Darah sama merah, tapi hati lain-lain…

Kata bidalan lama tersebut juga amat relevan bagi menerangkan kepelbagaian jenis darah pada manusia. Jenis darah dikelaskan kepada A, B, AB dan O dan diwarisi dari ibu bapa.

Related image

Persoalannya sekarang, apakah yang membuatkan kita berdarah A atau B dan apakah sebenarnya A, B, O tersebut?

SEL DARAH MERAH PENENTU JENIS DARAH

Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen dan menyebabkan darah kita berwarna merah kerana haemoglobin yang ada padanya seperti yang telah dibincangkan dalam artikel ini. Sel ini juga menentukan jenis darah yang kita miliki, samaada A, B, AB atau O.

 

Image result for erythrocytes

Sel darah merah (eritrosit)

Kita biasa melihat imej sel darah merah yang berbentuk bulat dan melengkung ditengahnya. Sebenarnya permukaan sel darah merah atau eritrosit ini tidaklah licin seperti yang digambarkan.

Permukaan sel ini mempunyai pelbagai protein dan karbohidrat spesifik yang digelar penanda permukaan sel (cell surface marker) atau antigen yang melekat padanya.

 

Related image

Penanda permukaan sel pada darah merah. Imej: NCBI NIH

Jika diibaratkan sebagai manusia, antigen ini adalah dokumen-dokumen pengenalan bagi setiap sel darah merah tersebut. Tanpanya, tubuh kita tidak akan mengenali sel tersebut sebagai sel sendiri dan menganggapnya sebagai musuh. Dalam tubuh kita ada antibodi-antibodi yang akan menyerang sel-sel yang dikenal sebagai asing.

Pada permukaan sel darah merah terdapat jujukan polisakarida atau gula yang menentukan darah A, B, AB atau O.

ANTIGEN ABO

Jenis darah kita adalah terdiri dari rantaian gula atau karbohidrat yang spesifik. Ya, jujukan gula tersebut yang menentukan jenis darah kita.

 

Image result for abo antigen structure

Gula polisakarida yang menjadi penanda ABO pada sel darah merah. Imej: Wikipedia

 

Sebenarnya, antigen yang menentukan jenis darah ABO bukanlah dikodkan oleh gen dalam kromosom kita secara langsung. Gen pada kromosom 19 kita mengekod sejenis enzim yang dipanggil fucosyltransferase.

Enzim ini berfungsi untuk menambahkan lima residu gula pada permukaan sel darah merah kita. Rantaian karbohidrat ini dipanggil antigen H, ia adalah asas yang sama bagi semua orang sama ada berdarah A, AB, B atau O.

Related image

Antigen H yang menjadi asas semua jenis antigen. Ia juga dikenali sebagai antigen O. 

Gen yang menentukan jenis darah kita terletak pada kromosom 9. Gen ini mengekodkan enzim glucosyltransferase yang akan menambahkan residu gula galaktosamin (N-Acetyl-galactosamine) yang menyebabkan kita mempunyai antigen A (berdarah jenis A) atau residu gula galactose yang menghasilkan darah dengan antigen B (darah jenis B).

Image result for abo antigen structure

Antigen ABO. Perbezaan antara A, B dan O hanya pada satu struktur gula. Galaktosa bagi darah jenis B, Asetilgalaktosamin bagi darah A. Imej: biology.stackexchange.com

Orang yang berdarah jenis AB mempunyai kedua-dua jenis antigen pada sel darah merah mereka. Manakala bagi orang yang berdarah O langsung tidak mempunyai penambahan gula pada rantaian asal antigen H tersebut.

Maksudnya, orang yang mempunyai antigen H tanpa modifikasi adalah orang yang berdarah O.

MANUSIA BERDARAH JENIS BOMBAY

Ada juga manusia mempunyai mutasi pada gen yang mengekod enzim fucosyltransferase. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai antigen H pada permukaan sel darah merah. Jenis darah ini dinamakan darah Bombay dan amat jarang ditemui.

Darah jenis Bombay hanya berlaku pada sekitar 0.0004% (4m orang pada setiap sejuta manusia). Namun, di Bombay kehadiran mereka adalah lebih kerap ditemui sekitar 0.01% (1 per 10 000 orang). Mungkin kerana tabiat perkahwinan antara keluarga terdekat.

ANTIBODI & ANTIGEN

Seperti yang telah disebutkan di atas, jika kita berdarah jenis A, kita hanya mempunyai antigen A. Sistem imun dalam tubuh kita akan menghasilkan antibodi untuk antigen B.  Begitu juga sebaliknya jika kita berdarah jenis B, kita akan menghasilkan antibodi terhadap A.

Image result for erythrocytes surface markers

Jadi jika kita berdarah A (mempunyai antigen A dan antibodi B) dan menerima darah jenis B dalam proses pemindahan darah, contohnya, antibodi (anti-B) dalam tubuh kita akan menyerang sel darah merah yang mempunyai antigen B dan menyebabkan sel darah tersebut menggumpal dan pecah (hemolisis).

Ini sangat bahaya dan menyebabkan kematian.

Namun, mekanisma ini digunakan untuk menguji jenis darah kita dengan mudah sekali. Jika anda biasa menderma darah, Cuma beberapa titik darah sahaja diperlukan untuk penentuan jenis darah anda.

PENERIMA DAN PENDERMA UNIVERSAL

Manusia yang berdarah jenis AB tidak akan menghasilkan sebarang antibodi terhadap antigen A atau B. Sebab itu mereka digelar penerima universal kerana mereka boleh menerima darah A, B, AB atau O tanpa masalah.

Image result for universal donor blood group

Bagi yang berdarah jenis O pula, tubuh mereka mempunyai antibodi terhadap antigen A dan antigen B. Jadi orang berdarah O hanya boleh menerima darah jenis O sahaja.

Tetapi darah jenis O boleh diterima oleh semua yang berdarah A, B atau AB kerana antigen H adalah bersifat universal dan dimiliki oleh semua jenis darah (tidak dianggap asing).

ANTIGEN RHESUS

Kenapa ada tanda positif dan negatif pada jenis darah kita (A+, A-, B+ dan sebagainya)?

Ini menandakan satu lagi jenis antigen penting terdapat pada permukaan sel darah merah kita. Pengkelasan ini dipanggil Rhesus atau Rh. Ia ditentukan oleh antigen D. Jika seseorang itu mempunyai antigen D ini mereka tergolong dalam Rh positif (Rh+) dan Rh negatif (Rh-) jika kita tidak memilikinya.

Image result for rhesus blood group

Sebenarnya, ada banyak lagi pengkelasan jenis darah selain pengkelasan ABO dan Rh seperti Duffy, Kell, Lutheran dan sebagainya. Namun, pengkelasan ini jarang diambilkira dan jarang memberikan masalah yang besar melainkan seseorang itu melalui pembedahan yang besar dan transfusi yang banyak atau pemindahan organ.

RUJUKAN

Dean L. (2005). “6: The Hh blood group”. Blood Groups and Red Cell Antigens. Bethesda, MD: National Center for Biotechnology Information (US)

Maton, Anthea; Jean Hopkins; Charles William McLaughlin; Susan Johnson; Maryanna Quon Warner; David LaHart; Jill D. Wright (1993). Human Biology and Health. Englewood Cliffs, New Jersey, USA: Prentice Hall

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!