Ketum (Mitragyna speciosa) atau dikenali dengan nama kratoum, thom atau biak-biak adalah tumbuhan hijau tropika yang biasa terdapat di Thailand dan semenanjung Malaysia. Tumbuhan ini dipercayai secara tradisional untuk melegakan batuk, cirit-birit dan kesakitan.

Image result for ketum jpg

Daun ketum (Imej: Berita Harian)

Ketum juga biasanya dikunyah, dijadikan rokok atau direbus untuk dijadikan minuman sebagai penambah tenaga sebelum bekerja dibawah bahang mentari.

BETULKAH KETUM BOLEH MEMBERIKAN TENAGA?

Ketum mengandungi molekul kimia yang digelar mitragynine. Alkaloid aktif ini digolongkan dalam kelompok molekul yang mempunyai aktiviti seperti opiat.

Tetapi mitragynine mempunyai ciri yamg istimewa. Jika diambil dalam kuantiti kecil, ia akan bersifat seperti stimulan – meningkat kesedaran dan kepekaan.

Image result for mitragynine jpg

Kompaun kimia ini juga meningkatkan degupan jantung, tekanan darah dan menimbulkan persepsi untuk menyingkirkan keinginan terhadap makanan dan tidur. Stimulan ini juga menyingkirkan ‘rasa letih’ dan membolehkan kita bekerja tanpa rasa penat.

Image result for mitragynine jpg

Kompaun-kompaun kimia lain dalam ketum

Namun, jika diambil dalam kuantiti yang banyak ia akan bersifat sedatif seperti opiat. Tubuh akan terasa letih, penat dan berkeinginan untuk tidur. Mitragynine  juga tidak dianggap opiat tulen kerana kesannya tidak boleh ditindas sepenuhnya oleh naloxone.

Daun kering ketum mengandungi sebanyak 1-6% mitragynine berbanding beratnya.

MOLEKUL OPIAT

Molekul opiat adalah molekul kimia yang mampu menambat pada reseptor opioid dalam otak dan memberi kesan seperti morphine. Seperti opiat lain, mitragynine menambat pada reseptor opioid µ dan menghasilkan kesan sedatif, analgesik (menghilangkan kesakitan) dan mengurangkan pergerakan usus besar.

Sebab itulah ketum digunakan untuk tujuan rawatan tradisional seperti yang disebutkan di atas.

Image result for ketum jpg

Air rebusan ketum

Ketum juga menghasilkan 7-hydroxymitraginine dalam jumlah yang kecil berbanding mitragynine. Namun kompaun ini adalah opioid yang lebih poten berbanding mitragynine.

 

BETULKAH KALAU TAMBAH UBAT NYAMUK AKAN ‘HIGH’?

Tidak.

Kompoun alkaloid dalam ketum sudah cukup untuk menghasilkan kesan tersebut. Namun ada juga pengguna dan penjual mencampurkan bahan lain seperti paracetamol dan ubat batuk (sebagai contoh) untuk menghasilkan dan meningkatkan kesan yang diinginkan.

KESAN PENGAMBILAN KETUM

Seperti pengambilan opiate lain, pengambilan ketum juga boleh menyebabkan ketagihan. Jika terasa mahu mengambil ketum, teringat-ingat dan badan menjadi tidak selesa tanpanya… itulah sebahagian ciri-ciri ketagihan!

Ketum juga boleh mengakibatkan ketidakselesaan, menggigil, depresi, kesakitan otot dan menurunkan keinginan seks.

Image result for ketum jpg

Pengambilan yang berlebihan dengan dos yang tinggi juga akan menyebabkan delusi, keletihan melampau, depresi pernafasan, perubahan sikap, penambilan sifat-sifat yang agresif, psikosis, halusinasi dan ketakutan.

Penggunaan yang kronik menunjukkan pengurangan fungsi kognitif otak. Menjejaskan fungsi memori dan pembelajaran. Ekstrak dari ketum juga menunjukkan kecenderungan untuk mengakibatkan ketoksikan pada hati, buah pinggang dan paru-paru.

