Paraben sebenarnya bukan sesuatu yang sangat asing dalam kehidupan kita seharian. Terdapat pelbagai produk yang kita gunakan sebenarnya mengandungi paraben tanpa kita sedari.

Image result for paraben jpg

Cuba anda lihat shampu, sabun, pencuci muka, pencuci tangan ubat gigi, lipstick, mascara, losyen, krim pelembap, krim pencukur dan pelbagai barangan keperluan diri yang kita gunakan sehari-hari.

MENGAPA PARABEN DIGUNAKAN DALAM KOSMETIK?

Paraben ditambahkan dalam pelbagai kosmetik dan barangan rumah sebagai bahan antibakteria dan antifungal. Ia membolehkan sesuatu produk tahan lama dan mengelakkan jangkitan atau pertumbuhan mikroorganisma dalam produk tersebut.

Namun begitu, timbul persoalan penting yang menjadi isu tular yang sentiasa muncul tenggelam timbul.

Adakah paraben dan kompaun terbitan paraben selamat?

Kajian Darbre et al. (2004, 2012) menunjukkan sebahagian besar peratusan tisu kanser payudara yang dibiopsi mengandungi aluminium dan paraben.

Keadaan ini walaupun membimbangkan, namun ia tidak menjadikan paraben adalah penyebab kepada terjadinya kanser payudara. Paraben adalah bersifat lipofilik dan mampu diserap tubuh dengan agak mudah. Ia juga mudah diserap kedalam tisu lemak.

J Appl Toxicol. 2004 Jan-Feb;24(1):5-13. Concentrations of parabens in human breast tumours. Darbre PD, Aljarrah A, Miller WR, Coldham NG, Sauer MJ, Pope GS

(imej: Darbre et al. 2004)

Tetapi tidak semestinya ia mampu mengaruh kanser hanya kerana keberadaannya sahaja. Malah, tisu normal disekeliling dan organ-organ lain juga menyerap paraben dan mempunyai amaun paraben yang signifikan masih normal dan tidak bertukar menjadi sel kanser.

Terdapat pelbagai kajian menunjukkan bagaimana sel atau tisu boleh diaruh untuk mengalami beberapa perubahan sifat yang memungkinkan ia menjadi sel kanser. Namun, ia banyak dilakukan secara in vitro (sel dalam piring petri). Malah, mekanismanya juga masih samar.

Ada yang menyebutkan beberapa kajian mengenai perubahan tisu dan organ tikus apabila diaruh oleh paraben dan kompaun terbitannya. Namun, kebanyakan kajian ini menggunakan dos paraben yang sangat tinggi dan tidak menggambarkan scenario biasa dalam manusia.

Related image

Kajian Routledge (1998) yang dipetik oleh seorang doktor perubatan contohnya, perubahan uterotropic pada rahin tikus hanya meningkat signifikan pada dos 800-1200 mg/kg/day. Dos yang diperoleh manusia dari pendedahan sehari-hari hanya 6-200 mg sahaja (bukan per kg ya, banyak sangat bezanya).

Setakat ini, tiada kajian yang konkrit mengatakan adanya kaitan langsung antara paraben dan risiko kanser.

BETULKAH PARABEN MENGGANGGU HORMON?

Ya betul.

Paraben dikatakan mempunyai aktiviti estrogenik yang boleh mengaruh kanser dan kemandulan (atau pelbagai masalah berkaitan hormon yang lain).

Namun, kajian menunjukkan paraben mempunyai aktiviti estrogenik yang lemah. Beberapa jenis paraben biasa terdapat dalam kosmetik dan barangan harian iaitu methylparaben, propylparaben, butylparaben, and ethylparaben. Butylparaben menunjukkan aktiviti estrogenik 100,000 kali lebih lemah berbanding hormon estrogen (oestradiol).

Image result for paraben  Darbre et al.

Ia juga hanya menunjukkan aktiviti estrogenik ini pada dose 25,000 kali lebih tinggi dari penggunaannya dalam produk penjagaan diri sehari-hari. Keadaan ini sebenarnya jauh lebih rendah dari dos phytoestrogen yang diambil dari diet.

Kita pakai produk hari-hari, sudah pasti dosnya akan meningkat tinggi dalam tubuh!

Janganlah terlalu risau. Kebanyakan paraben hanya mempunyai separuh hayat selama beberapa jam sahaja dalam tubuh. Ia dengan cepatnya akan dikumuhkan dalam najis dan air kencing dan tidak berkumpul sehingga bertahun-tahun dalam tubuh.

TAHUKAH ANDA?

Paraben sebenarnya adalah kompaun yang juga dihasilkan secara natural dalam pelbagai jenis sayuran dan serangga. Tumbuhan yang menghasilkan amaun paraben yang signifikan adalah: lobak merah, buah zaitun, timun, ylang-ylang.

Beri biru juga mengandungi methylparaben

Metylparaben juga dihasilkan dalam tumbuhan seperti Guan pepper (Piper guanacastensis), Arabidopsis thaliana, dan Oca (Oxalis tuberosa). Propylparaben juga dihasilkan dalam mangga (Mangifera indica) sebagai pertahanan terhadap jangkitan kulat dan bakteria. Menarik bukan?

Image result for paraben  Darbre et al.

Paraben dan kompaun terbitannya setakat ini diberitakan selamat penggunaannya dan tiada kaitan dengan risiko kanser. Namun, jika anda berasa gusar boleh saja mencari alternatif lain yang bebas paraben. Terdapat juga sebilangan kosmetik dan produk yang tidak mengandungi paraben atas permintaan pengguna.

RUJUKAN

Edwin J. Routledge; et al. (1998). “Some alkyl hydroxy benzoate preservatives (parabens) are estrogenic”. Toxicology and Applied Pharmacology. 153 (1): 12–19.

Darbre PD, Aljarrah A, Miller WR, Coldham NG, Sauer MJ, Pope GS. (2004). Concentrations of parabens in human breast tumours. Journal of applied toxicology. 1;24(1):5-13.

Barr L., Metaxas G, Harbach CA, Savoy LA. and Darbre PD. (2012), Measurement of paraben concentrations in human breast tissue at serial locations across the breast from axilla to sternum. J. Appl. Toxicol., 32: 219–232. doi:10.1002/jat.1786

Sandanger TM, Huber S, Moe MK, Braathen T, Leknes H, Lund E. Plasma concentrations of parabens in postmenopausal women and self-reported use of personal care products: the NOWAC postgenome study. Journal of Exposure Science and Environmental Epidemiology. 2011 Nov 1;21(6):595.

Hossaini A, Larsen JJ, Larsen JC. Lack of oestrogenic effects of food preservatives (parabens) in uterotrophic assays. Food and Chemical Toxicology. 2000 Apr 30;38(4):319-23.

Gomez E, Pillon A, Fenet H, Rosain D, Duchesne MJ, Nicolas JC, Balaguer P, Casellas C. Estrogenic activity of cosmetic components in reporter cell lines: parabens, UV screens, and musks. Journal of Toxicology and Environmental Health, Part A. 2005 Jan 12;68(4):239-51.

Walker TS, Bais HP, Halligan KM, Stermitz FR, Vivanco JM (2003). “Metabolic profiling of root exudates of Arabidopsis thaliana”. Journal of Agricultural and Food Chemistry. 51 (9): 2548–54

http://www.ema.europa.eu/docs/en_GB/document_library/Scientific_guideline/2013/05/

WC500143139.pdf EMA review