Durian belanda (Annona muricata), dikenali juga sebagai graviola, sirsak, guanabana atau soursop banyak mendapat tempat dan permintaan setempat. Bukan hanya kerana rasanya yang enak dan menyegarkan, ianya juga dikatakan bermanfaat tinggi untuk kesihatan.

Daunnya juga dijadikan teh untuk ubatan secara tradisi.

 

DURIAN BELANDA DAN KANSER

 

Banyak kajian in vitro (pada sel-sel dalam makmal) dan in vivo (pada binatang makmal seperti mencit dan tikus) menunjukkan ekstrak-ekstrak dari buah, daun dan bahagian pokok adalah poten untuk mematikan sel-sel dan tisu kanser.

Kajian ini telah dilakukan sejak puluhan tahun yang lepas.

 

Image result for graviola jpg

Beberapa kompaun poten tersebut telah dipencilkan dan dikaji ciri-cirinya dengan terperinci. Antaranya adalah kompaun dari kelas acetogenins contohnya annonacin, annonin, bullatacin, uvericin dan isoquinoline seperti annonamine.

 

Namun, mengapakah tiada kompaun-kompaun aktif ini muncul sebagai salah satu dalam regimen rawatan kanser?

Ini mendorong pelbagai teori konspirasi bahawa kaedah rawatan dari tumbuhan ini dirahsiakan kerana boleh menutup nilai ringgit yang diperoleh dari rawatan sedia ada (sedangkan rawatan baru sebenarnya lebih mahal dari rawatan sedia ada yang telah tamat tempoh paten).

Imej Riley-Saldana et al. (2017)

Ada juga yang menyatakan kompaun tumbuhan tidak boleh dipaten dan tidak akan menyumbang tenggorok ‘big pharma’ yang lapar wang ringgit.

Sedangkan banyak kompaun dari tumbuhan yang telah disintesis dan dipaten). Baca berkaitan kemoterapi dari tumbuhan disini.

Sumber rawatan tradisional juga dikatakan kita tiada nilai bagi barat. Padahal tumbuhan ini bukan native Asia, dibawa dari Afrika, Amerika Selatan dan Carribean.

Andaian-andaian ini adalah tidak benar dan tidak berasas.

 

DURIAN BELANDA DAN BAHAYA NEUROTOKSIK

 

Acetogenins dari buah dan daun serta bahagian-bahagian graviola seperti annonacin mempunyai nilai sitotoksik yang rendah. Hanya beberapa nanomolar kepekatannya mampu mematikan sel!

Image result for graviola jpg

 

Ini disebabkan sebahagian besar acetogenins dan isoquinolins ini berkebolehan untuk merencat rantaian respiratori kompleks 1 pada mitokondria. Ia akan menghalang keupayaan sel untuk menghasilkan tenaga dari respirasi sekaligus memaksa sel tersebut untuk mati.

 

Image result for respiration chain acetogenins jpg

 

Tetapi acetogenins dan isoquinolins ini juga mampu merentas otak dan mengganggu (merosakkan) neuron-neuron (able to cross blood brain barrier) kerana sifatnya yang lipofilik. Kompaun-kompaun ini juga mampu menambat pada reseptor serotonin dan telah dikaji untuk menghasilkan kesan antidepresi.

Masaalahnya, kesan kerosakan neuron dopaminergik (neuron penghasil neuropemancar dopamin) adalah nyata.

Image result for parkinsons jpg

Imej: NCBI NIH

Segala kesan ini dilihat dengan kepekatan kompaun tersebut pada aras nano- ke mikromolar (kepekatan yang sangat rendah). Malah masalah ini bukan saja dikesan melalui ujian tabung uji dan haiwan di makmal. Bahkan terlihat pada kelompok manusia!

 

Image result for motor symptoms of parkinson's disease

Gejala Parkinson. Imej: Wikipedia

 

Ada banyak kajian tentang korelasi insiden atipikal penyakit Parkinson dan Alzheimer dikesan di kelompok komuniti yang tinggi pengambilan graviola dalam diet.

Kajian lanjut menunjukkan pengurangan ketara neuron-neuron penghasil dopamin dalam otak mereka.

Menariknya, kaedah pengambilan graviola ini meliputi pengambilan buah secara mentah atau teh daun graviola dengan kaedah rendaman dalam air panas.

 

ADAKAH PRODUK DURIAN BELANDA SELAMAT DIAMBIL?

 

Berhati-hatilah apabila anda disua dengan pelbagai produk jualan yang berasaskan durian belanda. Walaupun diberitakan ia mempunyai kelebihan-kelebihan yang menarik, malang sekali kelebihan itu sebenarnya akan mengakibatkan kesan sampingan yang teruk secara senyap (siapa yang perasan neuron otaknya berkurangan, kan?).

Sesekali meminum jus graviola atau memakannya sebagai kudapan tidak mengapa.

Tetapi mengambilnya secara berkala setiap hari atau setiap minggu mengundang bahaya!

 

RUJUKAN

Riley-Saldaña, C., Cruz-Ortega, M., Martínez Vázquez, M., et al. (2017). Acetogenins and alkaloids during the initial development of Annona muricata L. (Annonaceae). Zeitschrift für Naturforschung C, 72(11-12), pp. 497-506.  doi:10.1515/znc-2017-0060

Rottscholl R, Haegele M, Jainsch B, Xu H, et al. Chronic consumption of Annona muricata juice triggers and aggravates cerebral tau phosphorylation in wild-type and MAPT transgenic mice. J. Neurochem. 2016. 139: 624–639. doi:10.1111/jnc.13835

Potts LF, Luzzio FA, Smith SC, Hetman M, Champy P, Litvan I. Annonacin in Asimina triloba fruit: implication for neurotoxicity. Neurotoxicology. 2012 Jan;33(1):53-8. doi:10.1016/j.neuro.2011.10.009. Epub 2011 Nov 23.

Neela B, Alexander GS, Soursop (Annona muricata L.): Composition, Nutritional Value, Medicinal Uses, and Toxicology. In: Ronald Ross Watson and Victor R. Preedy, editors, Bioactive Foods in Promoting Health. Oxford: Academic Press, 2009, pp. 621-643.

Lannuzel A, Ruberg M. and Michel PP. Atypical parkinsonism in the Caribbean island of Guadeloupe: Etiological role of the mitochondrial complex I inhibitor annonacin. Mov. Disord. 2008. 23: 2122–2128. doi:10.1002/mds.22300

Lannuzel A, Höglinger GU, Champy P, Michel PP, Hirsch EC, Ruberg M. Is atypical parkinsonism in the Caribbean caused by the consumption of Annonacae? J Neural Transm Suppl. 2006;(70):153-7.

Lannuzel A, Michel PP, Höglinger GU, Champy P, Jousset A, Medja F, Lombès A, Darios F, Gleye C, Laurens A, Hocquemiller R, Hirsch EC, Ruberg M. The mitochondrial complex I inhibitor annonacin is toxic to mesencephalic dopaminergic neurons by impairment of energy metabolism. Neuroscience. 2003;121(2):287-96.

Hasrat JA, De Bruyne T, De Backer JP, Vauquelin G, Vlietinck AJ. Isoquinoline derivatives isolated from the fruit of Annona muricata as 5-HTergic 5-HT1A receptor agonists in rats: unexploited antidepressive (lead) products. J Pharm Pharmacol. 1997 Nov;49(11):1145-9.

 

 

 

 

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!