Aprikot tergolong dalam keluarga prun. Buah aprikot yang biasa terjual secara komersil adalah dari Prunus Armeniaca.

Image result for apricot jpg

Seperti kebanyakan biji buah-buah dalam keluarga Prunus, biji aprikot mengandungi kompaun-kompaun toksik amygdalin dan prunasin.

 

BIJI APRIKOT DAN SIANIDA

 

Biji aprikot mengandungi glikosida sianogenik – amygdalin (D-mandelonitrile-B-D-gentiobioside) dan prunasin.

Image result for apricot jpg

Biji aprikot dan isi dalamnya (Sumber: Smithsonian Magazine)

Kompaun kimia ini akan dimetabolisma oleh enzim-enzim glucosidase yang terdapat dalam sel-sel tubuh kita dan menghasilkan sianida (hydrogen cyanide).

Sianida yang terhasil dari tindak balas ini akan menyebabkan sel tubuh kita tidak dapat menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga.

Image result for amygdalin jpg

Amygdalin (Sumber: Wikipedia Commons)

Ini akan menyebabkan sel-sel tersebut mengalami hipoksia dan mati. (oral dos yang menyebabkan kematian manusia: 0.6-1.5 mg/kg). Biji aprikot mengandungi sebanyak 89-2,170 mg/kg hydrogen sianida (berat basah).

Image result for amygdalin cyanide reaction jpg

Sumber: Laboratory Journal

Keadaan kekurangan oksigen (dan kekurangan penghasilan tenaga (ATP)) dalam tubuh kita akan menyebabkan pening kepala, loya dan muntah, lemah tubuh badan, sesak nafas, degupan jantung yang tidak sekata dan tidak sedarkan diri.

 

BAGAIMANA SIANIDA MEMBUNUH?

Ion sianida bertindakbalas secara kekal dengan ion ferum dalam tubuh kita. Ion ferum adalah komponen penting dalam haemoglobin (untuk mengangkut oksigen) dan kofaktor pelbagai enzim contohnya sitokrom A3 (Kompleks IV) pada rantai respirasi penghasil tenaga dalam mitokondria.

Image result for respiration chain jpg

Rantai respirasi mitokondria (Sumber: BioAP)

Paras sianida yang tinggi menyebabkan sianida menambat pada ferum (zat besi) pada sitokrom A3 di rantaian respiratori penghasilan tenaga. Natijahnya, proses fosforilasi pengoksidaan utuk menghasilkan tenaga (ATP) akan terganggu.

Sumber: Hamel J. (2011)

Ini akan memaksa sel melakukan metabolism anarobik (metabolism tanpa oksigen) yang akan meningkatkan asid laktik dalam tubuh. Keadaan ini seterusnya akan diburukkan lagi apabila metabolic asid-bes terganggu dan menyebabkan keadaan asidosis metabolic.

Ini boleh mengakibatkan kematian sel seterusnya kerosakan organ dan oleh membawa kepada kematian.

GEJALA KERACUNAN SIANIDA

  • Sakit kepala
  • Tekanan darah tinggi
  • Degupan jantung yang meningkat
  • Loya dan berpeluh
  • Demam
  • Cirit birit, najis berbau, air kencing berbau
  • Kembung perut

Anda bukan sedang mengalami ‘healing crisis’ dalam proses penyembuhan penyakit anda seperti yang diakui oleh pihak yang menjual dan mempromosi produk mereka. Ini adalah gejala keracunan sianida!

 

VITAMIN B17 & LAETRILE

Ernst T Krebs Jr. terkenal dalam lipatan sejarah tentang penipuannya terhadap promosi rawatan kanser palsu sejak tahun 1970an.

Related image

Walaupun digelar Dr Krebs oleh para pengikutnya tidak mempunyai sebarang kelayakan rasmi dalam bidang sains. Beliau adalah bekas pelajar Hahnemann Medical College (Philadelphia) yang gagal dan telah dibuang dari pengajian.