Related image

Sehingga kini, ketum telah diiktiraf sebagai opiat dan diklasifikasi sebagai bahan larangan di US dan beberapa negara lain termasuk Malaysia. Benar. Banyak diberitakan tentang kebarangkalian ketum dijadikan ubatan, terutama dalam rawatan untuk ketagihan opiat.

Namun, adakah ia lebih bermanfaat dari mudaratnya?

RUJUKAN

Aggarwal G, Robertson E, McKinlay J, Walter E. Death from Kratom toxicity and the possible role of intralipid. Journal of the Intensive Care Society. 2018 Feb;19(1):61-3.

Mackay L, Abrahams R. Novel case of maternal and neonatal kratom dependence and withdrawal. Canadian Family Physician. 2018 Feb 1;64(2):121-2.

Mousa MS, Sephien A, Gutierrez J, O’leary C. N-Acetylcysteine for Acute Hepatitis Induced by Kratom Herbal Tea. American journal of therapeutics. 2018 May 15.

Tatum WO, Hasan TF, Coonan EE, Smelick CP. Recurrent seizures from chronic kratom use, an atypical herbal opioid. Epilepsy & Behavior Case Reports. 2018 Jan 1;10:18-20.

Hemby SE, McIntosh S, Leon F, Cutler SJ, McCurdy CR. Abuse liability and therapeutic potential of the Mitragyna speciosa (kratom) alkaloids mitragynine and 7‐hydroxymitragynine. Addiction biology. 2018 Jun 27.

Singh D, Müller CP, Murugaiyah V, Hamid SB, Vicknasingam BK, Avery B, Chear NJ, Mansor SM. Evaluating the hematological and clinical-chemistry parameters of kratom (Mitragyna speciosa) users in Malaysia. Journal of ethnopharmacology. 2018 Mar 25;214:197-206.

Diep J, Chin DT, Gupta S, Syed F, Xiong M, Cheng J. Kratom, an Emerging Drug of Abuse: A Case Report of Overdose and Management of Withdrawal. A&A Practice. 2018 Apr 15;10(8):192-4.

Singh D, Narayanan S, Vicknasingam BK, Prozialeck WC, Ramanathan S, Zainal H, Harun SN. Severity of Pain and Sleep Problems during Kratom (Mitragyna speciosa Korth.) Cessation among Regular Kratom Users. Journal of psychoactive drugs. 2018 Mar 16:1-9.

Anwar M, Law R, Schier J. Notes from the Field. Kratom (Mitragyna speciosa) Exposures Reported to Poison Centers — United States, 2010–2015. MMWR Morb Mortal Wkly Rep 2016;65:748–749. DOI: http://dx.doi.org/10.15585/mmwr.mm6529a4

Ilmie MU, Jaafar H, Mansor SM, Abdullah JM. Subchronic toxicity study of standardized methanolic extract of Mitragyna speciosa Korth in Sprague-Dawley Rats. Frontiers in Neuroscience. 2015;9:189. doi:10.3389/fnins.2015.00189.

ILMIE MU, MANSOR SM, ABDULLAH JM. Behavioural and Electrophysiological Evidence of Impaired Learning and Memory in Male Sprague Dawley Rats following Subchronic Exposure to Standardised Methanolic Extract of Mitragyna speciosa Korth. The Malaysian Journal of Medical Sciences : MJMS. 2015;22(Spec Issue):45-51.

András V, Gina F, Travis CP et al. Mitragynine/Corynantheidine Pseudoindoxyls As Opioid Analgesics with Mu Agonism and Delta Antagonism, Which Do Not Recruit β-Arrestin-2. J. Med. Chem., 2016, 59 (18), pp 8381–8397. DOI: 10.1021/acs.jmedchem.6b00748

Farah W. Suhaimia, 1, Nurul H.M. Yusoffa, 1, Rahimah Hassana, 1, Sharif M. Mansora, 1, Visweswaran Navaratnama, Christian P. Müllerb, 1, Zurina Hassana. Neurobiology of Kratom and its main alkaloid mitragynine. Brain Research Bulletin. (2016) Vol. 126, Pages 29–40

 

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!