Tahukah anda, darah manusia mengandungi besi? Ferum atau besi, merupakan sejenis logam dan merupakah logam beralihan dalam jadual berkala. Unsur peralihan bermaksud logam tersebut boleh memiliki lebih dari satu bentuk pengoksidaan seperti Fe2+ dan Fe3+.

Besi yang digunakan seharian adalah dalam bentuk elemen atau unsur. Ia keras dan kuat dan tidak mudah dilentur. Namun, jika digunakan tanpa perlindungan bahan anti karat, atau diadun menjadi aloi yang tahan karat, ia mudah membentuk karat apabila terdedah dengan oksigen dan air. Produk pengaratan besi adalah Fe2O3.H2O.

Ferum dalam bentuk ion, mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding dalam bentuk unsur. Saiz ion ferum bertambah apabila bilangan nombor pengoksidaan berubah. Fe >Fe2+>Fe3+. Warnanya juga berbeza-beza, Fe2+ berwarna hijau muda manakala Fe3+ berwarna perang. Sebatian kimia yang mengandungi Fe2+ lebih mudah larut air berbanding Fe3+

Salah satu kelebihan logam peralihan adalah mereka boleh membentuk sebatian kompleks dengan ligand iaitu sebatian kimia organik yang tidak mempunyai logam dalam struktur kimianya.

Tahukah anda, sel darah merah manusia atau erythrocytes, merupakan sejenis sebatian kimia kompleks dan mengandungi Fe2+? Sel darah merah manusia terdiri daripada satu ion FE2+ dan 4 molekul haem.

Jika anda masih ‘alergik’ mendengar perkataan kimia, bagaimana dengan sel darah merah anda?

Imej dari: http://mitocondriacientifica.blogspot.com/2017/06/

~Dr CPO

#inisainsbeb #drcpo #tahukahanda

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!