Ernst T Krebs tiada kaitan dengan Dr Hans Adolf Krebs, pemenang Hadiah Nobel Perubatan 1953 kerana penemuan beliau ‘Kitar Krebs’ (Krebs cycle).

Laetrile (laevo-mandelonitrile-beta-glucuronoside) adalah kompaun terbitan amygdalin yang dihasilkan secara sintetik dan dipatenkan oleh Ernst T Krebs Jr. sebagai rawatan kanser. Eksperimen dan kajian beliau telah cuba diulang dan dicuba oleh ratusan saintis lain, tetapi telah dibuktikan tidak berkesan.

Vitamin B17 adalah nama yang diperkenalkan oleh Ernst Kreb sebagai nama lain bagi Laetrile untuk mempromosikan Laetrile sebagai ‘penawar’ baru (scam dah kantoi lettewww….)

Sumber: http://www.chm.bris.ac.uk/motm/amygdalin/amygdalinjs.htm

Seperti amygdalin  Laetrile boleh mangalami hidrolisis dalam sel tubuh kita dan menghasilkan sianida yang menyebabkan keracunan.

 

EKSTRAK APRIKOT SEBAGAI PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT

 

Setakat hari ini, masih tiada bukti kukuh mengenainya.

 

Benar, banyak kajian berkaitan amygdalin untuk rawatan kanser. Namun, kajian-kajian yang masih diperingkat in vitro (sel dalam piring makmal) ini menunjukkan hasil yang agak menarik (secara natural amygdalin bersifat sitotoksik (toksik terhadap sel)). Namun mekanismanya masih gagal dibuktikan.

Image result for laetrile pubmed jpg

Image result for laetrile pubmed jpg

Namun, akibat buruk hasil pengambilan biji aprikot telah dilaporkan oleh ratusan kertas kajian. Malah kes-kes keracunan sianida hasil pengambilan biji aprikot dan ekstrak biji aprikot serta amygdalin telah dilapor dan didokumentasikan.

 

RUJUKAN

Abraham K, Buhrke T, Lampen A. Bioavailability of cyanide after consumption of a single meal of foods containing high levels of cyanogenic glycosides: a crossover study in humans. Arch Toxicol. 2016 Mar;90(3):559-74. doi: 10.1007/s00204-015-1479-8.

Sauer H, Wollny C, Oster I, Tutdibi E, Gortner L, Gottschling S, Meyer S. Severe cyanide poisoning from an alternative medicine treatment with amygdalin and apricot kernels in a 4-year-old child. Wien Med Wochenschr. 2015 May;165(9-10):185-8. doi: 10.1007/s10354-014-0340-7. Epub 2015 Jan 22.

Milazzo S, Horneber M. Laetrile treatment for cancer. Cochrane Database Syst Rev. 2015 Apr 28;(4):CD005476. doi: 10.1002/14651858.CD005476.pub4. Review. PMID: 25918920

Hamel J. A review of acute cyanide poisoning with a treatment update. Critical care nurse. 2011 Feb 1;31(1):72-82.

Bromley J, Hughes BG, Leong DC, Buckley NA. Life-threatening interaction between complementary medicines: cyanide toxicity following ingestion of amygdalin and vitamin C. Ann Pharmacother. 2005 Sep;39(9):1566-9. Epub 2005 Jul 12.

Seghers L, Walenbergh-van Veen M, Salome J, Hamberg P. Cyanide intoxication by apricot kernel ingestion as complimentary cancer therapy. Neth J Med. 2013 Nov;71(9):496-8.

O’Brien B, Quigg C, Leong T. Severe cyanide toxicity from ‘vitamin supplements’. Eur J Emerg Med. 2005 Oct;12(5):257-8.

Bromley J, Hughes BG, Leong DC, Buckley NA. Life-threatening interaction between complementary medicines: cyanide toxicity following ingestion of amygdalin and vitamin C. Ann Pharmacother. 2005 Sep;39(9):1566-9. PMID: 16014371

https://www.laboratory-journal.com/science/life-sciences-biotech/crop-seeds-ready-fight-back

http://bioap.wikispaces.com/Ch9+Collaboration