Ada seorang hamba Allah ni beria-ia berkata, “Pemanasan lauk pauk boleh menyebabkan pembentukan hidrogen peroksida? Panaskan lauk boleh dapat kanser katanya. Belilah produk kami, lunch dihantar panas-panas!”

Image may contain: food and indoor

Lauk pauk kanser? Serius?

Nah, pernah dengar? Atau, bakal dengar testimoni begini:

“Pastikan anda bijak!! Hidrogen peroksida merupakan satu agen yang lazim digunakan dalam industri sebagai aseptik dan dalam industri makanan sebagai agen peluntur!”

Penerangan

Hidrogen peroksida yang terdapat dalam tubuh pula lazimnya akan diurai oleh enzim peroksidase dan catalase namun sepanjang pembacaan saya dalam buku teks toksikologi dan buku teks lain, tak pernah pula pemanasan lauk boleh menyebabkan pembentukan hidrogen peroksida.

Hidrogen peroksida yang tidak stabil akan menghasilkan radikal hidroksil. Ini betul tapi bukanlah dengan sebab pemanasan lauk. Banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan terhasilkan tekanan oksidatif atau pembentukan radikal bebas. Stress pulak saya baca berkenaan produk begini boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas!

Fermentasi daging boleh menyebabkan pembentukan nitrat dan nitrosoamin yang merupakan karsinogen, ini betul.

Makanan tinggi garam dikaitkan dengan pembentukan sel kanser, ini betul.

Makanan yang hangus (ada kesan karbon) akan tinggi risiko kanser sebab pembentukan PAH, ni betul. Namun bukanlah penyebab utama.

Sel kanser bersifat sukakan glukosa, ini betul.

Ada perkara yang betul, ada perkara yang salah bab makanan dan kanser ni. Pesan saya, selidik dulu sebelum percaya.

Penulis juga suka panaskan lauk kari dan asam pedas. Tak ada pula hidrogen peroksida!

#micronucleus

Artikel asal di Facebook

Rujukan :

1. Casaretts and Doulls. Toxicology, The basic science of poison 8th Edition. McGraw Hill (Text Book)

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!