Ketum (Mitragyna speciosa) atau dikenali dengan nama kratoum, thom atau biak-biak adalah tumbuhan hijau tropika yang biasa terdapat di Thailand dan semenanjung Malaysia. Tumbuhan ini dipercayai mempunyai nilai untuk ubatan dan digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, cirit-birit dan kesakitan.

Image result for kratom

Ketum. Imej: nccih.nih.gov

Ia juga dikunyah, dijadikan rokok atau direbus untuk dijadikan minuman sebagai penambah tenaga sebelum bekerja dibawah bahang mentari.

ADA APA PADA KETUM?

Ketum sebenarnya mempunya molekul kimia yang digelar mitragynine. Alkaloid aktif ini adalah sejenis opioid.  Daun kering ketum mengandungi sebanyak 1-6% mitragynine berbanding beratnya.

Mitragynine bersifat seperti opiat (opioid-like substance, morphine-like).

Image result for opiate withdrawal

Pada kepekatan rendah, ia memberikan sifat stimulan – meningkat kesedaran dan kepekaan. Kompaun kimia ini juga meningkatkan degupan jantung, tekanan darah dan menimbulkan persepsi untuk menyingkirkan keinginan terhadap makanan dan tidur.

Stimulan ini juga menyingkirkan ‘rasa letih’ dan membolehkan kita bekerja tanpa rasa penat.

Pada kepekatan sederhana dan tinggi, ia akan memberi sifat seperti opiat – mengantuk, loya, letih, muntah, terketar-ketar.

Image result for opiate withdrawal

Jika diambil secara kerap dan pada dos yang tinggi – boleh mengakibatkan ketagihan dan simptom ‘withdrawal’ seperti ketagihan opiat morfin.

Apakah dia opioid?

Molekul opioid adalah molekul kimia yang mampu menambat pada reseptor opioid dalam otak dan memberi kesan seperti morphine. Seperti opioid lain, mitragynine menambat pada reseptor opioid µ dan menghasilkan kesan sedative, analgesik dan mengurangkan pergerakan usus besar.

Sebab itulah ketum digunakan untuk tujuan rawatan tradisional seperti yang disebutkan di atas.

Related image

Ia juga menghasilkan 7-hydroxymitraginine dalam jumlah yang kecil berbanding mitragynine. Namun kompaun ini adalah opioid yang lebih poten berbanding mitragynine.

Perlukah penambahan bahan-bahan lain (ubat nyamuk, minyak lintah etc) untuk mendapat kesan stimulan ketum?

Tidak.

Kompoun alkaloid dalam ketum sudah cukup untuk menghasilkan kesan tersebut. Namun ada juga pengguna dan penjual mencampurkan bahan lain seperti paracetamol dan ubat batuk (sebagai contoh) untuk meningkatkan hasil yang diinginkan.

Namun, pengambilan ketum yang dicampur ubat nyamuk mungkin menyebabkan ketoksikan (kerana permethrine dalam ubat nyamuk akan dikumuhkan lebih perlahan dari normal). Metabolit kimia dalam ketum dikatakan menambat pada enzim karboksilase yang sama dengan permethrine dalam ubat nyamuk.

Terdapat banyak laporan kes kesan ketoksikan jika ketum dicampur dengan ubat batuk dan pelbagai jenis dadah lain. Ketum mempunyai kesan pada enzim metabolisma hati CYP3A4 dan CYP2C9 yang memetabolismakan banyak xenobiotik.

KESAN-KESAN PENGAMBILAN KETUM

Seperti pengambilan opiate lain, pengambilan ketum juga boleh menyebabkan ketagihan.

Ketum juga boleh mengakibatkan ketidakselesaan, menggigil, depresi, kesakitan otot dan menurunkan keinginan seks.

Image result for kratom

Pengambilan yang berlebihan dengan dos yang tinggi juga akan menyebabkan delusi, keletihan melampau, depresi pernafasan, perubahan sikap, penambilan sifat-sifat yang agresif, psikosis, halusinasi dan ketakutan.

Penggunaan yang kronik menunjukkan pengurangan fungsi kognitif otak. Menjejaskan fungsi memori dan pembelajaran. Ekstrak dari ketum juga menunjukkan kecenderungan untuk mengakibatkan ketoksikan pada hati, buah pinggang dan paru-paru.

Banyak laporan-laporan ketoksikan ketum yang menyebabkan gejala sawan dan kematian telah dilaporkan pada pengguna kronik.

