang memiliki kelebihan kromosom X (karyotip: 47; XXY) mempunyai ciri-ciri wanita.

Namun, Ewa Klobukowski adalah wanita!

MOSAICISM GENETIK

Seperti mosek atau parquet yang menghiasi lantai, genetik mosaic adalah deskripsi bagi keadaan seseorang yang sel-sel ditubuhnya tidak mempunyai gena atau kromosom yang seragam. Bagi keadaan Ewa, sesetengah sel tubuhnya mempunyai kromosom XX dan sebahagian lagi mempunyai kromosom XXY.

Bagaimana ia boleh berlaku?

Mungkin berlaku kesilapan ketika pembahagian di peringkat embrio (seperti yang berlaku pada lelaki Klinefelter). Ia menyebabkan sebahagian sel membahagi sempurna, hanya sebahagian mempunyai kelebihan kromosom.

Mungkin juga berlaku keadaan chimerism dimana dua embrio dengan kromosom XX dan XXY bercantum dalam uterus (sepatutnya sepasang kembar, seorang perempuan, seorang lelaki dengan kondisi Klinefelter?). Menyebabkan sebahagian sel beliau adalah XX dan sebahagian lagi dari kembarnya yang mempunyai XXY.

Kesimpulannya, ia adalah hampir suatu keajaiban!

Malang bagi Ewa Klobukowski, ketiga-tiga rekod dunianya dipadamkan. Beliau juga dihalang menyertai mana-mana sukan bertaraf dunia

Pada awalnya, Poland tetap menghantar beliau mewakili negara pada tahun 1967, IAAF telah bertindak ‘membocorkan’ keputusan ujian genetik beliau pada banyak pihak.

Ia adalah suatu tindakan yang mencabul hak peribadi manusia. Ini juga salah satu diskriminasi yang dialami oleh manusia interseks seperti Ewa.

RUJUKAN

Taylor, T. H.; Gitlin, S. A.; Patrick, J. L.; Crain, J. L.; Wilson, J. M.; Griffin, D. K. (2014). “The origin, mechanisms, incidence and clinical consequences of chromosomal mosaicism in humans”. Human Reproduction Update. 20 (4): 571–581. doi:10.1093/humupd/dmu016. ISSN 1355-4786.

Ritchie, R.; Reynard, J.; Lewis, T. (2008). “Intersex and the Olympic Games”. Journal of the Royal Society of Medicine. 101 (8): 395

Marchi, M. De; et al. (2008). “True hermaphroditism with XX/XY sex chromosome mosaicism: Report of a case”. Clinical Genetics. 10 (5): 265–72

https://www.sports-reference.com/olympics/athletes/kl/ewa-klobukowska-1.html

Imej dari: https://alchetron.com/Ewa-Klobukowska