Sebenarnya, ada pelbagai bentuk gula yang tanpa sedar kita masukkan ke dalam diet kita sehari-hari, bukan hanya gula yang dikacau dalam minuman sahaja.

 

Pengetahuan tentang gula ini adalah penting bukan saja buat pesakit diabetes, tetapi untuk kita juga supaya kita dapat mengawal kalori dan amaun gula yang kita ambil sehari-hari.

Image result for sugar jpg

Gula adalah nama umum bagi sekumpulan bahan kimia organik yang terdiri dari karbon, oksigen dan hidrogen. Gula bukan sahaja bahan utama bagi sumber tenaga kita, ia juga wujud sebagai tulang belakang DNA, malah gula adalah penting bagi menentukan jenis kelompok darah A, B, AB dan O kita.

GULA RINGKAS -MONOSAKARIDA

Gula ringkas yang memberikan tenaga dengan cepat adalah glukosa. Gula ini adalah gula ringkas atau monosakarida yang dapat diserap serta merta oleh tubuh.

Monosakarida lain adalah seperti fruktosa dan galaktosa.

Image result for monosaccharides jpg

Monosakarida (Imej Wikipedia Commons)

Hanya glukosa dapat ditukarkan serta-merta pada tenaga oleh tubuh. Gula ringkas lain seperti fruktosa dan galaktosa terpaksa ditukarkan ke glukosa sebelum dapat digunakan sebagai tenaga.

SUKROSA

Gula dapur yang kita biasa gunakan sehari-hari dalam masakan dan minuman adalah sukrosa. Gula ini adalah disakarida – dua gula, yang terdiri dari glukosa dan fruktosa yang bergandingan. Gula jenis ini dengan mudahnya akan dimetabolismakan oleh enzim sukrase dalam tubuh kita.

Related image

Sukrosa (Imej: Wikipedia Commons)

Sumber gula kita biasanya diperoleh dari tebu, manakala di eropah dari bit gula. Sebab itu dikatakan fruktosa adalah gula buah-buahan / tumbuhan kerana fruktosa (dalam bentuk sukrosa) banyak didapati dalam tumbuhan sebagai storan tenaga hasil dari fotosintesis.

Image result for honey

Madu adalah 40-55% fruktosa, jadi madu juga adalah sumber gula dalam diet kita.

LAKTOSA

Laktosa yang terdapat dalam susu juga adalah sejenis disakarida yang terdiri dari glukosa dan galaktosa. Gula ini akan dihadam oleh enzim lactase dalam perut kita.

Related image

(Imej: 123bio.net)

Kadang-kala enzim ini kurang atau tidak dihasilkan oleh tubuh dan menyebabkan laktosa terkumpul dan tidak dapat dihadam dan diserap di dalam perut dan usus. Ini akan meyebabkan masalah seperti cirit-birit dan ketidakselesaan perut. Keadaan ini digelar ‘lactose intolerance’ (tidak toleran laktosa).

Image result for lactose jpg

(Imej: https://www.scienceabc.com/humans/what-is-lactose-intolerance-signs-symptoms-lactase-enzyme.html)

Menariknya, enzim ini akan berkurangan semakin kita dewasa. Jadi keadaan ‘lactose intolerance’ boleh berlaku pada kita walaupun ketika kecil kita boleh meminum susu tanpa masalah. Ibu-ibu juga dinasihat untuk membersihkan mulut bayi selepas selesai menyusu kerana gula laktosa ini juga wujud dalam susu ibu.

MALTOSA

Gula juga wujud dalam makanan berkanji seperti nasi, kentang, ubi kayu, jagung dan gandum. Kanji disebut sebagai gula kompleks atau nama lainnya karbohidrat kerana ia terdiri dari rantaian-rantaian panjang glukosa.

Related image

Kanji akan diuraikan oleh enzim-enzim dalam tubuh kita kedalam bentuk glukosa untuk diserap dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yang mengawal pengambilan gula juga patut mengawal pengambilan makanan-makanan berkanji ini.