KETUM DIKATAKAN MEMPUNYAI NILAI UBATAN?

Persoalan yang berkali-kali ditimbulkan. Kenapa tiada kajian mengenai ketum? Kenapa nilai ubatan ketum ‘dirahsiakan’?

Kompaun stimulan utama dalam ketum seperti dinyatakan diatas: Mitragynine dan 7-hydroxymitragynine (7-HMG). Tetapi, terdapat pelbagai kompaun lain dalam ketum seperti alkaloid ajmalicine, mitraphylline, mitragynine pseudoindoxyl, and rhynchophylline, corynantheidine.

Image result for kratom

Ajmalicine (δ-yohimbine atau raubasine) telah dipencilkan dan dipasarkan sebagai antihipertensif dalam rawatan gejala tekanan darah tinggi.

Kompaun-kompaun lain yang dinyatakan juga telah dan sedang dikaji untuk pelbagai rawatan penyakit.

Namun, sifat stimulan dan gejala ketagihan perlu dielakkan. Sebab itulah juga kita tidak boleh bermudah-mudah mengambil ketum sebagai ‘ubat’ atau ‘rawatan’.

RUJUKAN

Singh D, Narayanan S, Müller CP, Swogger MT, Rahim AA, Leong Bin Abdullah MF, Vicknasingam BK. Severity of Kratom (Mitragyna speciosa Korth.) Psychological Withdrawal Symptoms. Journal of psychoactive drugs. 2018 Aug 25:1-6.

Srichana, K.; Janchawee, B.; Prutipanlai, S.; Raungrut, P.; Keawpradub, N. Effects of Mitragynine and a Crude Alkaloid Extract Derived from Mitragyna speciosa Korth. on Permethrin Elimination in Rats. Pharmaceutics 2015, 7, 10-26.

Hanapi, N.A., Ismail, S., Mansor, S.M., 2013. Inhibitory effect of mitragynine on
human cytochrome P450 enzyme activities. Pharmacogn. Res. 5 (4), 241–246.

Diep J, Chin DT, Gupta S, Syed F, Xiong M, Cheng J. Kratom, an Emerging Drug of Abuse: A Case Report of Overdose and Management of Withdrawal. A&A Practice. 2018 Apr 15;10(8):192-4.

Warner ML, Kaufman NC, Grundmann O (2016). “The pharmacology and toxicology of kratom: from traditional herb to drug of abuse”. Int. J. Legal Med. (Review). 130 (1): 127–38.

Rech, MA; Donahey, E; Cappiello Dziedzic, JM; Oh, L; Greenhalgh, E (February 2015). “New drugs of abuse”. Pharmacotherapy. 35 (2): 189–97.

Anwar M, Law R, Schier J. Notes from the Field. Kratom (Mitragyna speciosa) Exposures Reported to Poison Centers — United States, 2010–2015. MMWR Morb Mortal Wkly Rep 2016;65:748–749. DOI: http://dx.doi.org/10.15585/mmwr.mm6529a4

Ilmie MU, Jaafar H, Mansor SM, Abdullah JM. Subchronic toxicity study of standardized methanolic extract of Mitragyna speciosa Korth in Sprague-Dawley Rats. Frontiers in Neuroscience. 2015;9:189. doi:10.3389/fnins.2015.00189.

ILMIE MU, MANSOR SM, ABDULLAH JM. Behavioural and Electrophysiological Evidence of Impaired Learning and Memory in Male Sprague Dawley Rats following Subchronic Exposure to Standardised Methanolic Extract of Mitragyna speciosa Korth. The Malaysian Journal of Medical Sciences : MJMS. 2015;22(Spec Issue):45-51.

András V, Gina F, Travis CP et al. Mitragynine/Corynantheidine Pseudoindoxyls As Opioid Analgesics with Mu Agonism and Delta Antagonism, Which Do Not Recruit β-Arrestin-2. J. Med. Chem., 2016, 59 (18), pp 8381–8397. DOI: 10.1021/acs.jmedchem.6b00748

Farah W. Suhaimia, 1, Nurul H.M. Yusoffa, 1, Rahimah Hassana, 1, Sharif M. Mansora, 1, Visweswaran Navaratnama, Christian P. Müllerb, 1, Zurina Hassana. Neurobiology of Kratom and its main alkaloid mitragynine. Brain Research Bulletin. (2016) Vol. 126, Pages 29–40

 

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!