Brokoli adalah tumbuhan cruciferus dari genus Brassica. Tumbuhan ini kaya kompaun glucosinolate – sama seperti wasabi, mustard dan horseradish.

Banyak jurnal-jurnal penerbitan menemukan keberkesanan kompaun sulforaphane dari brokoli. Ia dikatakan mampu membunuh bakteria H. pylori yang menjadi salah satu punca gastritis.

Kenyataan yang tersebar di media sosial. Adakah kebenarannya?

Brokoli kaya dengan sulforaphane!

Tetapi, sulforaphane tidak wujud dengan banyak secara natural dalam tumbuhan ini. Molekul glucoraphanin dalam brokoli perlu ditukarkan kepada sulfaraphane dengan bantuan enzim myrosinase. Glucoraphanin dan myrosinase dipisahkan oleh organel berbeza dalam sel brokoli.

Jika sel ini cedera, pecah, barulah keduanya bersatu dan menghasilkan molekul sulfaraphane. Ia wujud sebagai sistem pertahanan diri bagi tumbuhan tersebut.

Jadi?

Enzim myrosinase akan TERMUSNAH dengan suhu ketika memasak. Pokok ini patut dimakan mentah untuk mendapatkan khasiat sulfaraphane tersebut. Jika dibaca jurnal yang melakukan ujikaji keatas manusia (RCT), artikel tersebut menggunakan broccoli SPROUT.

Image may contain: plant and tree

Broccoli Sprout

Bukan pokok yang matang digunakan untuk dimakan mentah. Bahkan perlu diambil 70g sehari selama tiga minggu. Jika berhenti, gastritis kembali. Sanggup ke?

Kembali kepada persoalan asal: Adakah makan brokoli boleh sembuhkan gastrik? Kemungkinan besar TIDAK.

Ini sains, beb!

Ingin Komen? Ikuti artikel asal di Facebook

Nota kaki:
Manusia tiada myrosinase
Glucosinolate dalam broccoli juga musnah dengan merebus.

Rujukan:

Yanaka A, Fahey JW, Fukumoto A, Nakayama M, Inoue S, Zhang S, Tauchi M, Suzuki H, Hyodo I, Yamamoto M. Dietary sulforaphane-rich broccoli sprouts reduce colonization and attenuate gastritis in Helicobacter pylori–infected mice and humans. Cancer Prevention Research. 2009 Apr 1;2(4):353-60.

Moon JK, Kim JR, Ahn YJ, Shibamoto T. Analysis and anti-Helicobacter activity of sulforaphane and related compounds present in broccoli (Brassica oleracea L.) sprouts. Journal of agricultural and food chemistry. 2010 May 11;58(11):6672-7.

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!