Image result for maltose jpg

Maltosa adalah gula bijirin yang tediri dari dua glukosa-glukosa yang berangkaian. Gula ini diperoleh dari sumber bijirin seperti barli, gandum dan terutamanya jagung. Biasa dengar sirap glukosa atau sirap jagung?

JENIS-JENIS GULA

Gula mentah (Raw sugar): Perahan tebu yang telah ditapis biasanya akan diproses sehingga hablur kristal gula yang keperangan diperoleh. Hablur ini seterusnya akan diproses menjadi gula putih (sukrosa) atau terus dijual sebagai gula mentah.

Molases: Hasil perahan yang ditapis tadi diproses sehingga menghasilkan cecair hitam likat mengandungi sukrosa dan partikel-partikel tumbuhan yang tinggi.

Gula putih: Hablur gula mentah yang diulang proses sehingga terhasil hablur gula putih yang hanya mengandungi sukrosa.

Gula perang: Hablur kristal gula putih (sukrosa) yang mengandungi peratusan molases. Ini memberikan warna gelap gula perang. Semakin tinggi peratusan molases, semakin gelap warnanya.

Gula merah, gula melaka: Dihasilkan dari nira kelapa, nipah, pokok kurma dan lain-lain. Komponen terdiri dari sukrosa.

Sirap jagung: Sirap maltosa, sukrosa dari jagung

Sirap jagung tinggi fruktosa (High fructose corn syrup (HFCS)): Sirap jagung yang mengandungi peratusan fruktosa tinggi. Ia dihasilkan dengan mengubah glukosa pada fruktosa menggunakan enzim (xylose isomerase). Ini dilakukan untuk meningkatkan indeks kemanisan sirap tersebut kerana fruktosa dikatakan lebih manis berbanding glukosa. Gula jenis ini banyak dikaitkan dengan gejala obesiti dan penyakit seperti diabetes.

Dekstrosa: Glukosa atau lebih tepat D-glukosa.

Maltodekstrin: Rantaian glukosa-glukosa yang panjang, tetapi lebih pendek dari kanji. Ia lebih mudah dicerna untuk menghasilkan glukosa dan diserap oleh tubuh.

KENAPA PERLU TAHU JENIS GULA?

Selain gula dalam minuman dan makanan, kita perlu juga mengenalpasti sumber gula yang kita ambil. Ada yang dari buah-buahan, dari nasi dan roti, dari madu dan sebagainya. Paling penting, dari sumber supplement yang kononnya tidak mengandungi gula.

Ada beberapa minuman kopi pra-campur apabila dilihat di belakang kotaknya, antara bahan-bahan utama adalah glukosa atau sirap glukosa.

 

Image result for dextrosa in food label jpg

 

Related image

Image result for maltodextrin

Kadang-kala, sumber gula juga ditulis sebagai dekstrose, corn syrup, glucose syrup dalam label makanan. Sebagai pengguna kita haruslah cakna dengan apa saja yang kita masukkan ke dalam mulut kita. Jangan tertipu lagi, ya!

Manis manis gula jawa

Manis lagi si gula batu

Senyuman manis siapa yang punya

Bolehku tahu siapa namamu?

RUJUKAN

Bray GA, Nielsen SJ, Popkin BM. Consumption of high-fructose corn syrup in beverages may play a role in the epidemic of obesity. The American journal of clinical nutrition. 2004 Apr 1;79(4):537-43.

Stanhope KL, Bremer AA, Medici V, Nakajima K, Ito Y, Nakano T, Chen G, Fong TH, Lee V, Menorca RI, Keim NL. Consumption of fructose and high fructose corn syrup increase postprandial triglycerides, LDL-cholesterol, and apolipoprotein-B in young men and women. The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism. 2011 Oct 1;96(10):E1596-605.

 

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!